Sebelum berakhirnya sesi persekolahan guru-guru di setiap sekolah akan mematikan setiap anak muridnya dibekalkan dengan buku-buku teks untuk kegunaan di tahun hadapan. Kebiasaannya juga, buku-buku tersebut diberikan kepada anak-anak kita terikat kemas dalam satu ‘bundle’. Ada yang masih elok balutannya dan ada pula sesetengah buku ‘togel tanpa berbaju. Lebih menyedihkan jika buku yang diperoleh uzur keadaannya; terkoyak, hilang muka surat, bercontengan dan sebagainya.
” Cikgu! Kenapa bagi buku koyak kat anak saya ni? Nanti akhir tahun cikgu salahkan anak saya dan anak saya yang kena denda pula. Saya nak tukar buku lain yang elok dan baru!” Tegas dan tinggi suara seorang bapa mengadu.
Jika anak dapat buku teks sebegini, anda perlu tahu sebabnya.
Apa perlu buat bila buku anak begini?
Cara penyelesaian PALING AGUNG.
Anda pergi kedai, beli buku teks baru untuk anak. Balut elok-elok dan cermat. Akhir tahun nanti jumpa guru sambil hantar buku dan cakap,
” Cikgu, sebenarnya akhir tahun lepas anak saya dapat buku teks koyak. Saya belikan baru agar anak saya selesa guna. Dan ni, saya nak wakafkan untuk pihak sekolah. Semoga banyak memberi manfaat pada murid-murid yang gunakan buku ini nanti.”
Kan hebat tu. Guru pun pandang anda dengan hormat. Murid lain pun dapat manfaat. Anda pun dapat saham akhirat. Lengkap!
Daripada anda pergi ke sekolah marah-marah hanya kerana sebuah buku teks yang harganya tak sampai RM10 pun. Mana lagi elok:-
– Kerana sebuah buku koyak martabat anda sebagai ibu bapa hebat jatuh.
– Kerana menggantikan sebuah buku, anda dipandang sebagai ibu bapa yang cakna.
Dan, hargailah buku percuma yang diberi saban tahun. Didik anak jaga dengan baik. Balut dan susun dengan elok agar buku tahan lama. Didikan sebenarnya bermula dari rumah. Dan kita ibu bapa merupakan guru pertama dan selamanya untuk anak-anak kita. Ingat tu.
Sumber : Mohd Fadli Salleh