Bila Adik Kesayangan Jadi Isteri Orang, Tiktoker Ni Tak Henti Menangis Undang Sebak Warganet!

Share

Disebalik rasa gembira dan syukur melihat adik beradik berkahwin, tidak dinafikan kita sebagai abang atau kakak juga tidak dapat menyembunyikan rasa sebak sehingga menitiskan air mata lebih-lebih lagi ketika majlis pernikahan; saat lafaz akad nikah diucapkan.

Kerana kita tahu selepas ini, pasti adik yang kita sayang akan berpindah keluar dari rumah keluarga untuk hidup bersama pasangannya. Apatah lagi jika hubungan adik beradik yang sangat akrab, tentu sedikit sebanyak perubahan tersebut terasa seakan satu kehilangan.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set

dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP

 

Barangkali  perasaan yang sama turut dirasai oleh seorang Tiktoker Shafiq Nizam saat melihat adik perempuannya yang duduk di pelamin untuk majlis pernikahan.

“Tak Percaya Dia Dah Menjadi Seorang Isteri…”

Jelas dilihat daripada perkongsian videonya, ketika sesi akad nikah dijalankan, Shafiq yang duduk di belakang wali sudah mula sebak dan menundukkan wajahnya menahan emosi.

Namun kesayuan yang dirasai tidak terhenti di situ sahaja. Saat ahli keluarga yang lain bergambar  dengan kedua mempelai, Shafiq mula pergi membawa diri keluar daripada kawasan dewan.

Ketika itu dapat dilihat Shafiq sudah tidak mampu lagi menahan hiba dan terus menangis hiba. Namun telah cuba ditenagkan oleh seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya. Difahamkan keadaan ini terjadi disebabkan dia terlalu sayangkan adiknya.

 

@_shafiqnizam Tahniah angah ❤️ Semoga menjadi isteri yang solehah ya 🥰 @Kak ika #capiklalat ♬ Bismillah Cinta – UNGU & Lesti

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memahami perasaan yang dilalui olehnya bahkan turut sebak melihat tangisan ikhlas daripada seorang abang kepada adiknya. Tidak kurang juga yang mengucapkan selamat pengantin baru buat pasangan pengantin.

Tulis Amanyainaa, ” Faham sangat situasi mcm ni . Adik beradik laki aina pun mcm ni . Turut nangis”

Komen IG @ratu__tv pula, ” Seorang abg x sanggup melepaskan adiknya jadi milik org lain tapi Akn bersama dgn adik nya smpi selamanya 🥺 Abg yg baik”

“Tahniah ika and shafiq family semoga kekal hingga ke jannah aamin🥰, Tulis Qaseed Izz

ARTIKEL BERKAITAN :

“Kalau Tiada Duit, Kami Tak Benarkan Kahwin”-Rupanya Orang Cina Pantang Buat Loan Untuk Buat Majlis!

Dah Lama Kahwin Tapi Belum Buat Kad Perakuan Nikah, Tak Jadi Hal Sebab Mudah Je Nak Buat!

Nak Kekal Bahagia Dalam Perkahwinan, Selesaikan 4 Punca Masalah Ni Dengan Segera!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club