Masa kecil, anak-anak memang sentiasa ‘melekat’ dengan kita, kan? Mama jadi pusat dunia diorang semua nak buat sama-sama, nak peluk, nak dekat, sampai kadang mak tak ada ruang nak bergerak.
Tapi bila anak dah mula bersekolah, tiba-tiba perasan hubungan makin renggang. Aktiviti banyak dengan ayah, tugasan sekolah pun ayah yang teman. Rasa seronok juga sebab ada sikit masa untuk diri sendiri, tapi dalam diam, terasa juga hati bila sedar kita bukan lagi pilihan utama diorang.
Sebenarnya, ini semua adalah proses semula jadi dalam perkembangan anak. Ada fasa-fasa tertentu di mana keperluan dan fokus mereka berubah.
Dari bonding erat dengan ibu masa kecil, hinggalah ke fasa remaja yang lebih cenderung kepada kawan-kawan. Mari kita faham lebih mendalam tentang peringkat-peringkat ini dan bagaimana peranan kita sebagai ibu bapa berubah mengikut usia mereka.
Ikuti perkongsian dari Puan Wawa Shuaqi ini mengetahui lanjut fasa perkembangan anak.
Lepas anak-anak mula masuk darjah 1, diorang banyak habiskan masa dengan ayahnya. Dah tak rapat dah dengan saya macam dulu.
Padahal, kalau ingat fasa berkepit dengan saya dulu, punyalah takut mak hilang. Tiga-tiga anak macam tu. Sampai mak nak ke bilik air pun jenuh.
Nak buat aktiviti, nak mintak tolong, nak tidur, nak makan, semua nak dengan mama.
Tapi bila mula bersekolah, slowly diorang banyak habis masa dengan ayah. Main bola dengan ayah. Buat kerja sekolah dengan ayah. Repair basikal dengan ayah. Tengok tv pun dengan ayah.
Lama-lama, saya mula rasa bebas sikit. Makin kurang tekanan. Tapi sedih juga. Sebab terasa kedudukan dah jatuh di tempat yang kedua.
Ads
Rupanya, anak-anak ni memang ada stage dia. ——‐—————————-
1.Fasa 0-7 Tahun: Hubungan Akrab dengan Ibu
Dalam tahun-tahun pertama anak, anak-anak memang perlukan ibu. ‘Bonding’ tu dah mula ada sejak anak dalam rahim.
Bila anak lahir, naluri kita sebagai mak bertambah kuat. Sampai anak nangis, kita kalut bangun nak angkat dan susukan.
Jangan matikan naluri tu. Sebab anak perlukan kewujudan kita untuk bina attachment yang sihat. Yang akan bantu perkembangan emosi dia. .
2. Fasa 7-12 Tahun: Ayah Sebagai Role Model
Ads
Lepas tu, bila dah masuk sekolah, anak mula pandang ayah sebagai contoh. Ayahlah hero.
Masa ni, ayah-ayah kena betul-betul main peranan. Kena banyak luang masa dan berkomunikasi dengan anak.
Anak akan belajar banyak tentang tanggungjawab dan disiplin bila buat aktiviti dengan ayah.
Ayah yang banyak terlibat dalam hidup anak pada tempoh ni, akan bantu anak develop keyakinan diri. .
3. Fasa 14 Tahun ke Atas Pengaruh Kawan dan Kehidupan Sosial
Bila dah remaja, anak-anak mula cari identiti diri. Kawan-kawan jadi pengaruh besar dalam hidup diorang.
Ads
Kalau mak ayah banyak terlibat dalam hidup anak pada 2 fasa sebelum ni, insya Allah mereka lebih terjaga.
Waktu inilah, didikan agama mak dan ayah terasa dicabar. Sebab anak dah start nak jadi satu level dengan kawan-kawan dia.
Tapi, kita mak ayah jangan letih menasihat dan membimbing. Belum masanya lagi untuk kita nak putus asa pada diorang.
Walaupun kawan-kawan lebih diorang utamakan, tapi insya Allah semua nilai yang kita tanam sejak kecil akan tetap jadi panduan mereka. .
Sampailah anak akan berhenti ‘menguji’ sabar kita pada umur 25 tahun. (Mudah-mudahan)
Kenapa 25 tahun? Dalam bidang neurosains, sekitar umur 25 tahun inilah peringkat otak dah capai titik usia matang. Otak dah fully develop.
Waktu ni baru anak akan berhenti rebel dan mula nampak pengorbanan mak ayah dia dulu. Dah mula buat keputusan yang baik untuk future.
Apa yang penting, kita parents kena usaha sentiasa hadir dan terlibat dalam hidup anak. Walaupun ada waktu, kita rasa letih dan payah sampai banyak air mata tumpah.
Moga Allah izinkan kita terus kuat berjuang mendidik anak-anak.
Sumber: FB Wawa Shauqi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai ibu dan guru-guru yang selalu mengeluh kerana anak-anak kecil sukar untuk memberi fokus kepada apa yang sedang dilakukan.
Daya fokus kanak kanak sebenarnya adalah agak singkat iaitu antara 10 hingga 15 minit sahaja.
Jadi sebagai ibubapa atau pendidik, jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi pada anak anak kecil untuk memberi focus atau perhatian pada sesuatu aktiviti yang sedang dijalankan. Bagaimanapun daya fokus ini boleh dirangsang atau dipupuk supaya ia berlaku lebih lama dari biasa.
Menurut pakar psikologi klinikal, Dr Jamie Howard memberi tumpuan atau fokus seumpama otot yang memerlukan senaman untuk menguatkannya.
Berikut adalah antara perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh ibubapa atau pendidik bagi merangsang atau meningkatkan daya fokus kanak-kanak yang dikongsi oleh pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Mahani Razali.
Kebanyakan kanak-kanak boleh fokus pada aktiviti yang seronok dan gembira. Apabila tiba aktiviti yang membosankan, kanak-kanak berasa kurang berminat dan mereka akan hilang fokus.
Sebagai ibubapa dan guru pastikan aktiviti yang dilakukan adalah aktiviti yang menyeronokkan dan menarik minat kanak kanak.
Bagi memastikan aktiviti tersebut adalah menyeronokkan, ibubapa dan pendidik boleh berbincang dengan kanak-kanak apakah jenis aktiviti yang akan dilakukan. Minta pendapat kanak kanak juga dalam menyediakan bahan dan perancangan aktiviti.
-Pastikan aktiviti tersebut dilakukan dalam suasana yang kondusif atau selesa serta wujud perasaan selamat pada kanak-kanak.
– Pastikan ruang tempat melakukan aktiviti adalah bersih selesa dan pada suhu yang bersesuaian. Ruang yang panas akan menyebakan kanak-kanak cepat hilang fokus.
-Berikan arahan dengan menggunakan ayat-ayat yang mesra dan bukan berbentuk ugutan.
-Beri masa kepada kanak kanak untuk menyiapkan sesuatu aktiviti, bukan memaksa dengan keras.
Sari Yanti teruja ikut anaknya Dariya pergi rombongan sekolah lawat kilang dan muzium coklat. Seperti ibu-ibu yang lain, apabila anak-anak mengikuti rombongan sekolah sudah tentulah ibu-ibu juga akan turut teruja.
Sari Yanti ‘Join’ Rombongan Sekolah Dariya Lawat Kilang & Muzium Coklat
Begitu juga dengan Sari Yanti, apabila anaknya Dariya yang kini berusia 6 tahun mahu mengikuti rombongan sekolah, dan berpeluang mengikuti rombongan tersebut, tentulah sebagai ibu, Sari begitu teruja.
Anak & Mak Sama-sama Comel
Berikut hantaran yang dimuatnaik oleh Sari Yanti di laman Instagramnya.
JOIN ROMBONGAN DARIYA PERGI CHOCOLATE FACTORY & MUSEUM HARI NI. SEMINGGU DAH ASYIK SEBUT JE.. ALHAMDULILLAH HARI NI DAH PEGI SERONOK DIA. SEMUA ANAK ANAK GIRL NI BALIK BELI CHOCLATE STRAWBERRY… HUHU MAKAN KE TAK TUUUUUUU… ??? THANK YOU FAZA & SITI FOR THE COMPANY
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Diuji dengan perceraian rumah tangganya bersama bekas suami, penyanyi Adira Suhaimi mengakui dia tidak terbuka untuk berkongsi cerita keruntuhan rumah tangganya kepada anak-anak.
Malah kata Adira, sehingga kini dia tidak pernah bercerita kepada anak-anaknya akan situasi yang sebenar ditambah pula keempat-empat anaknya yang sudah terbiasa tanpa ayah mereka.
“Adira memang tidak berbual dengan anak hal ini.
“Sebab sebelum ini, ayah mereka selang sehari tiada jadi mereka dah biasa,” kongsinya.
Ujarnya lagi, dia juga sedang berusaha untuk anak-anak sentiasa rasa mereka masih mempunyai ibu dan bapa di belakang mereka.
“Alhamdulillah setakat ini, belum ada pernah ada soalan yang pelik-pelik dari mereka.
“Ayah dia pun rajin datang tengok,” ujarnya lagi.
Tambah Adira, dengan kehadiran bekas suami, Datuk Seri Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red ke rumah tidak menjadi masalah kerana anak-anak turut gembira.
Terdahulu, Adira dan Datuk Red sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor. Melalui perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
Sumber: TikTok usanita.hq
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.