
Bila anak rapat-rapat, si ibu akan luang lebih banyak masa dengan si bongsu. Maka si abang dan kakak akan sedikit terpinggir. Jika tiada masalah bertutur, tak apa. Tp bila anak itu ada masalah bertutur, maka si ibu kena cuba lakukan sesuatu.
Sebelum cakap hal ibu, si ayah dulu kena mainkan peranan. Ayah kena luangkan masa dengan anak2 lain sementara ibu sibuk dgn si kecil.
Apa yang
ayah-ayah boleh buat?
– bawa ronda naik motor. Sekali sekala berhenti, tunjuk kucing, tunjuk lembu, tunjuk lori.
– singgah kedai. Ajar anak minta apa yg dia nak beli. Nak beli roti? Ais krim? Air kotak? Biskut? Ajar dia tunjuk dan sebut.
– jika ayah membuat kerja-kerja rumah, panggil anak untuk duduk dekat dan lihat apa yg ayah buat.
Sebutkan ayat2 mudah seperti “buang sampah, sampah busuk, banyak sampah, buang dalam tong”
– main cikgu-cikgu dengan anak. Bagi anak penunjuk dan ayah jadi murid. Lekat poster di dinding.
– main perang-perang dengan anak. Susun bantal jadi kubu2. Sebutkan perkataan / ayat mudah seperti “tembak, serang!” “Bom!” “Ayah menang” “bom lagi” “baling asap, busshhhh”
Kuncinya ialah jangan pegang hp di tangan.
Bagaimana pula dengan ibu? Dah ada baby baru, sibuk baby tu nak susulah, beraklah, mandilah….
Panggil anak yg ada masalah bertutur tu. Suruh dia duduk dekat dgn anda dan anda cerita apa yg anda sedang buat kat baby/adik.
Sebutkan ayat mudah “baby pakai baju” “letak bedak” “baby wangi”
Cakap perlahan-lahan. Ayat pendek saja dan ulang ayat yg sama beberapa kali.
Sumber: Pakar Pertuturan Ruby Atikah
Tak Sangka! Walaupun Bajet Ciput Tapi Dapat Buat Sendiri Cermin Mekap Berlampu Sama Seperti Di Kedai Perabot

Bagi kaum wanita, cermin mekap adalah sangat penting untuk mereka berhias. Jika sebelum ini, kita hanya melihat cermin mekap berlampu hanya digunakan sewaktu fotografi di studio namun kini anda boleh milikinya sendiri dan diletakkan di bilik tidur.
Namun harganya melebihi RM50 dan saiznya sudahpun ditetapkan. Bagi anda yang sudah memiliki meja hias dan hanya mahu menambah lampu sahaja, anda boleh membuatnya sendiri,
Di laman sosial, seorang wanita bernama Puan E’zzati Zainol telah berkongsi cara terperinci untuk menghasilkan cermin mekap berlampu atau vanity mirror dengan kos yang paling bajet.
Bahan yang digunakan memang mudah nak dapat. Hasilnya pula sangat cantik, siap ada lampu lagi!
Hanya 4 bahan utama yang diperlukan :
BAHAN-BAHAN
- Kotak terpakai
- Wallpaper
- Fairy lights
- Bola ping pong
Lampu ini memang ada dijual macam ni dah siap dengan bateri. Boleh dapatkan di Kaison.
CARA-CARA
1. Buat Rangka & Balutkan Dengan Wallpaper
Pertama sekali, potongkan kotak ikut ukuran cermin yang kita ada.
Kemudian, gamkan dan balut dengan wallpaper pilihan anda.
2. Tebuk Lubang Pada Kotak
Bila dah siap balut, tebukkan lubang di sekelilingnya dengan menggunakan pensel. Anggarkan jarak mengikut besar bola ping pong.
(Yang ini saya buat contoh je, jadi sebab tu tak balut dengan wallpaper.)
3. Masukkan Lampu
Seterusnya, masukkan lampu di bahagian belakang kotak tadi.
4. Tebuk Bola Ping Pong
Kemudian, tebuk bola ping pong dan masukkan lampu tadi ke dalam bola pingpong.
Kalau rasa tak cukup terang, boleh masukkan lagi banyak lampu ke dalam bola ping pong. Kalau nak lagi terang, guna bulb LED.
Bila dah OK, boleh gamkan supaya lebih kukuh.
5. Siap
Tada… Dah siap rupanya. Mudah kan?
Kalau tutup lampu, beginilah rupanya.
JIMAT TAPI TETAP CANTIK
Kalau nak beli satu set yang siap, mestilah berkali ganda lebih mahal. Bolehlah DIY sendiri, sekadar buat suka-suka saja. Walaupun DIY, ianya tetap cantik dipandang, praktikal, dan ekslusif. Yang penting, ia memang menjimatkan poket anda.
Jadi, tunggu apa lagi. Jom jadikan cermin berlampu ini sebagai projek hujung minggu anda!
Sumber: Puan E’zzati Zainol
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Isteri Tiba-Tiba Meninggal, Suami Tak Pandai Urus Anak, Superdaddy Pesan Persiapkan Diri Dengan ‘Skill’ Hidup!

Kita tak pernah tahu bila pasangan, baik suami atau isteri kita pergi meninggalkan kita selamanya. Itu kerja Allah dan itulah lumrah hidup.
Soal bersedia atau tidak, kita persiapkan diri kita dahulu dengan segala kemahiran yang ada untuk menguruskan amanah lain yang ditinggalkan.
Ini pesanan dari pempengaruh, Khairul Abdullah atau Superdaddy yang menguruskan tiga anak lelakinya sendirian sejak lima tahun lalu.
Benar kata beliau, kita persiapkan diri kita dan biasakan dengan segala amanah dan tanggungjawab hakiki menguruskan anak-anak.
Siang tadi ada sorang kakak ni tegur aku. Dia tanya aku, macamana aku boleh jaga anak-anak sorang diri selama 5 tahun ni.
Dia kata adik dia lelaki kematian isteri sama macam aku tapi tak dapat buat apa pun, tak dapat nak manage diri sendiri apatah lagi anak-anak. Jawapan aku ringkas. Skill.
Yer, sebab aku ada skill, maka aku boleh manage diri dan anak-anak aku tanpa pasangan. Kalau takde skill aku pun akan jadi macam adik dia juga. Mana nak dapat skill tu?
Dengan berbuat sesuatu secara berulang-ulang kali sehingga mahir. Aku jaga anak-anak sejak depa lahir. Aku belajar tukar pampers, basuh berak, mandikan, buat susu, masak dan semua berkaitan pengurusan anak. Benda tu aku buat setiap hari sehingga aku mahir.
Aku masak. Dari jerang air, masak megi, masak nasi, hiris bawang, siang ikan, potong ayam, potong sayur dan masak itu ini semuanya aku belajar sedikit demi sedikit dan aku buat setiap hari sehinggalah aku mahir.
Aku uruskan rumah. Aku vakum, aku mop, aku cuci toilet, aku repair lampu rosak, aku repair sink tersumbat dan sebagainya, semuanya aku buat sendiri dan berulang-ulang kali sehingga aku jadi mahir.
Aku menulis. Setiap hari aku menulis sejak tahun 2009, hari pertama aku mula tulis secara serius. Aku baca aku tulis aku praktis setiap hari sehinggalah aku jadi mahir.
So semua benda yang aku buat berulang-ulang kali dalam tempoh yang lama buatkan aku jadi mahir. So, bila wife aku meninggal.
Aku mahir uruskan anak-anak. Tak perlu susah hati menangis bucu katil tak tahu nak buat apa dengan anak bila isteri aku tak ada. Aku tak kekok langsung, malah lebih cepat aku uruskan semua. Cuma aku kepenatan sebab buat seorang diri.
Aku mahir masak apa sahaja untuk aku dan anak-anak. Tak perlu susah hati menangis di bucu katil sebab anak-anak dan diri sendiri kelaparan. Aku boleh sahaja masuk dapur dan masak guna apa sahaja bahan yang ada dan aku akan improvise kalau bahan tak cukup. Aku dan anak-anak sentiasa ada makanan atas meja. Cuma kepenatan memasak mengemas seorang diri.
Aku mahir uruskan rumah. Aku tahu sabun apa nak guna untuk mop lantai, aku tahu berus macamana yang sesuai untuk bersihkan sawang, aku boleh mengemas kalah orang pompuan. Cuma kepenatan sebab buat semuanya seorang diri.
Aku mahir menulis. Maka sehari selepas wife meninggal aku berhenti kerja dan jadikan skill menulis sebagai karier untuk aku cari makan, maka aku berjaya. Seriously aku tak sangka aku dan anak-anak dapat hidup senang dengan hanya ketukan keyboard setiap hari. Dah macam keyboard warrior pulak.
So, nak habaq yang bila kita kuasai skill dan gunakan skill tu dalam kehidupan, inshaAllah hidup kita jadi lebih mudah dan lebih baik. Tapi kalau kita takde skill, semuanya jadi payah.
Aku selalu ingat mak aku cakap. Mak tak pernah risau pasal hidup aku, sebab dia tahu dari kecil aku selalu buat sesuatu benda sampai aku mahir. Aku mahir uruskan diri, aku mahir dalam survival, aku ada skill tu. Mak aku kata, aku ni kalau campak kat mana pun aku boleh hidup dan dia takkan risau.
So bila wife aku meninggal, dia duduk dengan aku sekejap, perhati jer macamana aku uruskan rumahtangga dan anak-anak seorang diri. Dia kata aku boleh buat semuanya adakalanya jauh lebih baik dari orang lain. Skills really make a difference.
Jadi, nak pesan pada semua, acquire skill.
Skill dalam hidup ni macam-macam, semuanya untuk survival kita. Kalau yang lelaki, mulalah belajar memasak, mengemas, uruskan anak, uruskan benda-benda remeh. Skill ni bila kita dah ada, whatever happen in future, kita dah bersedia, macam aku.
Untuk wanita pun sama. Suami takkan bersama kita selamanya. Orang kata, kalau suami tak diambil orang dia diambil tuhan.
So lengkapkan diri dengan skill yang remeh temeh yang selalu suami buatkan tu terutamanya driving, jadi bila tiba hari yang kita bersendirian untuk buat semuanya, kita akan dapat lakukannya dengan cemerlang. Takdelah nak menangis di bucu katil dan menyesal kenapalah aku tak belajar buat itu dan ini dulu.
Life is short and unpredictable, so be prepared. Skills will help you go a long way.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Tanggungjawab Bertambah, Amanah Allah Untuk Saya Jaga Dua Orang Ni” – Shakilla Khoriri

Tahniah diucapkan kepada pelakon, Shakilla Khoriri yang telah pun selamat diijab kabulkan dengan pasangannya, Fariz Zulkepley dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam semalam.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada Ameena Sofia itu turut berkongsi beberapa keping gambar momen bahagia ketika majlis berlangsung semalam.
Jelas terpancar wajah kebahagiaan Shakilla yang selama ini melalui momen duka dalam membesarkan anaknya sendirian.
“Selamat datang Uncle Fariz. Alhamdulillah selesai majlis hari ni dengan kehadiran keluarga dan teman-teman rapat.
“Majlis yang kecil dan tertutup. Atas permintaan dan persetujuan kami sekeluarga untuk menyambut dan merai ahli baru dalam keluarga kami.
“Terima kasih atas ucapan, doa dan kata-kata yang baik buat saya & Ameena. Kami berdua setuju dan bersyukur dengan kehadiran Uncle Fariz dalam family kecil kami,” tulisnya di Instagram.
Kembali bergelar isteri. Namun kata Shakilla lagi, dia akan sedaya upaya menjaga amanah dan tanggungjawab ini selain membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang.
“Tanggungjawab bertambah. Amanah Allah untuk saya jaga dua orang ni. Doakan saya. Doakan perjalanan baru ni lebih baik untuk kami bertiga. Doakan saya menjadi Umi dan Isteri yang baik untuk mereka.
“Doakan saya kuat dan sihat untuk jaga mereka dan bahagiakan mereka selagi Allah pinjamkan hayat saya atas dunia ni. Terima Kasih atas doa-doa kalian pada kami bertiga,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Shakilla pernah bernikah dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Bonding time istimewa bersama anak-anak di Legoland, JB! Banyak hadiah best menanti tau.
Klik sini untuk DAFTAR 👉🏼 https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge/
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club