“Doktor, anak saya ini kerap sangat kena sakit tekak, banyak dah doktor kata dia ada tonsil, boleh ke saya nak dia buat operation, buang saja tonsilnya?”
Perlu disedari bahawa tidak semua kes-kes tonsillitis memerlukan pembedahan tonsillectomy iaitu membuang tonsil. Oleh itu, apakah rawatan sebaiknya?
Pesakit seharusnya diberikan rawatan ubat-ubatan terlebih dahulu. Dapatkan rehat yang cukup di rumah. Minum air secukupnya. Buat pemeriksaan bersama doktor.
Ubat antibiotik perlu diberi jika ada tanda-tanda ia disebabkan oleh jangkitan bakteria sahaja. Ini kerana kebanyakan kes tonsillitis adalah disebabkan oleh virus. 15-30 peratus sahaja disebabkan oleh jangkitan bakteria!
Apakah tanda-tanda masalah tonsil disebabkan oleh jangkitan bakteria?
1. Tompok-tompok keputihan pada permukaan tonsil.
Ads
2. Demam panas, terutama disertai sakit tekak melebihi tiga hari.
3. Peningkatan sel darah putih leukosit dalam darah
4. Bakteria yang biasa menyerang tonsil ialah Group A Beta-Hemolytic Streptococci.
Apakah kriteria dan ciri-ciri bahawa anak anda memerlukan pembedahan untuk membuang tonsil?
Ads
1. Serangan tonsillitis teruk yang berulang melebihi enam serangan setahun beserta dengan demam panas dan bengkak kelenjar leher.
2. Sekatan pada saluran pernafasan sehingga mengganggu pernafasan, proses menelan dan percakapan. Masalah ini jika tidak dirawat dengan baik boleh membawa kepada sindrom apnea (berhenti pernafasan).
3. Nanah perintonsil (di sekitar tonsil) yang melebihi sekali serangan. Juga dipanggil peritonsillar abscess.
4. Bengkak satu sisi tonsil sahaja, tonsil membesar pada satu sisi sahaja yang berkemungkinan kanser. Harus berhati-hati.
Ads
Info gambar:
Gambar 1 menunjukkan pembengkakan tonsil disertai dengan pembengkakan pada kelenjar leher.
Gambar 2 menunjukkan bagaimana prosedur tonsillectomy, pembedahan membuang tonsil dilakukan.
Menjaga kesihatan badan adalah sangat penting bagi semua individu dan tidak mengira faktor usia. Salah satu sebab mengapa penting adalah untuk memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik.Sekiranya tidak mengekalkan kebersihan diri, maka kita akan lebih mudah untuk dijangkiti pelbagai penyakit. Selain itu, mengamalkan petua tradisional dengan ramuan herba boleh dijadikan salah satu cara untuk mengekalkan kesihatan diri.
Menerusi perkongsian seorang wanita, Amy Dato’ Mohd Yusof berkongsi petua untuk khasiat seperti membuang angin, mengempiskan perut, toxin, pening dan kesihatan buah pinggang.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Mungkin lari dari tajuk grup tapi saya rasa ilmu nie bleh dipelajari sb ianya satu masakan dijadikn minuman kesihatan
Air herba ini bahan2 nya bleh didapati disekeliling rumah kita atau senang didapati dipasar2. Khasiatnya ialah membuang angin, mengempiskan perut, toxin, pening, kesihatan buah pinggang Bahannya
1 botol mineral besar
2 inci Halia muda (diketuk)
1 btg serai (dititik)
Daun pandan 3 helai
Gula merah/gula kabung/gula batu (ikut rasa)
1 Uncang teh (apa2 brand pn bleh)
Lemon
Madu
Rebus, halia, serai dan daun pandan selama setengah jam dgn api yg sederhana..bila mendidih biarkan mendidih lg selama 15 min. Letak gula merah atau gula kabung atau gula batu dan kacau sehingga larut. Letak uncang teh selama 5 minit. Tapis
Bila nak minum bleh juga diletak kan hirisan lemon dn sedikit madu jika suka. Minum suam2 atau sejuk pn sedap.
Kebanyakan kita akan bangun awal pada setiap untuk bersahur. Malangnya ada di antara kita tidur semula selepas subuh selama sejam kerana mengikut nafsu untuk tidur dengan alasan untuk mendapat kesegaran di tempat kerja.
Pola kehidupan sedemikian akan mengganggu pusingan biologi di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan seseorang. Keadaan ini disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang.
Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi.
Apabila rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas subuh, pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari berpuasa.
Jika mahu tidur sebentar, saya cadangkan masa yg sesuai antara tiga puluh minit sebelum zohor. Ambil masa 10-15 minit saja. Selepas berwudhu dan solat zohor berjemaah, insha ALLAH kita akan berasa segar walaupun berpuasa.
sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mengetahui ada kesan tidak baik pada tubuh akibat tidur selepas sahur ada baiknya ibu-ibu praktis 4 tip ini untuk elakkan diri daripada tertidur selepas sahur khususnya pada hujung minggu. Jom semak.
Mandi awal & terus solat
Walaupun hari cuti, apabila terdengar laungan azan Subuh, sebaiknya ibu terus mandi bersihkan diri dan berwuduk untuk menunaikan solat. Kemudian usai dengan membaca al-quran agar pengisian waktu pagi lebih bermakna.
2. Jauhi dari tempat tidur
Lazimnya bila kita nampak katil, selimut dan bantal di pagi-pagi hari, mesti dengan sendirinya mood mengantuk datang.
3. Bersenam
Walaupun berpuasa, tidak salah kiranya kita melakukan senaman ringkas bagi memastikan tubuh kekal aktif dan sihat sepanjang hari.
4. Lakukan aktiviti kegemaran
Mungkin mengemas rumah adalah menjadi aktiviti kegemaran anda setiap kali hari cuti. Jadi ambil peluang ini untuk lakukan di awal pagi memandangkan masih bertenaga dan segar. Bila rumah kemas di awal pagi, jadi anda ada banyak masa untuk berehat pada waktu siangnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Susahnya nak mengandung! Masalah sukar hamil sering dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan baik suami atau isteri. Apa sebabnya? Banyak penyebabnya yang mama perlu tahu.
Ada kalanya, ia disebabkan oleh gaya hidup anda yang menjejaskan rancangan anda untuk membina keluarga. Jika anda menghadapi masalah untuk hamil, berikut 9 tugasan yang anda perlu lakukan sebelum berjumpa dengan pakar fertiliti.
1. ‘Betulkan’ berat badan dan kualiti diet anda.
Anda mungkin mempunyai masalah untuk hamil dan kebarangkalian tinggi mendapat komplikasi kehamilan tertentu jika anda kurang atau terlebih berat badan. Ini bukanlah masa yang tepat untuk anda menghilangkan berat badan atau ‘memenuhkan’ perut anda dengan makanan yang tidak sihat – anda dan bayi anda perlukan diet yang sihat.
2. Ambil vitamin pranatal harian bersama asid folik.
Asid folik (folat) adalah sejenis bentuk vitamin B9. Penting untuk wanita hamil dan mereka yang mahu hamil mendapatkan asid folik. Asid folik boleh membantu mencegah kecacatan kelahiran serius (NTD – kecacatan tiub neural) pada otak dan saraf tunjang bayi. Jika anda menggunakan vitamin lain atau suplemen herba, berhenti mengambilnya dan minta nasihat daripada doktor anda.
3. Berhenti merokok dan elakkan alkohol.
Berhenti merokok dan berhenti mengambil alkohol dengan segera jika anda sedang mencuba untuk hamil. Merokok dan minum minuman keras boleh menjejaskan kesuburan anda dan meningkatkan risiko mendapat bayi pramatang dan berat badan waktu lahir rendah. Ingatlah bahawa perokok kedua adalah lebih berbahaya, jadi elakkan diri anda menjadi perokok kedua. Penyalahgunaan dadah juga boleh mengurangkan kesuburan anda.
4. Berwaspada pada kekeliruan kitaran haid.
Kebanyakan wanita menganggap bahawa kitaran haid mereka adalah 28 hari dan mereka akan mengalami ovulasi pada hari ke-14 selepas hari pertama haid mereka. Sebenarnya, panjang kitaran boleh berubah. Ovulasi tidak selalunya berlaku pada masa yang sama setiap bulan. Sperma boleh hidup selama tiga hari dalam serviks anda. Jadi, anda boleh melakukan hubungan kelamin sebelum hari ovulasi anda untuk meningkatkan peluang kehamilan anda.
5. Hilangkan tekanan.
Jika anda memberitahu rakan-rakan dan keluarga yang anda sedang ‘mencuba’, kebanyakan daripada mereka akan menasihati anda untuk relaks dan biarkannya berlaku sendiri. Malangnya, ia lebih mudah diperkatakan daripada dibuat. Stres memberikan anda impak negatif, baik secara fizikal dan mental. Anda mungkin memerlukan beberapa kaunseling atau terapi untuk mengurangkan tahap stres anda.
6. Dapatkan tidur malam yang lebih baik.
Jadual tidur yang tidak tentu boleh mempengaruhi kitaran menstrual anda. Tidur yang tidak cukup boleh menyebabkan stres pada tubuh, sekali gus menghuru-harakan sistem imun anda. Anda boleh berisiko mendapat jangkitan, yang boleh membahayakan kitaran reproduktif anda.
7. Mendapat cukup hubungan kelamin.
Kebanyakan individu percaya dengan mengehadkan kekerapan seks boleh ‘menjimatkan’ sperma dan dapat membantu wanita untuk hamil dengan mudah. Ini mungkin juga betul, tetapi tidak melakukan hubungan kelamin banyak hari juga bukanlah idea yang baik.
8. Jangan mengabaikan vaksinasi.
Mendapatkan vaksin pra-kehamilan yang sesuai boleh membantu anda melindungi kesihatan tubuh anda dan bayi. Penyakit tertentu boleh menyebabkan kecacatan kelahiran pada bayi anda jika anda mendapatnya semasa hamil. Jadi, jika anda sedang merancang untuk hamil, sila pastikan vaksinasi anda adalah terkini. Beberapa vaksin yang diperlukan untuk bakal ibu adalah vaksin MMR (measles, mumps dan rubella), vaksin cacar air, vaksin Hepatitis B dan A, dan vaksin Pneumococcal.
9. Berjumpa dengan doktor.
Anda perlu membuat temujanji dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan fizikal penuh sebelum mula hamil. Beritahu doktor anda mengenai sebarang ubat yang anda ambil untuk memastikan ianya selamat diambil jika anda hamil. Jangan lupa untuk memberitahu tentang kemungkinan bahaya persekitaran anda di tempat kerja.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.