Baru sahaja melahirkan cahaya mata sulungnya beberapa bulan yang lalu, siapa menyangka usahawan berjaya, Datin Rita Sosilawati pernah mengalami keguguran
sebelum anak kelimanya lahir.
Kongsi Datin Rita lagi, kini baru dia tahu bagaimana rasanya perasaan kehilangan anak di dalam kandungan. Saat yang paling sukar buat dirinya ketika itu.
Menerusi perkongsiannya bersama Pa&Ma, Datin Rita berkongsi cerita.
“Sebelum lahirnya anak kelima ini saya pernah mengalami keguguran. Sebenarnya saya tak pernah terbayang saya akan alami keguguran. Selama ini bila dengar orang gugur kita cuma bagi kata-kata semangat saja tapi bila kita alami sendiri, baru saya tahu perasaannya.
Saya rasa sendiri dia masih ada dalam perut saya, walaupun sebenarnya memang dah tak ada. Saya memang down.
Ads
Baru saya tahu macam ni rasanya ibu yang alami keguguran. Masa itu saya pilih untuk go natural dan tunggu dia keluar sendiri.
Masa itu saya dah tahu dia memang dah tak ada dah tapi sebabkan dia masih dalam perut, saya rasa dia masih ada. Memang saya sedih sangat waktu itu.
Ads
Waktu itu suami saya pujuk. Walaupun dah berapa kali beranak pun bila dah tahu mengandung mesti kita paling gembira dan bersyukur. Bila dah tahu tak ada, memang saya menangis.
Setiap pagi mesti menangis. Kita nak dia ada tapi memang dah tak ada. Tapi bila dah keluarkan semua, perlahan-lahan saya ambil masa untuk redaka emosi saya.
Ads
Bukan mudah nak bangun balik dan saya tak sangka rezeki datang dengan cepatnya untuk mengandung lagi.
“Saya tak dapat gambarkan dengan kata-kata waktu itu, memang tak mudah. Suami memang sangat mainkan peranan penting untuk bagi kata semangat,” luahnya lagi.
M. A. L. A. S bila ‘penyakit’ ini mengganggu tugas harian kita, memang tak jadi apalah jawabnya. Begitu juga dalam bab membuat dan mengurus kerja rumah.
Jadi bagaimana cara ‘mengubati’ penyakit yang satu ni?
Melalui perkongsian daripada seorang yang dikenali sebagai Shahidan di laman sosial ini elok kita jadikan panduan.
Jadi jom kita ambil untuk jadikan motivasi untuk kita elak rasa malas dalam pelbagai hal dan ini perkongsiannya.
Ini mungkin idea atau cadangan aku.
1. Ketika kita mahu membuat sesuatu, dan kita berasa enggan melakukannya, mulakan dengan kiraan dalam otak, dalam kiraan selepas nombor 3, aku akan bangun dan terus buat. Kira, 1, 2, 3, dan terus buat. Jangan fikir, sebab apabila engkau fikir engkau akan mahu menangguhkannya.
Aku belajar daripada Mel Robbins. Sila youtube. Mel Robbins mencadangkan kiraan roket 5,4,3,2,1.
2. Jadilah orang yang paling awal bangun meskipun pada hari minggu. Orang yang bangun awal selalunya lebih bersedia, cergas dan cepat siap daripada orang lain. Hari minggu, jam 7.30 pagi sudah siap kain untuk disidai, sudah siap baca sehalaman dua Al-Quran. Jam 8.30 pagi sudah balik dari pasar membeli barang basah. Ada orang bangun pukul 10 pagi. Keluar ke gerai nasi lemak pun sudah habis dijual. Rezeki memang lambat untuk yang bangun lewat. Ke pasar pun ikan sudah tidak segar. Contoh sahaja.
3. Sentiasa menulis To-Do-List, apakah kerja yang perlu dibuat sehari, esok, atau mengikut projek. Kalau masuk ke dapur baking, tengok barang yang perlu dibeli, mengatur jadual tempahan. Kalau , melihat barang di rumah apakah yang perlu dibeli, lampin dan susu anak sebagainya. Kalau untuk kerja, senaraikan kerja yang perlu dilakukan pada hari itu. Senarai, senarai, senarai sangat penting.
4. Pecahkan atau pisahkan peranan anda. Jika anda seorang pekerja, senaraikan kerja yang perlu dilakukan. Jika anda seorang suami, senaraikan walaupun menulis kertas senarai hari minggu perlu mesin rumput, bawa anak gunting rambut atau mahu beli tali pinggang baharu. Dan, pecahkan senarai tugas mengikut projek sebagai contoh untuk projek persaraan bos – kumpulkan foto, dapatkan biodata, senarai tetamu jemputan dan lain-lain. Untuk buat Rumah Terbuka, senaraikan semuanya.
5. Solat awal waktu. All the time. Satu perkara yang maha penting dalam hidup.
6. Tentukan aktiviti hidup berdasarkan waktu solat. Contoh, gerak awal selepas Subuh. Bersenam selepas solat Asar. Mesti sampai sebelum solat Zuhur. Apabila kita melakukan begini, kita sudah fragmenkan aktiviti berdasarkan waktu solat, dan kita utamakan solat kita.
7. Tentukan PENGGANGGU kita. Media sosial sudah tentu. Ketagihan facebook, youtube, instagram. Aku pun tidak terkecuali. TV atau siri TV yang panjang yang akhirnya menjadikan kita ‘follower’ . Jika itu yang menganggu kita, cuba hadkan atau potong atau kurangkan, sekiranya kita maklum semua ini membantutkan projek atau menangguhkan kepentingan lain dalam hidup kita.
8. Fikirkan matlamat yang bakal kita peroleh setiap kerja setelah tamat. Kita mungkin rasa malas sebab kerja itu rumit, tidak pandai/mahir atau tidak suka melakukannya. Fikirkan hasil hujungnya apabila kita usai selesai melakukannya dan hasilnya yang kita dapat.
9. Bergaul dengan orang yang RAJIN. Kita perlukan pengaruh yang KUAT dalam hidup kita.
10. Bersenam. Mengeluarkan peluh dan menjadikan kita cerdas dan bergerak aktif. Bunyi sangat klise tapi sangat benar.
Liana Rosli atau mesra disapa sebagai Kak KM dilihat sebagai seorang ibu yang sangat menyayangi serta menyokong anak-anaknya. Bahkan jika mereka cemerlang dalam pelajaran, usahawan ini tidak akan teragak-agak untuk memberi ganjaran yang besar kepada mereka.
Biarpun dia seorang ibu yang selalu memanjakan anaknya, Kak KM berkongsi tentang perkara yang membuat dia marah pada anak-anak. Hal ini ditanyakan oleh follower Kak KM dan dia tidak bersembunyi tentang hal tersebut.
Menurut ibu beranak empat ini, dia tidak kisah kalau anaknya kurang pandai dalam pelajaran tetapi yang paling menjadi kepantangan buat dirinya adalah sekiranya mereka menipu. Dia turut menerapkan nilai bahawa anak yang menipu ibu, hidup mereka tidak akan selamat.
“Jangan menipu aku, aku benda lain tak ada hal. Aku sekolah bodoh pun tak apa lagi tapi jangan menipu aku.”
Namun kata Kak KM setakat ini anak-anaknya tidak pernah membohongi dirinya lagi tetapi dia tidak menafikan sekiranya di ‘belakang’ dirinya ada mereka berbuat begitu. Dia mengatakan tidak selamat anak yang menipu kedua orang tuanya jadi dia menitipkan pesanan pandai-pandailah untuk mereka fikirkan tentang hal itu.
Sebenarnya sebagai ibu ayah, memang kita tak harapkan banyak dari anak-anak. Mereka mempunyai peribadi yang baik serta bersikap jujur dengan kita adalah satu nikmat yang sangat kita syukuri. Memang benar kata anak kepada pelakon lagenda, Normah Damanhuri ini apabila perkara yang menjadi kepantangan untuk dirinya adalah apabila anak-anak menipu.
Tak kira samada sudah berkahwin atau masih anak dara, semua wanita harus lebih peka dalam menjaga kesihatan dalaman wanita.
Pun begitu, bagi wanita yang dah bersuami dan telah melahirkan anak, jangan sesekali ambil mudah dengan cara penjagaan dan tahap kesihatan rahim anda. Ini kerana sikap tidak prihatin dan sambil lewa mungkin akan mengakibatkan anda mengalami masalah rahim yang serius seperti prolaps atau rahim jatuh.
Sebaliknya jika anda mempunyai tanda-tanda ini, sebaiknya berjumpa doktor untuk mengenalpasti tahap kesihatan rahim sekaligus mendapatkan rawatan segera.
Melalui perkongsian Nurul Diyana Kamaludin yang juga merupakan perunding jamu kesihatan dan pengamal perubatan tradisional, beliau berkongsi mengenai 9 tanda-tanda jika seseorang wanita memiliki rahim yang tidak sihat.
1. Tumit sering sakit berdenyut dan menyucuk-nyucuk secara tiba-tiba. Rasa ini lebih kerap bila banyak berjalan, berdiri atau angkat benda berat serta beban pada perut.
2. Rasa sengal-sengal dan bisa-bisa urat pada tapak kaki. Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki.
3. Sering sakit di sekeliling pinggang hingga ke papan punggung dan ke atas urat belikat. Sakit pinggang ini lebih kurang seperti lenguh dan rasa senggugut tapi ia berlaku di luar waktu datang bulan.
4. Bahagian bawah perut hingga ke pangkal peha. Rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha hingga merebak ke lutut.
5. Mudah terkencing bila bersin, batuk atau ketawa. Mudah juga dijangkiti dengan penyakit kencing kotor serta rasa ngilu sakit ketika buang air kecil.
6. Sukar melakukan hubungan suami isteri dan sering merasa sakit pada bahagian ari-ari setiap kali bersetubuh. Perkara ini juga boleh merosakkan hubungan suami isteri.
7. Sering mengalami kentut vagina. Maknanya, rahim bermasalah dan vagina kembang.
8. Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin, dan perut menyucuk akibat angin dalam rahim dan perut.
9. Vagina berair dan berbau. Berlaku keputihan luar biasa dan salah satu tanda peranakan kembang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.