Bila anak rapat-rapat, si ibu akan luang lebih banyak masa dengan si bongsu. Maka si abang dan kakak akan sedikit terpinggir. Jika tiada masalah bertutur, tak apa. Tp bila anak itu ada masalah bertutur, maka si ibu kena cuba lakukan sesuatu.
Sebelum cakap hal ibu, si ayah dulu kena mainkan peranan. Ayah kena luangkan masa dengan anak2 lain sementara ibu sibuk dgn si kecil.
Apa yang
ayah-ayah boleh buat?
– bawa ronda naik motor. Sekali sekala berhenti, tunjuk kucing, tunjuk lembu, tunjuk lori.
– singgah kedai. Ajar anak minta apa yg dia nak beli. Nak beli roti? Ais krim? Air kotak? Biskut? Ajar dia tunjuk dan sebut.
– jika ayah membuat kerja-kerja rumah, panggil anak untuk duduk dekat dan lihat apa yg ayah buat.
Sebutkan ayat2 mudah seperti “buang sampah, sampah busuk, banyak sampah, buang dalam tong”
– main cikgu-cikgu dengan anak. Bagi anak penunjuk dan ayah jadi murid. Lekat poster di dinding.
– main perang-perang dengan anak. Susun bantal jadi kubu2. Sebutkan perkataan / ayat mudah seperti “tembak, serang!” “Bom!” “Ayah menang” “bom lagi” “baling asap, busshhhh”
Kuncinya ialah jangan pegang hp di tangan.
Bagaimana pula dengan ibu? Dah ada baby baru, sibuk baby tu nak susulah, beraklah, mandilah….
Panggil anak yg ada masalah bertutur tu. Suruh dia duduk dekat dgn anda dan anda cerita apa yg anda sedang buat kat baby/adik.
Sebutkan ayat mudah “baby pakai baju” “letak bedak” “baby wangi”
Cakap perlahan-lahan. Ayat pendek saja dan ulang ayat yg sama beberapa kali.
Sumber: Pakar Pertuturan Ruby Atikah