Siapa kata anai-anai langsung tak beri kesan dalam kehidupan kita. Kehadiran anai-anai di kediaman kita sememangnya satu ancaman besar.
Mana taknya, bukan hanya perabot dan kayu-kayu habis di makan anai-anai ini bahkan baju-baju yang tersimpan kemas di dalam almari juga turut musnah.
Rekahan dinding atau lubang pada kawasan rumah antara penyebab utama anai-anai mula mendekati kediaman kita. Tak perlu gunakan racun untuk menghalau anai-anai ini sebaliknya usahakan cara ini dulu untuk pulihkannya. Jom cuba.
Petua Halau Anai-anai
1. Tembakau
Tembakau berkesan dalam menghalau anai-anai. Caranya hanya perlu campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman. Kemudian, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang diserang anai-anai atau juga ke atas sarangnya.
Ads
2. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.
3. Air Kapur sirih
Ads
Kapur bersifat panas dan ia sangat tidak disukai kerana anai-anai memiliki kulit nipis dan lembut . Kapur juga mampu membakar kulit anai-anai.
Jadi anda boleh menggunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai. Caranya, sembur air kapur ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.
4. Air Cucian Beras
Ads
Manfaatkan air basuhan beras yang pertama untuk mengusir anai-anai. Siramkan sahaja air basuhan beras ke atas sarang anai-anai.
5. Minyak Tanah
Kebiasaannya minyak tanah digunakan untuk membakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai dari rumah.
Anda cuma perlu semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai. Namun bau minyak tanah agak kuat jadi tidak sesuai kalau di sembur di dalam rumah. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penting juga untuk kita fahami, tujuan wajah kita dicuci bersih setiap hari untuk memastikan kulit wajah dijaga rapi dan bebas masalah jerawat. Namun sering kali kita terlupa bahawa perkakasan makeup juga harus dibersihkan untuk elakkan berlakunya masalah pada kulit wajah.
Bayangkan jika ada yang tidak tahu atau tidak mengambil berat hal ini, tentu sahaja dari waktu dibeli hingga kini belum pernah dibersihkan apatah lagi dicuci. Jadi, faham-fahamlah bagaimana kotornya alatan solekan yang digunakan sehari-harian.
Jadi, bukan juga suatu yang pelik jika walaupun anda mencuci wajah dengan produk yang berkualiti dan mahal, jerawat masih ada. Sebabnya apa?
Ya, kesan daripada menggunakan berus atau span yang kotor ke wajah.
Untuk itu, jom pelajari cara menyediakan bahan membersihakn berus makeup dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada di rumah melalui perkongsian daripada Ferra Ross
PETUA MAGIK DAN MURAH CUCI BERUS MEKAP GUNA BAHAN DAPUR DENGAN RM5 SAHAJA!
Muka asik naik jerawat tapi taktau sebab apa? Adakah sebab brush anda dari start beli sampai sekarang tak pernah basuh?
Sekarang, anda tak perlu lagi membazir beriban-riban untuk beli Brush Cleanser atau pencuci brush mahal dan branded di pasaran.Anda hanya perlu DUA BAHAN DARI DAPUR SAHAJA untuk buat pencuci berus dan beauty blender yang kosnya KURANG dari RM5
Caranya mudah sahaja, sediakan bahan bahan di bawah :
RESEPI IBU CLEANSER FERRAROSSA
Bahan bahan:
1/2 cawan air 1/4 cawan pencuci pinggan
1/4 cawan Olive Oil ( Minyak Zaitun)
Cara-caranya :
Posted by Ferra Rossa on Tuesday, 27 February 2018
Campur semua bahan di atas untuk membuat ibu brush cleanser tersebut.
Paling senang selepas mencelup brush anda ke dalam ibu cleanser, gosok gosokkan dalam bentuk bulatan di tapak tangan.
Kemudian, bilas brush di bawah air mengalir supaya sisa makeup lebih senang dibersihkan dan semua sabun juga hilang.
Ekstra Tip :
Kalau malas cuci beauty blender, boleh rendam semalaman dalam bancuhan ibu cleanser dan bilas pada keesokan harinya.
Jika makeup terkena baju atau tudung, bancuhan Ibu Cleanser ini boleh digunakan juga di tempat kotoran melekat.
Selepas mencuci brush dan beauty blender kembali putih gebus gebas , bolehlah upload gambar supaya kastemer makeup dan kawan kawan boleh impress dengan tahap kebersihan anda.
Perasaan puas hati tidak dapat digambarkan bila semua brush dah bersih gebu tersusun atas vanity atau beg mekap.
Lepas ni tak perlu risau muka asik naik jerawat batu yang berpesta sebab pakai brush kotor yang dari zaman Flintstone tak basuh-basuh!
Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi bab penjagaan diri terutama dalam mengekalkan bentuk badan.
Tetapi, memasuki fasa berumah tangga, adakalanya sukar untuk mendapatkan bentuk badan asal.
Lebih-lebih apabila sudah mengandung dan melahirkan. Yang dapat badan asal memang bertuah, sedangkan yang lainnya terpaksa berusaha gigih diet dan menjaga makan demi tujuan tersebut.
Berbeza dengan ibu kepada 3 cahaya mata ini, dia sangat menitikberatkan hal pemakanan. Mesra dengan panggilan Cik Oya, Norafiza Mahmud kongsikan menu diet yang diamalkan olehnya untuk kekal langsing dan rahsianya miliki kulit cantik berseri. Paling penting kena belajar untuk uruskan masa.
Tiada lagi rojak, tiada lagi laksa
Menurut sebelum memulakan diet perlu latih diri untuk mengurangkan pengambilan nasi, roti putih, gula dan makanan yang kurang kandungan garam.
Ujarnya lagi, walau sesibuk mana pun perlu luangkan masa untuk diri sendiri dan kena belajar mencuri masa.
Ini jadual diet kurus & cantik kulit wajah
Mungkin anda boleh cuba tips ini jika mahu menurunkan berat badan secara semulajadi. Apa yang penting, anda kena bersemangat dan berdisiplin untuk mendapatkan hasil yang bagus. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Namanya cukup besar dalam industri nyanyian, namun empunya diri tetap bersikap low profile dan merendah diri. Anak kelahiran Negeri Di Bawah Bayu ini cukup kuat dan tabah orangnya.
Bergelar ibu tunggal, namun Azharina Azhar tidak sunyi kerana hidupnya terisi dengan kehadiran anak-anak angkat yang comel dan menjadi penghibur dalam hidupnya.
Ditanya tentang anak-anak angkatnya, Azharina mengakui mereka tidak benarkan dia berkahwin lagi. Azharina mempunyai dua anak angkat, Rahmat Azharin Azhar Abdullah, 4 tahun serta Redha Azharin Azhar, 2 tahun.
Manakala seorang lagi anak angkatnya, Rizqie Azharin yang berusia sebulan meninggal dunia pada Mac tahun 2017.
Ibu dunia akhirat
“Anak-anak sihat dan mulut pun sudah bijak. Mereka tak bagi saya kahwin dan ada teman lelaki. Mungkin mereka takut kasih sayang akan berkurangan. Mereka masih kecil, yang sulung bakal masuk 5 tahun manakala adiknya 2 tahun. Walaupun usia masih kecil tetapi mereka seolah-olah matang.
“Pernah sekali sebelum ini, anak saya yang sulung bertanyakan soalan yang saya tak boleh nak jawab dan hanya mampu menangis. ‘Mummy ambil Rahmat kat mana, siapa mummy Rahmat?
“Saya terus terduduk dan terus peluk dia sambil berkata, sayalah ibunya dunia akhirat. Dia sangat matang walaupun usianya baru nak masuk 5 tahun. Kekadang soalan yang dia tanya tak patut dalam usianya bertanya. Mungkin dia tak tahu secara detail tetapi dia akan soal pada saya.
“Tetapi saya tidak sorok hal sebenar, saya beri dia cakap dengan ayahnya yang juga sepupu saya. Dia tahu saya sayang dia, semua sayang dia kerana dia anak buah saya. Dia bukan orang luar. Cuma dia jenis budak-budak yang suka bertanyakan soalan walaupun kadang-kadang soalan tersebut tak masuk dek akal dengan usianya,” jelas Azahrina lagi yang bakal mengadakan konsert bagi meraikan kariernya tidak lama lagi.
Konsert Azharina Queen of Soul
Juara Gegar Vaganza musim ketiga ini juga bersyukur Konsert Azharina Queen of Soul bakal berlangsung pada 29 Jun ini di Teater Shah Alam.
“Ini merupakan konsert pertama yang dianjurkan dalam skala besar. Saya juga bakal menghiburkan penonton selama hampir dua jam,” kata Azharina kepada Gempak.
Konsert ini juga diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-18 pembabitan pelantun lagu Seandainya itu dalam industri nyanyian.
Sebelum itu, Azharina juga bakal berlakon teater buat pertama kalinya tak lama lagi. Azharina ditemui pada sidang media Teater Komedi Seram Anti Dadah: Dari Cherok Tok Kun Ke Gombak yang berlangsung di Black Box SACC Mall, Shah Alam baru-baru ini. Pementasan teater ini akan berlangsung selama dua hari bermula 22 dan 23 Mac 2019 depan di Teater Shah Alam.
Teruja tapi berdebar sertai teater
Akui Azharina, salah satu sebab dia menerima tawaram untuk terbabit dengan teater ini adalah kerana mesejnya berat tetapi disampaikan dalam bentuk komedi yang ringan.
“Cuma saya risau tidak boleh membawakan watak yang diberikan. Bab menyanyi tiada masalah Cuma untuk berdialog itu saya takut kerana ini adalah pertama kali berbuat demikian.
Terlibat dengan AADK
Menyentuh mengenai penglibatan beliau dalam teater ini, akui Azharina bukan kerana atas dasar pengalaman daripada keluarga atau rakan, tetapi sekadar berkongsi kesedaran bersama mereka yang terjebak dengan dadah.
“Sejujurnya, saya cakap ikhlas dari hati, ramai media tak tahu yang setiap tahun saya akan terlibat dengan AADK. Seperti tahun lepas saya di Sungai Ruam, Pahang untuk beri ceramah atau berkongsi masa, rezeki dan menyanyi serta menghiburkan kerana mereka juga manusia juga.
“Setiap manusia tidak sempurna, ada kekurangan. Sebagai individu saya suka berkongsi masa dan rezeki. Kita perlu bagi masa dan ruang untuk mereka.
“Walaupun saya tidak mempunyai pengalaman dan sejarah keturunan saya atau sahabat yang terlibat dengan najis dadah, namun saya ingin membantu memberi motivasi, berkongsi rezeki dan meluangkan masa berhibur bersama golongan ini,
“Sejujurnya saya belum pernah terlibat atau buat program dengan mereka (penagih) di negeri sendiri memandangkan saya sudah berpindah ke Kuala Lumpur. Saya bukan berceramah tetapi saya hanya berkongsi pengalaman bersama dengan sahabat dan ada juga rakan artis lain yang pernah kehilangan orang akibat pengambilan dos dadah yang berlebihan.
“Bila tangan kanan memberi, seboleh mungkin saya tidak suka war-warkan. Saya lakukan secara ikhlas. Saya ibarat semut yang kecil berdepan dengan mereka, tetapi sekurang-kurangnya melalui apa yang saya lakukan ini ada manfaat untuk mereka. Saya terima kerana ia dekat dengan hati saya bukan kerana duit,” ujar Azharina lagi yang bersyukur masih bertahan biarpun sudah 18 tahun dalam industri.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.