Mencari solusi untuk menghalau lipas daripada berlegar-legar di ruangan dapur selain menggunakan racun serangga ada baiknya jika digunakan kaedah lebih selamat dengan menggunakan bahan-bahan tersedia di rumah. Apa yang pasti terdapat pelbagai pilihan kaedah dan cara boleh dipraktikkan dan semuanya mudah untuk dilakukan.
Daun pandan
Anda juga boleh mengambil beberapa helai daun pandan, hiris nipis-nipis dan taburkan di dalam laci atau kabinet. Atau pun lebih mudah simpulkan daun pandan tersebut dan letakkan di sudut dalam kabinet. Dikatakan, lipas tidak suka pada bau daun pandan yang harum.
Buah pelaga dan kulit kayu manis
Dikatakan juga lipas tidak suka pada bauan rempah seperti buah pelaga dan kulit kayu manis. Jadi caranya cukup mudah, letakkan sahaja rempah ini di dalam laci kabinet dan ia tidak akan membiak di situ.
Baking Soda
Bahan-bahan:
1 sudu besar baking soda
1 sudu besar gula
Caranya:
Ads
Satukan dua bahan tersebut dan kemudian letakkan di dalam bekas. Sebaiknya letakkan bekas tersebut di dalam kabinet dapur yang menjadi laluan lipas.
Dikatakan bau kemanisan gula akan menarik minat lipas untuk makan ramuan tersebut manakala baking soda pula akan berfungsi membunuh lipas.
Buah lemon
Ambil sebiji lemon dan dihiris nipis. Letakkan di tempat yang dirasakan menjadi sarang lipas terutamanya di ruangan gelap seperti di dalam kabinet dapur. Cara ini bukan sahaja dapat menghalau lipas tetapi dalam masa yang sama menjadikan ruang kabinet berbau lemon yang menyegarkan.
Ads
Timun
Setiap kali anda memotong timun, biasanya akan buang bahagian pangkal dan hujung timun tersebut bukan? Sebenarnya kedua-dua bahagian tersebut boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk menghalau lipas.
Sabun
Gunakan sabun mandi juga tidak menghampakan untuk membuatkan lipas tidak suka di kawasan tersebut. Caranya, ambil sebuku sabun dan kemudian potong kepada saiz yang agak kecil. Taburkan di dalam almari anda terutamanya di dalam laci dan boleh lihat kesannya selepas itu.
Air sabun
Ads
Sediakan air sabun di dalam botol spray dan apabila ternampak lipas terus sembur ke arahnya. Biasanya lipas akan cepat mati setelah disembur dengan air sabun kerana lipas tersebut tidak dapat bernafas. Ini memandangkan air sabun telah menutup lubang pernafasan lipas yang terletak pada seluruh bahagian kulit kepala hingga ke kulit badan.
Cecair penyegar mulut
Semburan cecair penyegar mulut juga boleh digunakan sebagai agen menghalau lipas. Sebaiknya pilihlah yang beraroma pudina untuk kesan yang lebih efektif.
Selain usaha ini boleh dilakukan untuk pastikan lipas yang ada di dalam rumah dapat dihapuskan, disamping itu adalah lebih wajar sekiranya usaha untuk menghalang lipas dari masuk ke rumah dilakukan terlebih dahulu.
Ini pula antara tip mudah yang boleh dipraktikan.
Pastikan ruang singki sentiasa kosong
Jadikan kebiasaan setiap kali selepas makan, basuh semua pinggan yang ada dan jangan sekali-kali dilambakkan di dalam singki. Sisa-sisa makanan yang ada di situ sebenarnya yang akan mengundang kehadiran lipas.
Tong sampah sentiasa tertutup
Pastikan juga tong sampah yang ada di ruang dapur tertutup rapat. Ini penting untuk elakkan bukan sahaja lipas malah menghindarkan kehadiran lalat, semut dan sebagainya.
Makanan ditutup
Ini juga penting untuk pastikan makanan yang dimakan tidak tercemar. Ini kerana ketika kita terlihat lipas sedang makan hakikatnya lipas tersebut sedang meninggalkan bakteria-bakteria yang berbahaya dan pelbagai jenis kuman.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kesibukan dengan urusan kerja dan rumah tangga adakalanya membuatkan badan kita jadi lesu dan tidak bermaya. Penat badan dan otak membuatkan kita jadi lemah dan malas sehingga mengabaikan penjagaan diri.
Kita mungkin biasa lihat orang dulu-dulu yang kekal cergas & ‘kuat’ biarpun sudah dimamah usia. masih bertenaga melakukan kerja-kerja seperti biasa. Rupanya mereka ada rahsia kenapa masih kekal fit dan cergas. Jom admin kongsikan petuanya!
Nie la rahsia kalau nak badan cergas. Amalan tradisi kami orang Jawa sejak dari zaman anak dara. Biasanya bila orang jumpa saya, orang tanya saya, jamu apa yang saya makan sampai “kuat” walau buat pelbagai jenis kerja dalam satu masa. . Nie la jamu yang mak saya ajar buat dan minum dan dari arwah nenek juga mak saya belajar. Boleh diamalkan tapi jangan selalu ya😊. . Bahan asas: . Untuk 3-5 kali minuman . 2-3 biji lempuyang (yang nie wajib ada sebenarnya, tapi susah nak dapat) 2-3 ketul kunyit hidup 1 biji manjakani 3 inci Halia 1 sudu besar gula melaka 2-3 sudu asam Jawa 3 gelas air masak
. Lempuyang, Halia, Kunyit Hidup tu dibersihkan dan dikisar halus dan dicampur dengan sedikit air. Manakala manjakani pula dibersihkan dan dikisar kering.
. Tapiskan kesemuanya dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan serbuk manjakani yang dah dikisar tadi, gula melaka dan asam jawa dan tambahkan air masak.
. Masak sehingga lebih kurang 30 minit hingga 1 jam. Tapis dan sejukkan.
. Sedia diminum. . *Boleh diminum bila² masa saja. Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
Tambahan: . Tak perlu la minum jamu ni hari². Bila rasa badan tak sedap, boleh la buat dan minum. Sebulan sekali dua pun ok. Saya sendiri bila rasa badan tak sedap, baru buat dan minum. Bagi yang baru bersalin, elakkan dulu minum. Kalau nak minum tunggu baby dah bebas jaundis atau dah nak habis pantang atau selepas berpantang. Nie amalan saya dari zaman anak dara ( sejak berumur 13 tahun sehingga sekarang dah hampir nak ke 40an). . Ada orang mungkin tak serasi. Ikut keserasian badan juga ya😉 . Kredit : Suhaili Ellie Mohamed Tauhid
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penyakit gout berlaku disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik adalah merupakan bahan kumuh berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin.
Asid urik yang berlebihan tidak dibuang akan berkumpul dalam sendi. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
Bagi penghidap penyakit Gout pasti cukup kenal dengan dua jenis ubat ni- Allupurinol untuk turunkan paras asid uric manakala Goutnor 0.6mg untuk hilangkan rasa sakit.
Bagi anda yang ingin mencuba perubatan tradisional selain pengambilan ubat yang disarankan doktor, admin mahu kongsikan petua mudah yang menggunakan tiga bahan di dapur sahaja. Petua ini dikongsikan oleh Cik Mil Neena di dalam ruangan facebooknya.
Bahan-bahan:
1 biji timun
2 batang saderi
3 hirisan lemon (buang biji dulu nanti pahit)
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan ke dalam dalam slow juice (tanpa perlu tambah air)
2. Jika guna mesin pengisar, tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.
3. Hasilnya dapat dua gelas jus.
4. Minum 2 kali sehari. satu gelas selepas bangun tidur dan satu gelas sebelum nak tidur.
Tip tambahan:
• Untuk memudahkan kerja, buat banyak dengan menggandakan bahan di atas.
• Kemudian, masukkan ke dalam botol kosong.
• Pastikan guna sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus seimbang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebilangan wanita lepas berkahwin takut menjamah makanan jenis berpulut kerana sifat anginnya. Sifat angin pada pulut ini buat perut tidak selesa, malah badan juga rasa sakit-sakit kesan daripada angin dalam badan.
Disebabkan itulah rata-rata wanita yang berkahwin mengelakkan makanan ini jauh-jauh daripada menu harian mereka. Kuih muih seperti Seri Muka, Pulut Inti atau Pulut Mangga sekalipun hanya mampu dipandang sepi oleh mereka. Sukar!
Sebenarnya ada cara untuk mengatasi masalah ini daripada terus menghantui dan mengelakkan makanan ini selamanya. Perkongsian daripada penulis makanan dan resepi Puan Ainini Zainal di facebooknya pastinya buat kita rasa lega.
Katanya cara kita memasak menentukan masalah angin ini. Bagaimana mengurangkannya? Ikuti perkongsian penulis ini.
Pulut atau ‘glutinous/sticky/sweet rice’ memang sifatnya sedikit ‘berangin’. Tapi ada cara yang boleh membantu anda makan. Jika tidak dapat hilangkan terus anginnya pun, dapatlah dikurangkan sedikit.
Cara Masak Sebelum Makan Pulut
1. ‘Wajib’ rendam semalaman. Untuk membuang phyctic acid di dalamnya. Rendam dan esoknya buang air rendaman, masak seperti biasa. Biasanya antara penyebab utama ‘bloating’ adalah beras pulutnya tidak direndam lama sebelum dimasak.
2. Masak bersama hirisan halia. Halia antara makanan yang membantu menyingkirkan angin berlebihan di dalam badan. Seperti mana kita kukus keledek (juga penyebab ‘bloating’) bersama halia untuk mengelakkan masalah ini, lakukan yang sama dengan masakan pulut.
3. Pastikan kombinasi makanan yang sesuai. Biasanya kombinasi makanan yang tidak sesuai ini boleh menyebabkan ‘gastronomical problems’, ketidakhadaman dan penghasilan gas dalam perut. Hasilnya, ‘bloating’. Grain (beras) adalah makanan yang sesuai digandingkan dengan sayuran, daging, ikan, ayam, kekacang, sayuran.
Kombinasi ‘grain’ dengan makanan apa yang tidak sesuai?
Buah
Biasa makan pulut mangga dan rasa perut tidak selesa? Sekali dua mungkin ok.
Tapi jika selalu, masalah penghadaman yang selalu di’stimulate’ dengan kombinasi makanan yang tidak sesuai akan menyebabkan gangguan sistem penghadaman menjadi semakin lemah (selalu ada gas).
Bagaimana dapat kita capai kesihatan yang optimum jika begitu? Perut yang ‘sihat’, hasilnya badan yang sihat.
Selamat makan pulut!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.