Bila Adik Lunaskan Hutang Dengan Kumpul Duit Syiling, RM1 & RM5. Tarik Perhatian Warganet, Jadikan Inspirasi!

Share

Sebut sahaja tentang hutang, tentu antara kita ada pengalaman yang tersendiri sama ada sebagai orang yang memberi wang atau yang berhutang. Sebagaimana kita semua maklum, hutang itu menjadi tanggungjawab dan amanah untuk dilunaskan oleh setiap yang berhutang.

Pun begitu, tidak dinafikan ramai juga yang tidak mahu membayar hutang;  tidak mampu sering dijadikan alasan untuk terus melengahkah bayaran bahkan ada yang hingga buat-buat lupa untuk melunaskan hutang tersebut.

Senang kata, kalau bercakap tentang hal menuntut hutang memang tidak pernah habis kisahnya. Bahkan hingga menyebabkan pemberi hutang pula yang terpaksa menangih wang tersebut dipulangkan.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Namun lain pula kisahnya yang dikongsikan oleh Ustazah Huda di media sosial  bila berkongsi sekeping gambar berupa wang syiling dan beberapa wang kertas bernilai RM1 dan RM5 dengan kapsyen yang cukup menarik tumpuan dan perhatian warganet.

Ini perkongsiannya dan jadikan ia inspirasi buat semua.

Dah lama saya nak tulis tentang amanah (hutang), Allah izinkan saat ini. Gambar di bawah ni adalah pinjaman yang dibayar adik saya. Terharu hanya Allah yang tahu saat melihat dia mengangkat satu plastik besar yang mengandungi sejumlah wang syiling RM1,000 dan keseluruhannya termasuk wang RM1 dan RM5 ini total RM3,000.

Saya hanya mampu membalasnya dengan doa moga Allah terus deraskan lagi rezqinya. Allah nilai usaha gigihnya dengan berniaga mengumpul wang ini untuk menyelesaikan segala amanahnya.

Teringat adik saya pernah cerita kisah seorang sahabatnya yang sangat baik dan telah meninggal dunia di usia yang sangat muda. Suatu hari arwah datang dalam mimpi sahabatnya dan dalam mimpi tersebut arwah minta tolong sahabatnya cari nota yang dia tinggal dan tolong selesaikan hutangnya.

Selepas terjaga dari mimpi sahabat arwah mencari nota yang di maksudkan arwah dan dia terjumpa sticky note yang tertulis hutang arwah dan dia segera menyelesaikan hutang tersebut.

Allahuakbar. Allah bantu arwah.

Selepas dengar kisah ni saya sangat terpanggil untuk menulis perihal hutang. Ya benar hutang memang dibenarkan dalam Islam. Tapi satu perkara penting yang kita selalu lupa ialah mencatat hutang-hutang kita. Realiti berlaku sekarang ramai yang menganggap hutang adalah perkara kecil. Sedangkan Allah cerita panjang tentang hutang dalam Ayat 282-283 Surah Al-Baqarah. Bukalah Quran tafsir dan hayatilah terjemahan ayat 282-283 ini.

Baginda Nabi Muhammad s.a.w juga meninggalkan pesan pada kita dengan sabdanya :

“Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan keresahan di malam hari dan menyebabkan kehinaan (aib) di siang hari” (Hadith Riwayat Al-Baihaqi)

“Ruh seorang mukmin itu tergantung dengan hutangnya hingga lah dia melunasinya.” (Hadith Riwayat Tirmidzi).

Marilah sama-sama kita mula menulis hutang-hutang kita dan tanamkan azam serta niat untuk menyelesaikan kembali segala hutang-hutang tersebut.

Pesan pada orang terdekat kita jika kita meninggal dunia bagaimana cara mereka boleh bantu melunasi hutang-hutang tersebut.

Bila kita berhutang jangan larikan diri atau bermusuhan. Jika masih belum mampu bayar hubungilah orang yang kita pernah berhutang dan maklumkan keadaan yang kita masih belum mampu melunasi hutang-hutangnya. Ingatlah sahabat, orang yang mati syahid sekalipun ruhnya masih tergantung selagi hutangnya tidak diselesaikan.

Semoga Allah bantu kita kembali mengadapnya dalam keadaan bebas dari segala jenis hutang piutang. Allahumma Aamiin Ya Allah Mujeeb.

Sama-sama kita ingat mengingatkan kerana Allah.

Sumber : Ustazah Huda 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club