Bila Anak Mengadu Bosan, Jangan Terus ‘React’ Tapi ‘Reflect’!

Share

Kadang-kadang pelik juga bila kita dengar anak mengadu bosan kepada kita, sedangkan zaman kanak-kanak seharusnya adalah zaman yang begitu menyeronokkan sepertimana yabg kita pernah lalui semasa kecil.

Setiap masa ada sahaja perkara yang meriangkan akan kita lakukan bersama keluarga dan kawan-kawan. Malah kita tidak tahu makna bosan ketika itu.

Berbeza anak zaman sekarang, selalu mengadu kebosanan! Jadi apa perlu kita sebagai ibu ayah lakukan?

Nak tahu cara penyelesaiannya, ikuti perkongsian daripada Dr Rozanizam Zakaria ini.

BIAR ANAK-ANAK BOSAN? TIPS NO. 7 PALING PENTING!

1. Bila anak-anak mengadu bosan, ramai ibu bapa yang akan panik dan cepat-cepat beri penyelesaian kepada masalah anak yang bosan. Maka macam-macam mainan

dibeli, gajet diberi sebagai pengisi masa atau terus mengarahkan anak berbuat itu dan ini.

2. Sebenarnya bukan penyelesaian segera sebegitu yang kita perlukan. Sifat panik dan kemudian beralah dengan memberi penyelesaian langsung kepada anak sebenarnya hanya memuaskan ego kita sebagai ibu bapa. Mungkin sebab kita kurang beri perhatian kepada anak-anak secara peribadi, kita terus bertindakbalas dengan anak – selalunya didorong rasa bersalah (damage control).

3. Menghadapi kebosanan adalah satu kemahiran yang penting dalam perkembangan anak-anak! Cara mereka menghadapi kebosanan akan membentuk kemampuan mereka untuk meneroka imaginasi, membina keyakinan diri, ‘self assertion’ (kemampuan menguruskan keinginan sendiri), individuation, menguasai inisiatif sendiri (mengenalpasti masalah, meneroka segala kemungkinan dan mencuba penyelesaian yang difikirkan sendiri).

4. Bila anak mengadu bosan, jangan terus ‘react’ tetapi ‘reflect’ dulu. React – terus bagi penyelesaian. Reflect – guna teknik “Wait, Watch dan Wonder”

WAIT – beri anak-anak masa untuk merasa bosan. “Jangan terus bagi first hand solution”
WATCH – perhati bagaimana dia menguruskan perasaannya sendiri. Duduk di sisinya dan mendengar pun suatu langkah besar dalam mendidik mereka menguasai kemahiran ini. Setiap minit dia bertahan dengan perasaan ‘bosan’ tanpa menangis atau merengek sebenarnya adalah ‘learning period’ untuknya.
WONDER – bantu dia mengenalpasti perasaan tersebut dan beri dia ruang meneroka penyelesaian. Tunjukkan hint jika perlu tetapi jangan beri jawapan.

“Adik rasa bosan macam mana?””Abi pun kadang-kadang rasa bosan..tak tahu nak buat apa?

Fahami apa erti bosan pada mereka – mungkin kebosanan itu bukan sebab tidak ada apa yang hendak dimain tetapi hendakkan perhatian kita/ hendakkan rakan sepermainan.

5. Ransang pemikirannya untuk cari penyelesaian sendiri.
“Kalau papa bosan, Adik rasa apa Abi boleh buat?”
“cuba tengok sekeliling, apa yang adik rasa adik boleh buat”
“jom kita pusing keliling rumah, tengok kalau-kalau ada ubat untuk bosan, kalau ada, Adik ambil 2 sebab Abi pun nak guna kalau Abi bosa nanti”
“cuba Abi geletek kaki Adik, selalunya nanti akan keluar idea..”

6. Gunakan kreativiti anda untuk meransang kreativiti mereka. Barulah sel-sel otak mereka berhubung!

7. Nak didik anak mampu menguasai kebosanan, kita juga perlu ada kemahiran itu. Kalau kita 24jam isi masa lapang dengan telefon, gajet, televisyen (sebab kita sendiri tak tahan bosan), jangan harap anak-anak boleh handle. Itu masalah genetik namanya!

Sumber : Dr Rozanizam Zakaria

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club