Sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik untuk setiap anak-anak terutamanya kesihatan mereka.
Namun bila anak mula demam dan tidak kembali kebah selama tiga hari, segera berjumpa doktor.
Ikuti nasihat Dr Ezairy M.Sallih, Doktor Otorinolaringologi (ENT) moga menjadi panduan bersama supaya ibu bapa memantau kesihatan anak-anak.
“Doktor, anak saya sudah tiga hari demam, sakit tekak dan hari ini tak boleh makan, bahaya tak doktor?”
“Ibu saya dah dua bulan ada ketulan kat leher dia, tekan tak sakit, kena buang tak, doktor?”
Soalan-soalan seperti ini bukanlah jarang untuk saya temui. Setiap hari saya terima puluhan mesej di sini dan di emel berkenaan soalan-soalan seumpama ini. Saya akan jawab secara ‘general’ segala masalah yang dialami.
Perlu diingatkan, semua diagnosis secara tepat perlu kepada beberapa langkah yang mesti dilakukan. Kemudian, diagnosis tepat kepada pesakit dapat dikenalpasti.
Ads
Doktor perlu menjalankan langkah seperti berikut
1. History taking
Sejarah lampau pesakit perlu diketahui. Apa pesakit ada? Kencing manis, darah tinggi, serangan strok beberapa tahun lepas dan lain-lain. Ini semua penting supaya dokor dapat melakukan rawatan yang tepat dan wajar kepada pesakit.
Gejala dan simptom terkini pesakit juga perlu diketahui secara terperinci. Ini perlu supaya kami mampu mendapatkan diagnosis tepat kepada pesakit.
2. General examination
Ads
Doktor perlu melakukan pemeriksaan menyeluruh kepada pesakit. Ini termasuk keadaan keseluruhan pesakit seperti bagaimana pesakit mampu berjalan, menggunakan kerusi roda, cara pesakit bernafas, dan banyak lagi. Tanpa melihat sendiri keadaan pesakit, doktor tidak mampu melakukan kesemua ini.
3. Local examination
Apabila pesakit mengadu mengenai masalah telinga, tekak atau hidung contohnya. Doktor akan memeriksa lebih terperinci bahagian ini. ‘Local examination’ perlu dilakukan selepas doktor melakukan ‘general examination’ kepada pesakit. Pemeriksaan pada tekak contohnya, doktor perlu melihat warna tekak, apa-apa pembengkakan pada kawasan tekak, sekitar gigi, bagaimana pula struktur sekitar tonsil dan banyak lagi.
Doktor juga perlu melakukan ‘palpation’ untuk mengenalpasti lebih terperinci ciri-ciri sesuatu penyakit. Pembengkakan pada leher contohnya boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, kebarangkalian kanser, ketumbuhan benign dan berbagai-bagai lagi. Kesemua ini memerlukan pemeriksaan secara dekat oleh doktor.
Ads
4. Keputusan ujian darah dan lain-lain
Selepas memeriksa keadaan fizikal pesakit, seterusnya doktor akan mendapat idea tentang penyakit yang dialami oleh pesakit. Dari sini, kami akan melakukan beberapa ujian yang perlu. Ini seperti ujian darah, x-ray, skan dan lain-lain jika perlu. Namun, ada sesetengah kes hanya memerlukan diagnosis secara klinikal terhadap pesakit.
Oleh itu, jika anda ada sebarang masalah, jangan ragu-ragu mendapatkan pemeriksaan doktor. Tidak semua persoalan saya mampu jawab secara terperinci. Menjadi kesalahan bagi mana-mana petugas kesihatan melakukan konsultasi dan memberi diagnosis di media sosial tanpa melakukan pemeriksaan.
*Gambar menunjukkan beberapa jenis pembengkakan pada leher. Ia memerlukan pemeriksaan oleh doktor di klinik atau hospital.
Moga tulisan saya ini bermanfaat. Sebarkan info ini semoga lebih ramai mereka yang kita sayang dapat berjumpa doktor selepas ini.
Sumber:Dr Ezairy M.Sallih
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Jangan buang tu, mak nak simpan”. Acapkali kita dengar bila mana sesekali kita membantu proses pembersihan membuang barang lama di rumah.
Tak pasti untuk apa barang-barang lama dan barang tidak dipakai ini disimpan. Tanpa sedar inilah toksin yang membelenggu diri kita di rumah.
Jadi hujung tahun ini, apa kata kita lakukan pembersihan secara total untuk membersihkan segala toksin dalam rumah kita. Jom semak panduan yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia ini. Barulah emosi dan kesihatan kita jadi bertambah baik.
Belajar untuk berdamai dengan barang barang yang tidak perlu dan ucapkan selamat tinggal kepada barang barang yang tidak perlu untuk kehidupan yang lebih baik selepas itu.
Kenal pasti barang-barang berikut yang patut dinyahkan dari rumah kita:
1. Objek yang tidak digunakan lagi.
2. Pakaian yang tidak muat dan sudah lama tidak digunakan.
3. Alat elektri yang telah rosak.
4. Kad dan nota lama.
5. Tumbuhan yang mati dan sakit.
6. Kasut yang telah rosak.
7. Semua jenis perkara yang memanggil masa lalu.
8. Mainan yang tidak digunakan, yang tidak berfungsi atau rosak.
9. Bekas plastik, pinggan mangkuk yang tidak digunakan lagi.
Dengan melakukan pembersihan ini:
1. Kesihatan kita jadi bertambah baik.
2. Kreativiti berkembang.
3. Hubungan menjadi lebih baik.
4. Terdapat kapasiti penaakulan yang lebih besar.
5. Mood bertambah baik.
Setiap kali keliru dan cuba menimbang tara sesuatu barangan yang masih terasa hendak disimpan, tanyalah soalan kepada diri sendiri terlebih dahulu.
Kenapa masih simpan barang itu?
Adakah barang ini akan masih digunakan lagi?
Sampai bila ingin terus menyimpannya?
Macam mana nak kemas? Lakukan pembersihan am dan gunakan kotak untuk memulakan proses dengan baik. Mulakan dengan laci dan kabinet dan simpulkan setiap bahagian, lakukan segala-galanya mengikut kadar anda.
a) Sampah
b) Susunan
c) Kitar semula
d) Dalam keraguan
e) Hadiah
(f) Derma
g) Jual
Semasa anda BERSIH, perhatikan apa yang berubah dalam diri anda.
Semasa kita membersihkan rumah fizikal kita, kita juga meletakkan ketertiban pada fikiran dan hati kita.
Berlatih membuang perkara material yang hanya mengisi ruang anda dan anda akan melihat bagaimana anda perlahan-lahan akan dapat melakukan perkara yang sama dengan situasi yang lebih penting. Mulakan sekarang!
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Detox merupakan salah satu jenis perawatan kecantikan untuk kulit dan wajah yang rajin dilakukan oleh dengan cara membuang toksin dalam badan.
Caranya dengan membersihkan usus yang mana segala toksin, lemak dan sebagainya yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui proses pembuangan air besar.
Bagi anda yang ingin melakukan proses detox ini, bolehlah mencuba petua yang dikongsikan oleh AmiEra Farhann Johan.
Beliau mengamalkan minuman detox dengan menggunakan 3 bahan yang cukup mudah yang ada di dapur anda.
Kita hari-hari pun makan macam-macam. Jangan lupa untuk detox badan kita.. saya percaya bila kita detox badan akan lebih sihat dan bertenaga.
Ni cara mudah saya detox badan. Hampir seminggu dah amalkan rasa ringan badan, perut pun dah kempis sikit sebab saya bersalin secara pembedahan, susah nak kempis sebelum ni. Angin habis keluar, bila sendawa dan kentut rasa lega sangat.. tak ada la nak berangin je tak tentu pasal.
Bahan-bahan
-green tea cap boh 1 uncang
-halba 1 sudu besar
-halia suka hati nak letak banyak mana ( lagi banyak lagi bgus)
-air kosong 2 cawan
Note: untuk kaum hawa kalau nak tambah manjakani/kunyit pun boleh. Tapi kunyit tu tak boleh minum hari-hari tau. 1-2 kali seminggu tu sudah memadai. Suka wangi letak serai sebatang dua.
Cara-caranya:
Rebus semua bahan sampai mendidih. Tunggu agak-agak dah suam-suam kuku bolehlah minum. Nak tambah madu sikit pun ok. Bagus amalkan time perut kosong. Sebelum makan la ye.
Detox ni lelaki perempuan boleh je amalkan. Selain boleh detox badan, boleh keluarkan dan bantu turunkan berat badan. Yang penting konsisten. Tengah nasihatkan diri sendiri sebenarnya nih. Doakan saya pun mampu konsisten eh!
Yang nak cuba tu saya ucapkan selamat mencuba !
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melalui Kempen ‘Take Your Cat To The Vet’ kelolaan Royal Canin Malaysia bagi mencetuskan kesedaran mengenai pentingnya pemeriksaan yang kerap untuk kucing-kucing wajar disambut baik.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV),International Society of Feline Medicine (ISFM), dan International Cat Care turut menyatakan sokongan mereka terhadap edisi keempat kempen ini di Malaysia, bersama-sama Royal Canin yang gigih menggalakkan pemilik kucing supaya membawa haiwan peliharaan mereka berjumpa ahli veterinar berdaftar sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Kunjungan rutin ke klinik veterinar bermula daripada usia kecil kucing itu boleh membantu memberi diagnosis awal berkenaan isu-isu kesihatan, mengurangkan impak penyakit dan membolehkan rawatan lebih berkesan.
Elak Terlepas Pandang
Menurut Dr. Melissa Phoon, Pengurus Hal Ehwal Korporat di Royal Canin Malaysia yang merupakan doktor veterinar, berkata: “Ramai pemilik kucing terlepas pandang atau tidak sedar mengenai kepentingan membawa kucing kesayangan mereka berjumpa doktor veterinar secara kerap, dan bukan berjumpa hanya bila kucing itu sakit atau memerlukan vaksinasi.
Kucing secara lahiriah bersifat berahsia dan tidak mempamerkan kesakitan atau penyakit sehinggalah sudah terlalu lambat.
Oleh itu kami membawa kembali kempen ini, yang pertama kali dilancarkan pada 2016. Kempen tahun ini menggalakkan pemeriksaan kesihatan berjadual bermula dari peringkat anak kucing sebagai langkah proaktif dan pencegahan.
Royal Canin sangat gembira pihak berkuasa dan rakan sealiran telah turut sama menyertai kempen ini bagi membantu mencipta kesedaran yang lebih luas mengenai amalan penjagaan haiwan peliharaan yang penting ini.
“Kami faham pemilik kucing berasa bimbang untuk membawa kucing berjumpa doktor veterinar atau kemungkinan haiwan peliharaan mereka terkena jangkitan penyakit yang sedia ada sekarang.
Oleh itu, ianya penting untuk pemilik haiwan peliharaan membuat temu janji ke klinik veterinar terlebih dahulu. Kami galakkan pemilik kucing untuk memeriksa dengan doktor veterinar jika mereka tidak pasti dengan maklumat yang diterima.
Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di kawasan tertentu, kami menasihatkan pemilik kucing mematuhi SOP ketika membawa kucing mereka berjumpa doktor veterinar,” sambung Dr. Phoon.
Kempen Take Your Cat To The Vet
Pemilik haiwan peliharaan juga boleh mendengar podcast Jom Talk Pets! oleh Royal Canin Malaysia untuk maklumat dan langkah-langkah selamat bagi melindungi kesejahteraan kucing mereka.
Kempen ‘Take Your Cat To The Vet’ 2020 berlangsung dari 4 Oktober hingga 31Disember 2020.
Royal Canin telah menyediakan banyak aktiviti menarik untuk memberi ganjaran kepada pemilik haiwan peliharaan dan menggalakkan lagi mereka datang berjumpa doktor veterinar di dalam tempoh yang ditetapkan itu.
Antara aktiviti itu ialah Peraduan Puisi dan Bercerita, Permainan Web Pendidikan Interaktif dan Acara Langsung Digital Cat2Vet.
Buat anda yang inginkan lebih info lanjut tentang ini boleh diperolehi di laman rasmi Royal Canin Malaysia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...