Anak Demam, semua biasa bagi ubat demam kan. Sebelum beli ubat demam untuk anak. Sila baca panduan ini dulu. Ubat demam ialah ubat ” over the counter”, yang boleh di beli tanpa prescription doktor. Post ini bertujuan beri pencerahan secara ringkas, apa yang anda wajib tahu kalau nak beli ubat demam untuk anak anda.
Ubat demam yang biasa di gunakan di Malaysia ialah PARACETAMOL. Nama lain ialah ACETAMINOPHEN. Tak kisah la apa jua brand nya, belajar tengok label pada botol. Cari tulisan Paracetamol atau Acetaminophen.
Selain utk demam, Paracetamol juga boleh kita guna utk
TAHAN SAKIT
Contoh, anak sakit gigi. Atau sakit kaki sebab jatuh dan lebam sikit.
Post ini tidak bincang tentang IBUPROFEN (ubat demam lain) atau penggunaan Paracetamol suppository ( ubat masuk punggung).
Di sebabkan dalam market ada 2 persediaan ( 2 strength )
ubat Paracetamol kanak kanak ( dalam bentuk cecair / syrup), maka kadangkala ada parents yang tersalah bagi dos.
Ada 2 persediaan Paracetamol syrup:
1) 120mg / 5ml
* atau ada juga yang 125mg / 5ml
2) 250mg / 5ml
Untuk anak kita, kita kena peka dengan dos ubat. Dalam kes Paracetamol, terlebih bagi dos, berisiko rosak hati.
Ya … ROSAK HATI
Terkurang dos maka suhu badan tak turun. (Underdose)
Apabila kurang dose makan suhu badan tak dapat turun ke tahap yang sepatutnya, jadi kawalan suhu ketika demam menjadi tak stabil.
Kena ingat ini:
Ads
> Baby umur kurang 1 bulan / berat kurang 4kg, SILA JUMPA DOKTOR. Jangan bagi ubat Paracetamol memandai. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
> Demam start bila temperature > 37.5 degree.
> Berapa kerap? Setiap 6 jam / 4 kali dalam tempoh 24jam.
> Apa apa demam yg berserta simptom yg merisaukan, jumpa doktor cepat. Contohnya demam dah 2 hari tak sembuh lepas bagi Paracetamol. Atau demam tinggi sangat berserta kanak2 meracau. Atau demam dengan cirit birit teruk. Atau demam yang berserta ruam.
Perlu tahu ya, datangnya demam bersebab. Kadang kala Paracetamol hanya dapat mengawal suhu badan, tapi ia bukan rawatan. Rawatan akan diberi berdasarkan Diagnosis doktor terhadap menyakit yang dihidapi.
KESILAPAN yang sering berlaku bila parents bagi ubat IKUT UMUR. Sekian sekian mL utk umur 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun…etc.
Sila ikut berat badan anak ya.
Ada budak umur 1 tahun yang berat macam budak 2 tahun. Ada pula yang umur 5 tahun macam budak umur 3 tahun. So dos ubat ikut umur TIDAK TEPAT.
KESILAPAN lain ialah salah KIRA DOS ubat ( dah ambil kira berat anak), sebab salah persediaan. Di sangka ubat paracetamol yang 120mg / mL, rupa rupanya guna Paracetamol yang 250mg/ 5mL. So perhatikan label betul betul.
Ads
Ada formula berapa banyak Paracetamol dalam miligram yg perlu di bagi ikut berat badan anak.
FORMULA nya:
15mg / kg of Paracetamol, every 6 hour
Ini formula nya. Makna nya, kita bagi 15mg ubat Paracetamol utk setiap 1 kg berat badan anak. Ulang ubat setiap 6 jam.
* Formula ini terpakai utk kanak2 yang beratnya <50KG ya.
Contoh:
Berat anak 10kg.
So berapa ubat Paracetamol yg patut kita bagi?
15mg X 10kg = 150mg Paracetamol
Kalau kita guna persediaan Paracetamol 120mg / 5mL, berapa banyak nak bagi ( berapa mL) utk dapatkan 150mg tu?
Ads
Kiraan nya:
150 / 120 x 5ml
= 1.25 x 5ml
= 6.25ml
So, kita bagi anak 6.25ml ubat Paracetamol 120mg/5ml setiap 6 jam.
Perhatikan, kalau kita beli Paracetamol 250mg pulak berapa ml perlu bagi?
150 / 250 x 5ml
– 0.6 x 5ml
= 3ml
So, kita bagi anak 3ml ubat Paracetamol 250mg/5ml setiap 6 jam.
Nampak tak, beza 12.5ml VS 6ml ?
Kesilapan boleh berlaku kalau kita salah guna formula dan salah pilih ubat..
Pastikan ambil kira berat anak. Jangan bagi TOTAL melebihi 3750mg Paracetamol dalam masa 24 jam.
Formula maksimum dos dalam 24 jam ialah:
75mg / kg in 24 hours.
Maximum dos ini TERMASUKLAH ubat Paracetamol dlm bentuk suppository ( makna nya kalau kita ada guna ubat syrup + suppository)
Ambil contoh anak yg berat 10kg tu, so maksimum dos yang dia boleh ambil sehari semalam ialah 75mg x 10kg = 750mg.
Perhatikan, kalau ikut kiraan berat di atas, kita bagi 150mg setiap 6 jam. So total 24 jam = 600mg. Ini dalam range safe dose over 24 hours.
*Jumpa doktor dahulu sekiranya anda tidak pasti dengan dose yg ingin diberikan.
Moga menjadi panduan bersama untuk memastikan anak selamat.
Dianugerahkan anak sebagai zuriat penyambung warisan tentunya sesuatu yang cukup menggembirakan dan membahagiakan.
Lebih-lebih berganda perasaannya bila dikurniakan bukan seorang cahaya mata malah kembar sembilan sekali gus! Rasa bahagia dan syukur yang sukar untuk digambarkan.
Pun begitu tidak dinafikan bukan mudah malah semuanya berganda perlu diuruskan.
“Melahirkan seorang anak sudah cukup sukar. Inikan pula sembilan anak, tidak dapat dibayangkan,” kata Halima, ibu kepada bayi kembar sembilan yang memecah rekod dunia sebagai kembar paling ramai.
Memetik berita di Sinar Plus, difahamkan setelah melahirkan Mei lalu di sebuah di Casablanca, Morocco, Halima Cisse, 26, dan bayi-bayinya akhirnya dibenarkan pulang ke Mali.
“Sungguh mengagumkan jumlah kakitangan yang terlibat dalam menjaga mereka. Saya berterima kasih kepada pasukan perubatan yang bekerja keras dan kerajaan Mali kerana membiayai kelahiran ini,” kata isteri kepada tentera laut, Abdelkader Arby, 35.
Daripada sembilan kembar, empat adalah lelaki dinamakan Oumar, Elhadji, Bah dan Mohammed VI.
Manakala lima daripadanya adalah perempuan diberi nama Adama, Oumou, Hawa, Kadidia dan Fatouma.
Kembar luar biasa ini pada awalnya dijangkakan mampu bertahan 50-50.
Bagaimanapun, semuanya kuat semangat, berjaya melepasi tempoh sukar dan kritikal hingga bebas inkubator sejak Ogos lalu.
Susulan itu, bayi-bayi berkenaan berpindah ke sebuah pangsapuri berdekatan hospital bagi memudahkan dipantau kakitangan perubatan.
Memiliki bayi yang ramai, Cisse terpaksa menggunakan 100 keping lampin pakai buang dan menyediakan enam liter susu sehari.
Kandungan kembar sembilan menjadi perhatian dunia selepas Cisse hamil tanpa sebarang rawatan kesuburan.
Pada awalnya dia dikatakan hamil kembar tujuh sahaja.
Berat perut Cisse juga dikatakan mencecah 30 kilogram, termasuk air ketuban.
Bayi-bayi tersebut dilahirkan pada usia pramatang melalui pembedahan caesarean.
Cisse difahamkan berada diambang maut selepas bersalin kerana kehilangan banyak darah.
Lapor Daily Mail, bil hospital sahaja cecah RM5.71 juta yang mana sebahagiannya ditanggung kerajaan Mali.
Halima Cisse dan suami terdahulu memiliki anak sulung perempuan, Souda berusia dua tahun setengah.
Pasangan ini tinggal di kediaman mereka di Timbuktu, Mali yang mempunyai tiga bilik tidur.
Untuk itu, mereka merancang untuk membesarkan rumah bagi menampung keperluan anak seramai 10 orang.
Sebelum ini, rekod kelahiran bayi kembar paling ramai dipegang wanita bernama Nadya Suleman dari Amerika Syarikat.
Wanita tersebut melakukan rawatan kesuburan untuk hamil dan dikurniakan bayi kembar lapan pada 2009.
Sumber : Sinar Plus
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi pasangan Datuk Yusry Abd Halim dan Datin Lisa Surihani, pasti tidak lupa dengan tarikh yang menyatukan mereka sebagai suami isteri yang sah.Kini, usia perkahwinan mereka sudah menjangkau satu abad dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Semalam pasangan ini meraikan ulangtahun ke-10 mereka Dalam suasana cukup simple namun cukup manis untuk dikenang.
Dalam satu perkongsian menerusi laman Instagramnya, Lisa memuatnaik ucapan istimewa buat suami yang disayangi.
“Bismillahi, masyaAllah. Sayangku Yushby, kita telah sampai ke satu milestone bersama-sama pada hari ini. Alhamdulillah, 10 tahun yang indah.
“Siapa sangka kita akan berada di sini, setelah bertentangan mata antara satu sama lain ketika di satu majlis hari raya.”
“Ketika itu, saya fikir ini, get real Lisa. He’s not interested. Kemudian kamu pun ada cakap bahawa kamu pun ingat tak akan ada harapan dengan saya.”
“Namun semuanya ketentuan Illahi. Saya akhirnya dapat habiskan masa bersama insan yang saya sayangi dan kini telah diberkati dengan tiga orang cahaya mata.”
“Sungguhpun ada turun naik, itu semua adalah satu ujian, saya bersyukur dan berharap akan keberkatan dari Nya, kita dapat lalui bersama-sama.”
“Semoga rasa cinta dan sayang kita akan sentiasa diberkati oleh Illahi. Semoga kita akan lalu usia tua bersama dan juga di jannah. Saya sayang kamu, baby.”
Demikian nukilan yang cukup menarik buat suami kesayangan Lisa Surihani.
Saban hari, boleh dikatakan ada sahaja isu ‘penyondol’ dilaporkan. Tidak kira sama ada melibatkan selebriti, pempengaruh malah ianya turut terjadi pada orang biasa.
Paling merisaukan, walaupun banyak kecaman dibuat dan nasihat diberikan kepada ‘orang ketiga’ namun ianya semakin langsung tidak mencuit di hati mereka.
Berkongsi pandangan mengenai perkara ini, penyanyi popular Ernie Zakri mengatakan bahawa beliau mengakui isu-isu sedemikian sudah tentu menakutkan kaum isteri, apatah lagi ia turut terjadi pada rakan-rakan selebriti.
Menurut Ernie, dia sangat berharap agar perkara itu tidak berlaku pada rumah tangganya dan sekiranya terjadi, dia tidak kuat untuk menghadapinya.
“Saya bukan wanita yang kuat untuk menghadapinya. Siapa yang mahu suaminya disondol? Ada satu saat, saya takut nak baca kisah-kisah sebegitu terutama yang terjadi dalam kalangan rakan-rakan artis.
“Saya tidak mahu berada di posisi mereka. Sekiranya berlaku, saya boleh jadi gila dan meroyan. Bahkan, mungkin boleh buat sidang media untuk kongsi tentangnya (penyondol),” katanya.
Walaubagaimanapun, Ernie kagum dengan wanita yang tabah dan kuat menghadapi situasi seperti itu.
“Saya tidak dapat membayangkan keadaan diri jika berhadapan dengan masalah ‘penyondol’, tetapi kagum dengan kekuatan golongan wanita yang diuji dengan gangguan orang ketiga. Tabik dengan kekuatan mereka,” katanya.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...