Anak ini baru berusia lima tahun. Aktif. Berlari-lari. Nampak sihat luarannya. Namun, ada satu masalah yang tidak pernah hilang pada beliau.
Setiap kali ia berlaku, mana-mana ibu pasti akan berasa panik, bimbang, risau dan takut. Hampir setiap bulan, hidung anak kecil ini akan mengeluarkan darah. Tiba-tiba. Tak ada hujung pangkalnya. Tidak semena-mena.
Apabila saya tanya lebih dekat dengan si ibu, bagaimana sejarah keluarga, apakah ada masalah lain yang berlaku, bagaimana pula dengan telinga, hidung, mata dan keseluruhan tahap kesihatan anak itu, barulah saya mendapat jawapan.
Setiap pagi anak ini akan mengalami gejala bersin yang sukar untuk diberhenti. Hidungnya akan sering tersumbat, mata kerap berair, jika keadaan lebih teruk, pendengaran juga akan terganggu.
Setiap bulan juga akan berlaku pendarahan daripada hidung. Kadang-kadang malam, ada itu waktu siang. Boleh juga berlaku secara tiba-tiba ketika sedang tidur. Pendek cerita, masalah resdung yang tidak terkawal memang boleh menyebabkan pendarahan hidung berlaku!
Jika ini berlaku kepada anda, apa kalian akan lakukan di rumah?
Ads
“Saya akan bawa anak saya ke sinki atau bilik air, basuh hidungnya bersih-bersih. Kemudian, suruh dia dongakkan kepala supaya darah itu tidak lagi keluar.” Jawab ibu muda ini.
Ibu-ibu, ayah-ayah atau cikgu-cikgu di luar sana, apabila kejadian ini berlaku di depan mata anda, sama ada di rumah, di sekolah atau di mana-mana sahaja, lakukanlah langkah-langkah bijak ini. Mudah, selamat dan amat penting sebelum pesakit dibawa ke fasiliti kesihatan terdekat.
Ads
1. Bertenang. Ini amat penting supaya anda mampu melakukan dan bertindak mengikut langkah seterusnya. Kalau anda gelabah, apa-apa perkara pun tidak akan jadi.
2. Tekan atau ‘pinch’ bahagian luar hidung pesakit. Lakukan selama sepuluh minit tanpa henti. Minta pesakit bernafas melalui mulut. Langkah ini akan menghalang darah daripada terus keluar daripada depan hidung.
3. Tundukkan kepala pesakit. Ini penting bagi mengelakkan darah daripada mengalir ke belakang, masuk ke saluran pernafasan dan seterusnya disedut ke paru-paru. Jangan dongakkan kepala. Ini amat berbahaya!
Ads
4. Letak ais pada bahagian dahi pesakit. Ini juga bertujuan bagi mengawal pendarahan daripada terus berlaku.
5. Ulang langkah-langkah ini jika pendarahan semakin berkurang.
6. Jika tiada tanda-tanda pendarahan akan berhenti, segera bawa pesakit ke hospital. Langkah kecemasan perlu dilakukan oleh doktor.
Semoga tip ini berguna untuk kita semua. Jom kita saling berpesan. Sebarkan ilmu ini supaya lebih ramai mendapat manfaat.
Menyewa sebuah homestay setiap kali pulang menyambut hari raya di kampung halaman memang tidak mustahil bagi kita. Namun menyewa homestay khusus untuk meletakkan kucing-kucing kesayangan jarang-jarang sekali kita dengar. Pasangan muda yang baru memiliki anak ini seharusnya di puji.
Bagi Shahlin Shahirea Makhtar, 29 dan suaminya, Ahmad Azhar Saidin, 31 tahun, inilah rutin tahunan mereka ketika bercuti di kampung halaman.
Mahu Beraya Dengan Tenang
Bagi Shahlin yang lebih mesra disapa Lynn, dia dan suaminya sepakat untuk menyewa homestay berdekatan rumah ibu bapa mereka untuk beraya dengan lebih tenang.
“ Setiap kali balik beraya, saya bawa ke semua kucing-kucing saya, Betty, Milo, Shasha dan yang terbaru Sajat, balik ke kampung halaman. Kami bercuti biasanya sampai dua minggu, jadi pilihan tepat adalah bawa balik kesemuanya bersama-sama kami.
Saya tak berapa gemar tinggalkan mereka di asrama kucing. Saya bimbang mereka dijangkiti virus. Maklumlah banyak kucing lain, kita sendiri tak tahu bagaimana kondisi kesihatan mereka. Lagi pula kami balik kampung pada tempoh yang agak lama.
Bila dah bawa balik kami kena fikirkan juga anak-anak kucing. Dulu kami hanya letakkan sahaja dalam sanggar sepanjang masa, bimbang mereka keluar rumah. Maklumlah masa raya orang keluar masuk takkanlah nak tutup pintu saja. Kesian pula letakkan mereka dalam sanggar dan tak bebas.
Lagi satu, ketiga-tiga mereka mesti jadi tumpuan kenalan dan sanak-saudara yang datang beraya. Adakalanya nampak mereka tidak selesa dan ketakutan. Memikirkan rasa tak selesa inilah saya dan suami terfikir untuk mencari homestay dan letakkan kesemua mereka di situ.
Setiap hari saya atau suami akan ulang alik ke sana untuk beri makanan dan bersihkan najis. Paling penting mereka dapat bergerak bebas. Jadi dapatlah kami suami isteri beraya dengan tenang,” kata anak kelahiran Jerantut ini lagi.
Tak hanya seronok meraikan lebaran dan hati pun tenang dengan membawa kesemua anak-anak kucing balik, pasangan ini juga merasakan momen balik kampung dengan anak-anak kucing mereka adalah momen yang cukup istimewa dalam hidup mereka.
“Perjalanan balik ke kampung halaman kami langsung tak terganggu dengan adanya Betty, Milo dan Shasha. Betty awal-awal lagi sudah ambil tempatnya iaitu di kawasan handbreak kereta. Manakala Milo pula setiap tidur di kaki sepanjang perjalanan. Shasha pula jenis gayat, jadi dia selesa ditempatkan di dalam sangkar sepanjang perjalanan.
Kesemua mereka masuk sahaja kereta, ambil tempat masing-masing dan terus tidur hingga sampai di kampung halaman. Cuma sesekali jika berhenti, ketiga-tiga mereka akan bangun dan kemudian menyambung tidur semula. Jadi kami langsung tak ada masalah,” kata Lynn yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama.
Sumber: Majalah Keluarga Isu Jun 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika memasak biasanya kita menggunakan pisau yang sama untuk memotong sayur, ikan atau daging. Namun secara praktikalnya cara ini salah yang mengakibatkan proses memasak menjadi tidak lancar.
Tahukah anda bahawa pisau mempunyai pelbagai jenis dan fungsi. Contonya ada pisau khas untuk memotong daging, sayur dan roti. Jika menggunakan pisau yang sama, ia akan mengakibatkan pisau itu tidak tahan lama dan menjadi tumpul. Apabila satu pisau digunakan untuk pelbagai jenis fungsi, pisau tidak kekal tajam.
Bukan itu sahaja, kerja memasak menjadi lambat. Bayangkan untuk memotong daging pisau tumpul tentu daging goreng jadi tak cantik hasilnya.
Menerusi perkongsian ini, ikuti lanjut jenis-jenis pisau dan fungsinya.
JENIS PISAU DAN RINGKASAN KEGUNAANYA
Lepas guna tu terus basuh jangan ditinggal-tinggal sekejap pun. Petua orang lama tapi yang pasti pisau kat rumah ni jarang tumpul.
3. Boning Knife dengan bentuk ujung yang agak melebar. Bentuknya yang ramping dan panjang, maka pisau yang satu ini paling tepat di gunakan untuk membersihkan tulang di dalam daging atau kulit ayam, memisahkan ayam dari tulangnya dan membuat irisan yang tipis dan kecil.
Dah tahu kan fungsi setiap pisau untuk memasak. Lepas ini, boleh lah dapatkan koleksi pisau mengikut fungsinya. Namun tidak perlu semua pisau kena beli, beli ikut keperluan. Pisau tajam memang cepat kita melakukan tugasan memasak. Hirisan dan potongan pun menjadi lebih kemas dan cantik.
Jarang-jarang muncul bersama anak-anaknya, penampilan Alif Satar bersama dua anak perempuannya yang membuat trend Tik Tok menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, kesemuanya kelihatan cukup comel malah dipuji seperti abang dan adik-adik ketika menari di Tik Tok.
Menerusi perkongsian videonya, jelas aksi dua anak Alif iaitu Alisha Anugerah dan Ariana Mecca cukup lincah.
“Layan anak-anak jap,” tulisnya ringkas.
Aksi bonding Alif bersama anak-anaknya itu sudah semestinya mencuit hati ramai, lebih-lebih lagi bila mana gaya bersahaja Alif yang dilihat turut sama menari ketika lagu Touch My Body, nyanyian Mariah Carey dialunkan.
Rata-rata peminat terhibur dengan gaya lincah dan bersahaja mereka malah turut menyifatkan seperti abang dan adik. Memang cute!
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...