“Bila Allah Cabut Nyawa, Saya Boleh Tenang Sebab Tahu Anak Boleh Jaga Diri.” Sedihnya Baca Luahan Ibu Anak Autisme Ini!

Share

Memiliki anak istimewa bukanlah semudah yang disangkakan. Bagi ibu kepada 3 anak autisme ini, layanan diberikan tetap sama dan dia tidak mahu memanjakan anak-anaknya itu.

Sebaliknya mereka diberi tugas dan tanggung jawab untuk melakukan kerja rumah bagi membolehkan mereka berdikari kelak tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Namun, ada yang menganggap cara ibu ini agak kejam dan mempergunakan anak-anaknya untuk melakukan kerja rumah. Ibu bernama Karinda

 Warsito baru-baru ini adalah memuat naik luahan hatinya atas kecaman orang terhadapnya. Rupanya ada sebab kenapa ibu tabah ini mengajar anak-anaknya berdikari.

Ade orang kata saya ni emak kejam. Sebab saya suruh 3 orang anak autisme  saya rutin buat keje rumah.. Ade vacum rumah.. Ade mop dan basuh pinggan, cawan, mangkuk.. Ade basuh baju, kasut, stocking.. Kadang tu ajar dia orang masak. Habis tu emak dia seronoklah ye tak buat kerja apa. Cukup kerah anak.

Saye ni bukan CEO.. Jauh sekali dari ada ASB ribu-ribu ringgit.. Saye ni sedar diri hanya marhaen sahaja. Kelak bila tuhan panggil, saya tak dapat wariskan harta dan duit ringgit untuk bayar orang tolong jaga 3 anak autisme saya.

Sebab tu saya tak push mereka dengan akademik.  Saya push dan disiplinkan dia orang dengan kemahiran hidup dan urus diri. At least depa ni boleh mandiri.. Boleh uruskan diri sendiri.  Boleh bekerja sara diri. Walau kerja cleaner ke. Store keeper ke. Meniaga ke paling tak mereka boleh sara diri sendiri tak menyusahkan orang lain tak tergantung pada sapa-sapa.

Tak menggunakan OKU depa untuk belas kasihan. Tak di gunakan orang lain sebab depa OKU. Kalau boleh berjaya jadi hebat itu bonus.
At least kelak bila Allah panggil saya cabut nyawa saya boleh tenang sebab tau depa ni elok dan baik sebab boleh jaga diri.
#sayabukanibusempurna

Sumber: FB Karinda Warsito