Memanjakan dan membelai kucing kesayangan memang seronok dan menghiburkan.
Apatah lagi jika dapat bermain dengan anak kucing yang aktif. Gelagatnya berlari, melompat dan memanjat, memang menggembirakan hati kita. Senang cakap, kucing ini memang boleh buat ‘kawan’ lah. Bahkan bercakap dengan kucing pun satu perkara lumrah bagi pecinta haiwan berbulu yang comel ini.
Jadi tidak hairanlah, ramai antara keluarga memelihara kucing sebagai binatang peliharaan di rumah.
Pun begitu, tindakan kucing ini juga kadang-kadang di luar jangkaan. Siapa sangka kemalangan juga boleh berlaku akibat tindakan kucing. Umpamanya berkenaan kisah adik Amsyar yang viral dicakar kucing.
Semahunya, kita tidak ingin kejadian seperti itu terjadi di dalam rumah kita. Namun andai perkara ini terjadi juga, apa perlu kita buat?
Ragu-ragu tentang itu, jom kita baca perkongsian ilmu dari Dr Ahamd Luqman Bukhari ini.
Sedih la pulak bila terbaca kisah adik Amsyar yang viral baru-baru ni sebab kena terkam dengan kucing kat rumah sendiri.
Sampaikan mak dia beritahu kelopak mata adik Amsyar terbelah dan banyak kesan luka kat kepala, mulut dan dada akibat terkena cakaran waktu tu.
Mudah-mudahan adik Amsyar cepat lah sembuh ye.
Mana yang ada bela kucing kat rumah tu tolong tengokkan anak kita jugak masa dia duk bergurau dengan haiwan tu.
Memang la biasa kalau ada yang tercalar sikit-sikit terkena cakaran kucing walaupun jarang ada yang sampai tercedera teruk macam adik Amsyar.
Sentiasa Beringat
Cuma kena beringat jugak sebab kucing ni selalunya jadi pembawa sejenis bakteria yang namanya Bartonella Henselae. Kalau ikutkan kajian, hampir 40% kucing pernah dijangkiti bakteria Bartonella ni.
Bukan apa, anak kita tu imuniti tak berapa kuat lagi.
Jadi kalau nampak kat badan si kecil tu kesan terkena cakaran dan luka, janganlah biarkan kucing duk jilat luka tu sebab air liur kucing kalau dah tercemar dengan bakteria tadi, takut-takut nanti termasuk kat badan anak kita sampai buatkan dia terkena penyakit Cat Scratch Fever.
Nanti mulalah luka tu akan jadi makin sakit, kemerahan dan membengkak. Kadang tu siap bernanah lagi. Kalenjar kat keliling kawasan luka tu pun membengkak sama.
Ada jugak kes yang sampai demam menggigil-gigil. Selera makan hilang, badan rasa lemah dan sakit kepala.
Tapi paling menakutkan kalau berlaku jangkitan yang serius sebab jangkitan tu boleh merebak ke mata, otak dan jantung anak kita.
Sebab tu saya nak pesan:
Penting sangat kalau kat badan anak kita tu ada sebarang luka, tolong elakkan dari dijilat kucing.
Kalau terkena cakaran kucing pulak, pastikan cuci segera luka tu gunakan air dan sabun.
Sekiranya luka tadi tu nampak melarat, cepat-cepatlah bawa anak kita ke klinik atau hospital untuk dapatkan rawatan.
Saya tulis posting ni sebab nak kita semua berhati-hati je. Bukan nak suruh buang atau buat zalim pulak kat kucing peliharaan kita tu.
Ingat ye, Nabi ada ceritakan dalam satu hadis yang ada seorang perempuan ni dia kena azab dan dicampakkan masuk ke dalam neraka semata-mata disebabkan dia kurung seekor kucing sampai haiwan malang tu mati kelaparan.
Nanti tolong saya #kongsikan info penting ni kat mak ayah yang lain jugak. Memang seronok bergurau dengan kucing ni tapi kita jugak kena tahu nak buat apa kalau anak kita terkena cakaran kucing ni.
Sumber : Dr Ahmad Luqman Bukhari