Tidak dinafikan bergelar ibu banyak cabarannya termasuk menguruskan rumahtangga dan anak-anak.

Lebih-lebih lagi anak yang sedang membesar. Biasanya anak-anak ini aktif dan lasak bergerak. Lantaran itu, kebanyakkan kediaman yang mempunyai anak kecil yang gemar sepahkan barang-barang rumah.

Begitulah juga coretan yang dipaparkan kali ini, sebagaimana seorang ibu mengadu kesukaran melihat rumah yang bersepah. Namun hakikatnya tersembuyi hikmah yang untuk kita muhasabah diri.

Ikuti perkongsian ini.

Bila Ada Mengadu Tak Tahan Rumah Bersepah Setiap Hari, Tapi Jawapan Wanita Ini Sungguh Deep.

Ads

“Puan, saya dah tak larat rumah saya bersepah setiap hari. Saya penat jadi miskin. Saya nak juga rumah cantik macam orang lain”
Allahu….
Bukan sekali 2 saya dapat message begini. Ramai dah message saya untuk ‘mengadu nasib’.
Terus saya snap bagi gambar semasa yang sedang berlaku di rumah saya yang sekangkang kera sekarang ini.
Ini betul-betul.
Bukan cobaan.

Perlu gembira apa yang kita ada.

Lalu saya kongsikan sedikit kata, mungkin dapat membuka mata dan memujuk hati :
“Jangan menangis. Kita hanya perlu bergembira dengan apa yang ada. Kemas rumah setiap hari tu tandanya sihat. Tak dapat kemas, 2-3 hari sekali pun, tak apa. Tapi sendirilah tahan dengan rupa rumah yang bersepah tu”

Ads


Saya pun kalau busy, habis rumah terabur dek anak 5 orang masih kecil. Nak buat macam mana. Tapi bila siren saya berbunyi, barulah semua bergerak berkerjasama.
Rumah kecil 400sqft macam kami, sekejap saja siap kemasnya. Tapi kalau nak detail kemas dan hias, saya akan minta suami bawa anak masuk kereta sekejap. Atau kadang-kala sejam juga lamanya.
Yelah, sebaik tongkang dah pecah, ingat senang nak kutip balik segala serpihan.
Walaupun saya Mommy Dekor, tapi saya manusia. Bukan robot. Anak-anak saya, tetap budak-budak. Aktif, bersepah dan comot.
Ada masanya bebas, ada masanya terkawal.
Ada masanya sukahati, ada masanya jaga hati.

Mak ayah kena pandai tarik tali urus anak

Jadi mak ayah kena pandai main tarik tali.
Tak boleh terus ikat anak ketat-ketat, nanti tak bernafas. Habis oksigen tak sampai ke kepala.
Saya juga mengamuk, menangis bila penat. Apatah lagi bila datang bulan. Kita bukannya ada bibik atau pembantu di kediaman.
Tapi kenapa saya terus sebarkan semangat untuk elokkan rumah?
Sebab menjaga rumah itu satu perjuangan.
Pahala jika kita terus menjaganya.
Mana ada kemas hari ini, elok selamanya sampai kiamat!
Kecuali memang tak ada anak kecil atau kita keluar dari rumah tersebut. Maka, eloklah rupanya dengan lama.
Tapi kenapa kita usaha juga elokkan rumah setiap hari? Kemas, susun, hias, sampai letak aroma terapi?
Sebab kita mahu usaha untuk terus hidup dengan baik, dan kita ada Allah.
Kalau kita ada Allah, kita malu kalau rumah kita bersepah. Sepah saja kita rajin nak kemas sebab nak Allah pandang kita. Bukan peduli apa orang kata. Bukan peduli apa jiran atau mak ayah kata. Tidak! Kita peduli apa Allah kata.

Ads

Mohon doa

Kalau tak larat, kalau tak mampu, minta doa dari Allah. Minta bantuan dariNya.
Sebab Allah suka benda yang bersih, yang indah.
Indah tu tak semestinya mahal.
Tapi elok rupa dan menenangkan jiwa. Ada banyak caranya. Salah satunya, bersih. Selepas itu kemas tersusun. Dan level seterusnya barulah usaha hias dan ditambah dengan bau-bauan.
Usahakan takat mampu.
Seperti saya kata, andai kena duduk tinggal di bawah jambatan sekalipun, bergembiralah.
Miskin atau kaya bukan alasan untuk kita menangis atau ketawa.
Miskin atau kaya bukan alasan untuk kita malas atau rajin.
Pucuk pangkalnya Allah lihat kita. Kita mahu menjadi bagaimana di mata Allah.
Ya Allah, aku penat. Kau tolong elokkan rumah aku ya Allah.
Nanti sama ada Allah bagikan kita kudrat, rajin atau bagikan kerajinan pada pasangan atau anak, kita tak tahu.
Apa pun bukan usaha kita tapi izin Allah semata.
Selagi kita mengeluh, menangis, rezeki dan kelapangan tidak akan hadir.
Lalu saya tambahkan lagi rasa perbandingan si pengadu dengan keadaan saya :
“Allahu… Ini saya pun tengah kemas. Rumah dah berapa hari sepah. Rumah saya tiada satu pun bilik. Boleh bayangkan, tak? Hanya 400sqft.
Bayangkan saya duduk 7 beranak. Saya percaya rumah puan lagi besar dari saya.
Rumah saya, buka pintu terus dapur di sebelah pintu. Dalam satu rumah ini besarnya semuat hanya 2 biji katil queen. Dan dapur di sebelah katil”
Kan janji Allah, jika kau bersyukur dengan nikmat aku (apa yang kita ada sekarang, kita jaga, kita urus sebaiknya), maka aku gandakan lagi nikmatku.
Tapi jika kita tidak bersyukur, mengeluh hatta mendodoi menangis kesah mengenang nasib malang (dikatakan sendiri) , lalu Allah gandakan lagi kesusahan kita.
Nauzubillahiminzalik….
Sungguh saya sangat berpegang dengan janji Allah ini kerana sehingga kini, Alhamdulillah rumah yang kecil ini kami sihat walafiat tinggal 7 beranak. Malah, macam-macam pula aktiviti dan idea. Saya percaya rezeki Allah bagi di situ.
Didatangkan ilham mencurah. Keakraban dan kerjasama setiap ahli keluarga yang baik. Pemandangan yang luas sampai ke garisan banjaran tulang Malaysia. Ya, rumah kecil tapi pandangan luar sampai ke pergunungan sana.
Sungguh dunia ini bukan milik kita.
Di dunia kita hanya singgah sementara.
Tapi, dengan setiap nikmat (apa yang ada), peliharalah sebaiknya. Jaga, belai, hias dan diberikan bau yang baik.
Seperti Rasulullah yang rumahnya yang tidur kepala dan kaki habis mencecah dinding lebarnya. Dan ketika berdiri juga kepala mencecah bumbung pula. Tapi, Rasuluallah jaga segala rupa, bersih dan elok baunya.
Bersedikit di dunia itu nikmat.
Kerana ramai yang takut untuk berlebihan.
Andai kita terpilih untuk bersedikit, bergembiralah.


Sentiasa berbaik sangka pada Allah.
Dalam setiap tandatangan saya dalam buku Dekor Dekor Cinta, suka saya tulis doa buat pembaca, ” Semoga rumahmu terbina indah di syurga”
Doakan saya juga berumah sama dan berjiran kita di syurga, ya
Sahabat, sepah itu tidak mengapa.
Tapi tidak kemas kemudiannya itulah yang menyebabkan seribu masalah tercipta

Sumber: Khairunnisa Hamzah

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI