“Makin runsing dibuatnya, bila lihat anak asyik merengek siang malam sebab ada eczema. Tergaru-garu badan yang terasa gatal, hingga ada yang terluka dibuatnya. Sudahlah begitu, tiba-tiba demam pula akibat cuaca yang tidak menentu masa ini. Sebagai ibu, melihat keadaan anak sedemikian tentu sayu hati dibuatnya.”
Selain ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor dalam membantu merawat penyakit yang dihidapi, seharusnya ibu-ibu juga perlu ambil berat tentang apa yang dimakan oleh anak-anak ketika itu. Memandangkan setiap apa yang dimakan, akan menyumbang kepada kesihatan diri seseorang. Oleh sebab itu, kita perlulah lebih berhati-hati dalam memilih yang terbaik untuk keluarga kita!
Ini sebagaimana yang dikongsi oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad di dalam facebooknya untuk info bersama.
“Apabila anak-anak kita demam dan selsema, tolong elakkan 5 makanan yang tak bermanfaat ini. Apatah lagi jika anak-anak ini ada masalah eczema.”
Sport drinks dan minuman bergas.
Ads
2. Ais Krim
3. Roti putih
Ads
4. Gula gula
5. Semua jenis jajan
Ads
Mengikut American Journal of Clinical Nutrition kesemua ini sebabkan keradangan dan lemahkan sistem imun.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak berubah itu senang, tapi nak istiqamah itu yang sebenarnya sukar. Bagaimanapun, berdoalah supaya kita semua dapat peroleh hidayah dari Allah untuk terus ke jalanNya.
Baru-baru ini, pelakon jelita Nora Danish ada berkongsi beberapa foto di laman instagram miliknya yang memaparkan dirinya manis bertudung litup ketika menghadiri sebuah majlis ilmu bersama beberapa selebriti yang lain.
Yang menariknya, pemakaiannya pada hari tersebut merupakan pemberian daripada Allahyarhamah Siti Sarah kepadanya dan dia sendiri memang berniat untuk memakai tudung beserta jubah tersebut ketika menghadiri majlis itu.
” Terima kasih mu di atas jemputan ini , dan thank u taw sebab selalu ingat kat ku 🥲 Terima kasih juga pada Ustazah Jiha di atas segala ilmu dan doa 🙏🏼🤲🏼🤍 setiap kata2 MasyaAllah sampai di hati, air mata tak berhenti mengalir. Semoga anda sekeluarga sentiasa dirahmati Nya.
” Terima kasih jua buat semua sisturssss yg hadir tadi 🤍Bibik jugak, masak soto sedap sangat. Lauk macam macam, murah rezeki semua dunia akhirat. Sehingga berjumpa lagi.
“Jubah n tudung Nora dari Loveta , pemberian Arwah Siti Sarah. Mmg niat nak pakai untuk majlis ilmu harini. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman 🤲🏼 Amin Amin YRA. Mari kita sedekah Al Fatihah buat arwah Siti Sarah Raissuddin dan kepada semua yg telah pergi meningggalkan kita.” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji penampilan aktress yang popular dalam drama Puteri ini. Tidak dilupakan ada juga dikalangan mereka yang sempat mendoakan untuk Nora kekal istiqamah dan mendapat keberkatan ilmu dalam majlis tersebut.
Sumber : Instagram Nora Danish
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini tular video yang dikongsikan oleh seorang guru yang cukup prihatin terhadap anak muridnya.
Meskipun kita tidak tahu keseluruhan cerita, namun begitu banyak nilai baik yang boleh kita kutip dari perkongsian video ini.
Sama ada dari sisi seorang ayah yang sedaya boleh ingin mencukupkan keperluan anak untuk ke sekolah, bahkan neneknya yang telah tua turut ingin membantu menguruskan cucunya yang tiada ibu akibat menjadi korban Covid-19.
Tidak dengan itu, kita juga dapat lihat betapa baik dan murninya hati anak ini, tanpa segan dan malu tetap hadir ke sekolah demi menuntut ilmu.
Pakai Baju Paras Lutut
Tindakan seorang pelajar memakai baju kemeja sekolah sehingga paras lutut, menyebabkan guru ini membantu untuk betul dan kemaskan baju kemeja yang dipakai oleh pelajarnya agar nampak lebih kemas dan selesa untuk pelajar tersebut bergerak.
Video yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @Cikgu_Farrah ini memberi pelbagai reaksi dikalangan yang menontonnya.
Guru Prihatin
Seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Abu Bakar, Lepai, Farrah Norashikin Juhari dilihat membetulkan kemeja besar yang dipakai anak muridnya dikenali Jebat.
Menurut Farah Norashikin, tindakan pelajarnya memakai pakaian seragam bersaiz besar itu berikutan bapa kanak-kanak tersebut tersilap membeli saiz baju untuk anaknya.
“Selepas menyedari keadaan itu, saya bawa Jebat ke tandas untuk betulkan kemeja putihnya itu dan tengok bajunya itu bersaiz XL.
“Dia kemudian beritahu telah tersalah pakai baju abangnya tetapi sebenarnya ayahnya tersalah beli baju bersaiz besar.
“Jebat juga ada abang di tahun dua dan kakak di tingkatan empat,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Tambah Norashikin, Jebat bersama dua beradiknya kini tinggal bersama nenek mereka di Kampung Teluk berikutan bapa mereka bekerja sebagai pemandu lori.
Nenek kanak-kanak itu yang dikenali Roziah memberitahu, dia tidak sempat membetulkan baju Jebat mengikut saiz badan cucunya.
“Ayah mereka beli baju seorang dua pasang, bila bawa balik rumah tengok tidak muat jadi pergi semula ke kedai dan tukar. Tetapi terbeli pula saiz besar dan minta saya kecilkan tetapi tidak sempat,” ujarnya.
Sementara itu, Guru Besar SK Haji Abu Bakar, Wan Zainah Wan Nawawi berkata, pihaknya akan membelikan pakaian seragam sekolah yang baharu buat Jebat pada Jumaat ini.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 1.8 juta tontonan dan pelbagai komen diterima daripada yang menonton video tersebut. Rata-rata ramai yang semak dengan kisah yang dikongsikan dan ramai juga yang bermurah hati untuk memberi bantuan kepada Jebat dan mendoakan Jebat akan jadi anak yang baik, soleh, bijak dan beriman.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Tahukah anda, sebenarnya terdapat lebih 150 jenis sakit kepala yang berbeza karektor, punca dan rawatan sebagaimana yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia di facebook. Perkongsian info ini mendapat perhatian wargamaya hingga telah dikongsikan lebih 8.2 ribu kali.
Mungkin selama ini ada yang menganggap asal sakit kepala sahaja mesti disebabkan rasa pening atau pusing. Rupanya banyak jenis penyakit yang dikategorikan sebagai sakit kepala.
Nak tahu detail ini perkongsiannya.
Ada 4 jenis sakit kepala, dan ini adalah antara yang paling biasa berlaku.
SINUS
Sakit yang terasa di sekitar mata, tulang pipi, dahi dan batang hidung.
Sakit ini akan rasa lebih teruk bila baring mengereng, bergerak secara mengejut dan pergerakan. Berlaku akibat jangkitan dan perubahan tekanan udara dalam rongga sinus.
TENSION
Sakit yang terasa dihadapan kepala, terasa seperti kepala diikat dan dihimpit. Aktiviti fizikal tidak membuat sakit bertambah teruk, Berlaku akibat stress, kurang air dan otot tengang.
MIGRAIN
Terasa sakit berdenyut di sebelah kepala dengan tekanan di belakang mata. Biasanya akan rasa loya dan kabur mata. Tasa sakit menjadi lebih teruk dengan pergerakan dan aktiviti fizikal. Sensitif dengan cahaya terang dan bunyi bising.
CLUSTER
Sakit di sebelah muka, kepala dan mata. Apabila baring membuat sakit bertambah teruk. Berpunca dari hidung atau air mata tersumbat.
Bila anda perlu jumpa doktor untuk rawatan segera untuk masalah sakit kepala?
✔️ Sakit kepala secara mengejut dan sangat sakit
✔️ Kanak kanak sering mengadu sakit kepala
✔️ Sakit kepala dengan gangguan penglihatan, keliru, hilang keimbangan tubuh dan pertuturan.
✔️ Sakit kepala dengan rasa kebas dan lemah
✔️ Sakit kepala dengan deman, sawan atau pengsan
✔️ Sakit kepala dengan tengang di tengkuk dan ruam