Anak menangis memang perkara biasa. Malah ia merupakan salah satu cara untuk anak meluahkan rasa emosinya. Malah ada segelintir ibu ayah akan menafikan hak anak untuk menangis. Malah akan memarahi anak.

Sedangkan cara ini sepatutnya tidak harus berlaku. Sepatutnya ibu bapa harus memberikan kata-kata semangat. Ini kerana setiap tangisan anak ini punya makna tersendiri.

Ikuti perkongsian oleh  Ilyani Munsarikh

Jangan nafikan hak kanak-kanak untuk menangis.

4 tip penting hadapi kanak-kanak menangis.

Sudah beberapa insiden orang dewasa memujuk kanak-kanak menangis di depan saya dengan nada yang boleh menjatuhkan self-esteem dan judging.

Kanak-kanak juga seperti orang dewasa. Mereka juga ada pasang surut. Ada waktu kuat, ada waktu lemah. Ada waktu gembira, ada waktu sensitif dan mudah sedih. Mereka juga struggle mengurus emosi mereka.

Ini beberapa tip menghadapi kanak-kanak menangis. Elakkan dialog dan respon di bawah.

#1 Empati

“Dah jangan nangis. Danikan kuat. Orang kuat tak nangis”

“Ok, Dani sedih. Mana yang sakit? Cikgu gosokya. How do you feel? Rasa okay sikit?”

#2 Alihkan_perhatian

“Dah jangan nangis, nanti tak cantik. Apa nangis-nangis ni”

“It’s okay Dhuha nangis. No harm. Apa kata Dhuha tolong ummi masak. Dhuha selalu tolong ummi masak, ummi suka Dhuha tolong ummi. Dhuha masak sedap”

#3 Tidak reject

“Cikgu tak sukalah orang nangis-nangis ni. Dah diam”

“It’s okay Dhuha nangis. Semua orang pernah sedih dan nangis. Yang penting macammana kita usaha nak jadi happy balik”

#4 Tidak_salahkan_orang_lain

“Siapa yang buat Daud ni. Nanti ummi pukul dia. Jahatlah dia tu”

“Daud anak ummi sayang, Daud maafkan dia, Daud dapat pahala. Nak pahala tak?”