Sedekah itu pembuka pintu rezeki. Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Bersedekahlah kita walau sedikit dengan seikhlasnya.
Sedekah digambarkan sesuatu yang sangat luar biasa termasuk mengekalkan dan menambah keberkatan harta, menyembuhkan penyakit, menghapus dosa dan memperkuatkan iman.
Sudah tentu ramai yang ingin bersedekah namun culas berbuat demikian sebagai rutin harian. Malah antara waktu terbaik untuk bersedekah adalah selepas solat subuh bagi mendapat doa mustajab dari malaikat.
Sebagaimana yang dipraktikan oleh pelakon Amar Baharin yang kini membintangi drama Ayat-Ayat Halal dan Derita Untuk Bahagia. Menerusi perkongsian di instagram miliknya baru-baru ini, beliau berkongsi video hasil sedekah terkumpul yang diletakkan dalam sebuah tabung yang dinamakan ‘Sedekah Subuh’.
Beliau dan isteri akan memasukkan wang dalam tabung berkenaan setiap subuh. Hasil terkumpul itu disalurkan kepada golongan memerlukan.
Suami kepada aktres cantik Amyra Rosli ini turut mendidik dua orang anaknya tentang amalan bersedekah. Malah caranya ini mendapat pujian daripada warganet
Tabung Sedekah Subuh
Anak-anak paling excited bila hari pembukaan tabung sedekah subuh ni. Bila ada rezeki lebih boh besar… bila “lockdown” tak kerja, boh seringgit. Nilai tu belakang kira.
Siapa tak nak malaikat mendoakan dia???Semoga bermanfaat Insyaallah
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad ﷺ bersabda:
“Tidak ada satu Subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)”
.
(HR Bukhary 5/270)
Sedekah kepada yang memerlukan
Sumber: amarbaharin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Doakan Saya Masih Diterima Dalam Bidang Ini.” Manis Berhijab, Netizen Doakan Jihan Muse Terus Istiqamah
Sebelum ini pelakon dan pelawak, jihan Muse pernah mengenakan tudung ketika hadir majlis kahtam Al-Quran penyanyi Shila Amzah sehingga menimbulkan spekulasi dia sudah berhijab.
Terbaru, pengacara Gegar vaganza ini sekali lagi mengejutkan peminatnya apabila mengenakan tudung ketika bercuti bersama keluarga di Jepun.
Rata-rata memuji akan wajahnya yang tampak manis dan ayu bertudung gaya sedemikian. Jihan atau nama sebenarnya, Nur Jihan Musa, 36, kini sedang bercuti bersama suaminya, Ungku Hariz dan anak mereka, Ungku Arsalan Haq di Jepun, setahun selepas Jihan mengacara program Jejak Jihan Jepun.
Sejak hari pertama percutian, pengacara Gegar Vaganza itu memuat naik gambar-gambar berhijab dan menerima banyak komen-komen positif.
View this post on InstagramA post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on
View this post on InstagramA post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on
“Doakan saya masih diterima untuk kerja dalam bidang ni lagi sebab saya memang suka kerja saya,”tulis Jihan tatkala menjawab pelbagai pertanyaan netizen.
Mengulas kenyataan Jihan tersebut, rata-rata peminat mendoakan dia terus istiqamah.
ummi_atrah_ Allah cantik sangat pakai tudung ..semoga allah jaga hati kamu dan iman kamu amin ya allah❤️
khalilasmf Cantik jihan berhijab…moga istiqamah ya jihan..sanah helwah arsalan…moga jd anak soleh dan berjaya dunia dan akhirat
anisnini_1 Cantiknya jihan bertudung. Moga kekal istiqamah ku mendoakan yg terbaik buatmu ??
nasyikin029 Alhamdulillah..cantiknya @jihanmuse bertudung..semoga lebih terus istiqamah..Bertuah @ungkuharizmemiliki Jihan sebagai isteri..Semoga keluarga dibina kekal hingga ke jannah..Aamin..?
inazarinady manis dan sejuk mata memandang awk jihan… alhamdulillah
mustafaosmanbob Alhamdulilah semuga istiqomah menutup aurat tanda Allah sayang kita n keluarga.
Sumber: IG jihanmuse
Demi Selamat Pelajar, Sanggup Ambil Risiko Terhidu Gas Beracun. Netizen Puji Abang Ambulans Hero 30 Nyawa.
Dia orang yang paling sibuk berlari ke sana ke mari, membantu pelajar, mencari dan mencatat nama pelajar yang rebah, sesak nafas. Membantu mengangkat dan memapah pelajar ke van ambulans.
Namun semalam, tubuhnya kaku, senyap, di bilik ICU, HSI. Tiada sebarang respond walaupun berkali-kali dipanggil namanya. Allahuakbar, tidak dapat digambarkan perasaan ahli keluarganya terutama isteri dan anak-anak. Tonggak keluarga dan dahan tempat berpaut kini bertarung nyawa dek kerana musibah yang dilakukan oleh orang yang tidak bertanggung jawab.
Pemandu ambulans, Mohd Fariz Anuar, 44, dianggap hero selepas membantu menyelamatkan lebih 30 pelajar sekolah menengah dan murid sekolah rendah yang terhidu gas beracun metana Khamis lalu, kini terlantar di hospital.
Mangsa dimaklumkan tidak sedarkan diri selepas terhidu gas sama menyebabkan paru-parunya gagal berfungsi dengan sempurna.
Isterinya, Hanisah Alias, 45, berkata, kali terakhir dia berbual dengan suami menerusi telefon bimbit ketika Mohd Fariz dalam perjalanan ke sebuah sekolah di Pasir Gudang untuk membantu pelajar yang mengalami keracunan akibat gas itu pada jam 10 pagi Khamis lalu.
Menurutnya, Mohd Fariz memberitahu sibuk membantu mangsa dan memaklumkan akan menghubungi kembali pada tengah hari selepas selesai tugasan.
“Malangnya pada jam 2.30 petang, saya menerima panggilan daripada rakan sekerja suami memaklumkan Mohd Fariz dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat komplikasi kesihatan,” katanya.
Ibu kepada empat anak itu berkata, dia dimaklumkan suami yang memandu ambulans ketika kejadian turut membantu ramai mangsa membabitkan murid dan pelajar yang pengsan akibat terhidu gas beracun itu.
“Difahamkan, dia memakai penutup hidung dan mulut ketika itu, namun kemungkinan terdedah lama kepada udara tercemar menyebabkan dia turut menjadi mangsa,” katanya yang tinggal di Taman Scientex, Masai di sini.
Hanisah berkata, akibat terhidu gas beracun itu, suaminya mengalami bengkak pada paru-paru selain masalah pada buah pinggangnya.
“Suami masih di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dia turut menjalani dialisis buah pinggang bagi membersih dan menyingkir racun yang mengancam organ berkenaan.
“Ini kali pertama suami menghadapi masalah seumpama itu sepanjang bekerja. Saya reda dengan dugaan Allah SWT. Semoga Tuhan segera menyembuhkan penyakitnya,” katanya.
Menurutnya, suami yang dirawat di ICU mula sedarkan diri petang semalam dan menunjukkan perkembangan positif.
“Anak-anak dan saya masih memerlukannya. Dia bapa penyayang dan amat berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga atau ketika bekerja.
“Malah, kami bergantung kepadanya untuk membiayai pengajian dua anak berusia 19 dan 20 tahun di Politeknik Ibrahim Sultan Pasir Gudang selain dua lagi anak di tahun lima dan enam.
“Saya turut bekerja sebagai pembantu pembangunan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk membantu menambah pendapatan keluarga,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Selahuddeen Abd Aziz mengesahkan seorang daripada mangsa keracunan gas yang juga pemandu ambulans masih dirawat di ICU dan keadaannya bertambah baik berbanding hari pertama kejadian.
“Alhamdulillah, hari ini (semalam) dia sudah sedar dan boleh bernafas sendiri. Sebelum ini, dia tidak sedarkan diri dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.
“Bagaimanapun, keadaannya bertambah baik dan hanya paru-parunya yang berdepan masalah, tiada organ lain. Kami memantau perkembangannya sama seperti pesakit lain dan melihat dia menunjukkan tanda positif,” katanya.
Sementara itu Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan melawat Mohd Fariz di HSI di Johor Bahru.
Orang ramai yang mahu meringankan beban keluarga Mohd Fariz boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun CIMB Hanisah di 7072150611.
Sumber: The Johorean, My Metro
Tip Hilangkan Daki, Kerak-kerak Hitam Pada Badan, Boleh Cuba Cara Ini
Tip Hilangkan Daki, Kerak-kerak Hitam Pada Badan, Boleh Cuba Cara Ini
Ramai yang mengalami masalah masalah kulit badan sepeti kulit kusam, parut gelap, kerak-kerak hitam dan berdaki. Penjagaan kulit wajah dan tubuh amat penting agar aura seri wajah terserlah melalui penampilan.
Daki adalah apabila kotoran yang sudah bercampur peluh dan sel kulit mati bergabung, melekat pada permukaan kulit. Apabila ia mengeras, agak sukar untuk dihilangkan biarpun sudah dibasuh dan diskrub berulang kali.
Jika anda masih tercari-cari produk yang membantu menyingkirkan daki pada kulit tubuh, boleh cuba ikut tip seperti yang dikongsikan oleh Nur Sumayyah
Maaf jika gambar kotor, tak menyenangkan. Saya hanya nak share kepada yang struggle nak hilangkan daki daki hitam di celah-celah badan.
Saya hanya guna micellar water Aiken je ye. Just tonyoh-tonyoh dekat kawasan yang berdaki dan hitam. Itu hasil macam dalam gambar.
Memang menjadi betul. Puas hati, dia keluar segala mak nenek daki. Tak payah nak skrub lebih-lebih lepas ni. Saya tonyoh sebelum nak mandi.
Nampak la sedikit perubahan pada kulit badan saya. Makin bersih. Tak percaya? Cubalah.
Masalah ketiak hitam dan kulit tubuh yang berkerak hitam pastinya membuatkan wanita rasa rendah diri. Sudah berbagai jenis produk dicuba sama ada losyen, krim dan sebagainya namun masalah tersebut gagal juga diselesaikan.
Pernah dengar produk Minyak Zaitun Plus Ros Hip Oil dari Safi? Bagi mereka yang mengalami masalah ketiak hitam dan tona kulit tidak sekata, boleh cuba menggunakan produk ini.
Minyak Zaitun Plus Ros Hip Oil mengandungi kombinasi minyak zaitun dan rose hip. Ia merupakan pelembap semula jadi yang diperkaya dengan vitamin A, C dan E. Kandungan ini berupaya memelihara kelembapan serta kesihatan kulit dan rambut.
Formulasinya yang lembut menjadikan ianya mudah meresap ke dalam lapisan kulit tanpa kesan rasa berminyak dan melekit.
Antara kebaikan Minyak Zaitun Plus Ros Hip Oil:
*Mencerahkan bahagian kulit yang gelap dan tidak sekata.
*Mencerahkan kulit
*Menghaluskan kulit
*Mengurangkan kesan kulit kusam
*Boleh dijadikan pelembap kulit wajah. Hasilnya kulit jadi lebih lembut, lembap dan berseri.
*Boleh juga dijadikan pencuci mekap.
Cara pemakaiannya juga sangat mudah. Bagi mencerahkan bahagian kulit tubuh yang gelap seperti leher, ketiak atau celah peha, tuangkan minyak di atas permukaan kapas muka. Selepas itu, gosoklah di bahagian tubuh yang gelap dan hitam seperti di bahagian ketiak.
Amalkan secara konsisten bagi mendapatkan kesan yang terbaik!Lama lama kesan-kesan hitam itu akan menjadi pudar. Parut-parut lama juga jika anda selalu gosok dengan minyak Zaitun Plus Ros Hip Oil akan menjadi pudar.
Bukan sahaja bagus untuk kulit wajah dan tubuh, Minyak Zaitun Plus Ros Hip Oil sangat mujarab untuk melembap dan melicinkan rambut. Hanya sapukan minyak ini pada rambut anda secara berkala bagi mendapatkan rambut yang sihat, kuat dan bersinar.
Melalui perkongsian Oh Pijah, wanita ini berkongsi tip untuk mencerahkan kulit tubuh menggunakan campuran minyak Zaitun Plus Ros Hip Oil.
Nak kulit lebih putih juga berseri setiap hari, guna skrub 2 bahan ini je tau. Mudah, ekonomi serta In Sha Allah berkesan, yang penting nak rajin. Seminggu 2-3 kali amalkan.
Tapi nak share dulu manfaat Rose Hip: Minyak rosehip mengandungi segala yang diperlukan untuk menghasilkan kulit yang berseri-seri kerana kandungan Vitamin A di dalamnya boleh memulihkan garisan halus pada kulit, sementara Vitamin C pula mencerahkan tompok hitam dan menggalakkan penghasilan kolagen.
Berikut langkah demi langkah mencerahkan kulit tubuh menggunakan campuran minyak Zaitun Plus Ros Hip Oil:
BAHAN:
Minyak Zaitun Plus Ros Hip Oil
Sumber Ayu White Body Scrub
CARA-CARA:
1. Campurkan kedua-dua bahan ini.
2. Kacau hingga sebati.
3. Gosokkan pada kulit tubuh.
4. Biarkan selama 2 minit.
5. Bilas dengan air suam/air suhu bilik.
Kulit terasa lebih lembut dan gebu. Boleh buat sendiri di rumah. Jimat dan berkesan. Paling penting mesti rajin dan konsisten mengamalkannya.
Sumber: Sumber: Nur Sumayyah dan Oh Pijah
Kredit foto (top image): Pexels