Kadang kala kita juga tidak dapat membendung kesedihan hati di depan anak-anak hingga menampakkan wajah yang sugul, akibat menangis kesedihan.
Tanpa kita pinta, ada anak-anak yang begitu prihatin dan punya perasaan simpati untuk memujuk.
Bila hal ini terjadi, ini menunjukkan anak-anak kita mempunyai sifat penyayang dan sebagai ibu ayah kita wajar bantu perkasakan agar anak-anak kita memiliki sifat ambil berat pada orang lain.
Nak tahu bagaimana caranya, jom baca perkongsian ini.
Anak suka pujuk kita waktu kita bersedih?
Kalau kecil-kecil lagi dah ada sifat empati macam ni, boleh jadi secara tak sedar kita dah didik anak kita sampai jadi Compassionate Child (anak yang penyayang).
Anak penyayang ni pandai letakkan diri dia dalam situasi orang lain. Selain tu :
Dia ada kebolehan membaca emosi orang lain melalui pergerakan badan dan mimik muka orang sekeliling.
Dia suka berkongsi permainan, makanan dan apa saja barang milik mereka.
Dia sayang pada binatang.
Dia suka puji orang lain.
Dia akan pastikan tak ada sesiapa tertinggal dalam apa-apa permainan (games).
Bila dah nampak anak kita dah mula ada ciri kanak-kanak penyayang ni, sebaiknya buat 5 benda ni supaya sifat penyayang tu jadi makin kuat dengan cepat :
Beri contoh teladan yang baik. Bila mak ayah bercakap yang baik dan hormat pada semua orang, anak kita sedang memerhati.
Ajar anak tentang berkhidmat untuk orang lain. Contohnya : Menderma, volunteer untuk berkhidmat pada orang yang memerlukan.
Ajar anak tentang Self Care. Kita hanya boleh berikan benda yang kita ada pada orang lain. Kalau anak sayang pada diri sendiri, barulah dia boleh sebarkan rasa sayang tu pada orang lain pula.
Puji secara spesifik. Bila anak berbuat baik, terus puji anak. Fokuskan pujian tu pada emosi gembira anak bila dia buat perkara yang baik.
Contoh : Mama suka kakak kongsi permainan ni dengan budak perempuan tu. Seronokkan bila dapat main sama-sama. Esok kita datang, bolehlah main sama-sama lagi.
Biarkan anak (termasuk anak lelaki) tolong kita di rumah. Contohnya :
– sapu lantai
– masukkan baju dalam mesin basuh
– kemas permainan sendiri.
– susun pinggan dan cawan atas meja
Sumber : Redza Zainol