Ibu bapa pastinya bimbang apabila kesihatan anak terjejas. Ia termasuk masalah berkaitan telinga.
Terbaharu melalui perkongsian oleh Dr Ezairy M. Sallih yang menyentuh mengenai masalah telinga anak yang mengeluarkan bau busuk setelah cecair keluar dari lubang kecil hadapan telinga anak.
Jika anak mempunyai masalah ini segera dapatkan rawatan pakar ENT untuk pemeriksaan lanjut.
Ibu muda ini sangat bimbang. Anaknya yang mulai masuk ke alam sekolah kerap alami masalah pada telinga. Ada cecair yang keluar daripada lubang kecil di hadapan telinga. Busuk. Adakalanya berbau.
Firasatnya, ia adalah amat berbahaya. Perlu segera dilakukan sesuatu. Ditutup atau dijahit sahaja lubang itu supaya ia tidak lagi mengeluarkan cecair.
Namun hakikatnya, ia bukanlah seperti itu untuk kami merawat penyakit ini. Tidak perlu untuk ditampal mahu pun dijahit.
Ads
‘Preauricular sinus’ atau bukaan lubang kecil yang biasanya ada di kawasan depan telinga (sila rujuk pada gambar) biasanya berlaku akibat masalah kongenital. Maknanya ia berlaku semenjak lahir lagi, dan bukan disebabkan kuman, kemalangan atau pun kecederaan.
Cumanya apabila berlaku jangkitan di kawasan tersebut, maka kulit luarannya akan menjadi kemerahan sebagai tanda berlakunya jangkitan, membengkak yang berisi cecair nanah dan sakit apabila ditekan dari luar.
TINDAKAN IBU BAPA
Apabila keadaan ini berlaku, apa yang perlu anda lakukan? Langkah terbaik adalah seperti ini :
Ads
1. Bawa berjumpa doktor untuk diperiksa. Kami akan berikan ubat antibiotik yang sesuai bagi mengelakkan jangkitan lebih serius.
2. Jika pembengkakan pada kantung sinus tersebut sudah mengandungi nanah (doktor boleh mengenalpasti keadaan ini melalui pemeriksaan klinikal), kami akan lakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah tersebut.
3. Pesakit akan diberi surat atau memo untuk melakukan cucian di kawasan pembedahan sehingga ia benar-benar bersih dan luka sudah mulai tertutup.
Ads
4. Apabila masalah ini berlaku secara berulang-ulang, pesakit akan dinasihatkan untuk menjalani pembedahan mengeluarkan keseluruhan kantung sinus tersebut atau juga dipanggil sebagai ‘excision of preauricular sinus’. Pembedahan ini boleh dilakukan sama ada secara bius setempat atau biusan penuh, bergantung kepada keadaan dan toleransi pesakit.
Semoga tulisan kali ini dapat memberi ilmu baru buat kalian.
Kredit: Dr Ezairy M.Sallih Doktor Telinga, Hidung & Tekak (ENT)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang suka meminati jus buah-buahan, mungkin jarang memilih buah ini.
Sebaliknya buah citrus dan berries lebih utama kerana gabungan rasanya manis dan masam boleh membantu menjaga kulit dan juga usus bagus untuk diet pemakanan.
Namun, tidak salah jika mencuba jus buahan lain yang mungkin anda perlukan untuk kesihatan mata dan kecantikan wajah.
Tetapi tidak boleh dinafikan khasiat dan manfaat jus avokado ini kepada anda dan rugi jika tidak mengamalkannya seminggu sekali pun sudah cukup membantu badan anda memperolehi khasiat yang sepatutnya.
Disini kami ingin kongsikan satu resepi jus avokado yang anda boleh buat sendiri di rumah, bagi mereka yang tidak biasa dengan rasa buah ini resepi ini boleh membantu memudahkan anda minum jus avokado dengan rasa yang lebih sedap!
Bahan-bahan:
1 gelas susu segar
1 biji buah avokado dikorek isinya drpd kulit
1 gelas ais
Sedikit gula jika mahu. ( Saya tak letak gula )
Blend hingga hancur.
Lilitkan coklat pada gelas. Tuang jus yang di blend. Jika mahu tabur milo pun boleh.
Buah Avokado sangat banyak khasiatnya. Bagus kepada orang yang berdiet atau tidak. Buahnya rasa lemak2. Antara kebaikan buah Avokado ialah: (Info ini saya perolehi drpd blog)
1) Mengawal tekanan darah
Avokado merupakan sumber besar kalium , yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.
2) Menggalakkan kesihatan mata
Avokado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik, dimana ianya adalah untuk membantu melindungi mata daripada daripada katarak.
3) Melindungi daripada kanser
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa avokado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.
4) Menyembuhkan nafas berbau
Avokado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.
5) Ciri-ciri anti -penuaan
Avokado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun , melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.
6) Penjagaan Kulit
Minyak avokado ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaannya untuk menyuburkan kulit dan membuat kulit anda bercahaya. Ia juga membantu dalam merawat penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit.
7) Mengekalkan kesihatan jantung
Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik , yang membantu mengawal tahap homocysteine . Tahap homocysteine dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung.
Avokado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.
8) Vitamin E Powerhouse
Avokado adalah buah yang terbaik sumber vitamin E, vitamin yang penting yang melindungi daripada banyak penyakit dan membantu mengekalkan kesihatan keseluruhan.
9) Mengandungi banyak vitamin
Mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium.
Kredit : roshima ibrahim shima
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mungkin pernah antara kita ketika kecil dahulu bila susah sangat menelan ubat berbentuk biji, mesti ibu akan menghancurkan ubat tersebut untuk memudahkan kita menelannya. Pun begitu, adakah cara dengan menghancurkan ubat tersebut ianya tidak menjejaskan kualiti ubat yang dimakan.
Nak tahu penerangan lanjut berkaitan makan ubat yang dihancurkan, ayuh kita baca perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad ini. Semoga bermanfaat.
BOLEHKAH UBAT DIHANCURKAN?
Pengambilan ubat biji secara oral merupakan kaedah rawatan yang paling kerap dan paling mudah dilakukan. Namun begitu, masalah akan timbul apabila pesakit tidak berupaya menelan makanan pepejal dan menyebabkan pengambilan ubat biji secara oral turut terjejas. Dalam keadaan ini, pesakit, penjaga mahupun pengamal perubatan seperti ahli farmasi dan jururawat perlu mencari alternatif lain bagi memastikan pemberian atau pengambilan ubat biji dapat dilakukan dengan tepat. Salah satu daripada alternatif tersebut adalah dengan menghancurkan ubat-ubatan tersebut.
Terdapat beberapa situasi yang memerlukan ubat-ubat biji dihancurkan. Antaranya adalah untuk memudahkan pemberian ubat kepada pesakit melalui tiub makanan yang dipasang melalui hidung bagi pesakit yang mengalami kesukaran untuk menelan (dysphagia). Selain itu, pesakit juga mungkin terpaksa menghancurkan ubat dan mencampurkannya dengan makanan ataupun minuman dengan tujuan untuk menyembunyikan rasa ubat yang kurang disukai. Sesetengah ubat biji pula diperlukan dalam dos tertentu untuk kanak-kanak, tetapi tidak tersedia dalam bentuk cecair.
Oleh itu, ubat perlu dihancurkan, dilarutkan dan disukat mengikut dos yang dikehendaki. Namun begitu, persoalan yang harus diambil perhatian adalah, adakah semua ubat-ubat biji seperti kapsul, pil dan tablet boleh dihancurkan?
Perkara-perkara yang perlu diambil kira sebelum menghancurkan ubat biji
Apabila terdapat keperluan untuk menghancurkan ubat biji, adalah amat penting untuk kita mengetahui maklumat berkenaan jenis dan formulasi ubat berkenaan. Secara umumnya, ubat-ubat biji yang tidak boleh dihancurkan tergolong dalam beberapa jenis:
1. Ubat dengan penyalutan enterik (enteric-coated drugs)
Tujuan penyalutan enterik ubat-ubatan -adalah untuk melindungi ubat dari keasidan perut dan juga melindungi perut dari kesan ubat tersebut. Ubat yang bersalut enterik direka agar tahan keasidan yang tinggi dalam perut dan seterusnya mengelakkan ubat tersebut dari terurai sebelum ia sampai ke lokasi sasaran iaitu usus. Selain itu, ia juga direka dengan tujuan menjadikan asid perut sebagai bahan penguraian salutan dan sekaligus memastikan ubat tersebut boleh larut dan bertindak ke atas usus.
Oleh itu, menghancurkan ubat yang bersalut enterik adalah tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan ubat larut terlalu awal, terurai oleh asid perut dan merengsakan lapisan perut.
2. Ubat pelepasan diubahsuai (modified released drugs)
Ubat pelepasan diubahsuai direka bagi memastikan ubat yang dimakan dibebaskan dengan perlahan di dalam perut dalam tempoh antara 12 hingga 24 jam. Ini adalah untuk memastikan kepekatan ubat yang sama terdapat dalam darah secara konsisten sepanjang tempoh yang dikehendaki. Ubat jenis ini mengurangkan kekerapan pesakit untuk mengambil ubat dan mengurangkan kesan sampingan ubat tersebut kepada pesakit. Selalunya singkatan LA, ER, XR, CR, SR tercatat pada nama ubat.
Justeru, ubat jenis ini tidak boleh dihancurkan sebelum diambil kerana ia akan menghasilkan kepekatan ubat yang tinggi di dalam badan pada masa yang singkat dan boleh menyebabkan kesan toksik akibat dos yang berlebihan. Selain itu, ia juga akan menyebabkan kepekatan ubat menjadi rendah sebelum dos seterusnya diambil, dengan itu ubat berkenaan tidakdapat menghasilkan kesan rawatan yang dikehendaki.
3. Ubat bawah lidah (sublingual)
Ubat bawah lidah diperlukan untuk memastikan bahan aktif ubat tersebut diserap masuk terus ke salur darah di bahagian bawah lidah dan seterusnya meningkatkan kepekatan ubat tersebut di dalam badan dengan sangat cepat. Ini juga akan menghalang ubat tersebut daripada dicerna dalam hati yang akan merendahkan kandungan ubat tersebut di dalam darah.
Oleh itu, adalah tidak digalakkan untuk menghancurkan ubat bawah lidah bagi memastikan cara penyerapan dan tindakan ubat tersebut tidak terjejas. Namun begitu, memandangkan ubat ini tidak perlu ditelan tetapi sebaliknya hanya perlu diletakkan di bawah lidah, maka keperluan untuk menghancurkan ubat sublingual ini jarang terjadi.
4. Kapsul
Ubat-ubat yang diformulasi dalam bentuk kapsul tidak digalakkan untuk dibuka kerana terdapat kemungkinan kandungan serbuk di dalam kapsul tertinggal atau tidak ditelan sepenuhnya, seterusnya akan menjejaskan kesan rawatan yang disasarkan. Jika ubat dalam kapsul berbentuk butiran dengan pelepasan diubahsuai, maka ia tidak boleh dihancurkan sebelum diambil.
Ubat dalam bentuk kapsul, tablet tanpa salutan, tablet bersalut polimer nipis atau gula secara umumnya boleh dihancurkan. Bagaimanapun pertimbangan lanjut diperlukan bagi ubat-ubatan yang disalut dengan gula kerana ia bertujuan bagi menyaduri rasa pahit ubat tersebut. Selain itu, menghancurkan pil, tablet atau membuka kapsul juga boleh mendedahkan individu kepada risiko ketoksikan. Apabila ubat dihancurkan, serbuk-serbuk halus yang terhasil boleh memasuki tubuh melalui mulut ataupun hidung. Oleh itu, menghancurkan ubat-ubatan seperti ubat kanser, sesetengah antibiotik dan hormon adalah dilarang.
Selain itu, menghancurkan ubat-ubatan juga boleh menyebabkan pesakit menerima dos ubat yang tidak mencukupi kerana mungkin terdapat ubat yang melekat pada alat yang digunakan untuk menghancurkannya, tertumpah atau diterbangkan angin. Memandangkan sesetengah ubat mendatangkan kesan yang besar dengan dos yang sedikit, kekurangan dos ubat walaupun dalam jumlah yang kecil mungkin boleh mengundang kegagalan rawatan penyakit. Terdapat juga ubat yang akan rosak jika tablet dihancurkan atau dikeluarkan daripada kapsul akibat terdedah kepada udara atau cahaya dengan itu turut menjejaskan kesan rawatan ubat tersebut.
Oleh itu, pesakit, penjaga atau pengamal perubatan perlu menyedari bahawa menghancurkan ubat-ubatan adalah kaedah pengambilan ubat biji yang tidak digalakkan. Ubat yang diberikan hendaklah ditelan sepenuhnya tanpa dihancurkan dan kandungan kapsul tidak dikeluarkan.
Jika terdapat masalah untuk menelan ubat, pesakit atau penjaga perlu merujuk kepada maklumat terperinci berkenaan kestabilan dan formulasi ubat yang kebiasaannya terdapat pada kertas sisipan produk sebelum menghancurkan pil, tablet ataupun kapsul. Jika didapati pesakit boleh terdedah kepada kesan sampingan yang serius ataupun terdapat isu kurangnya keberkesanan ubat jika ia dihancurkan, rujuklah pegawai farmasi untuk mengetahui sama ada terdapat alternatif ubat dalam bentuk cecair (sirap atau suspensi), tampalan pada kulit (patch), tablet larut air (dispersible tablets) atau sisipan pesari (pessary) ke dalam dubur.
Ibu mana yang tidak risau lihat anak menaggung gatalnya sakit chickenpox. Apatah lagi jika si anak masih kecil. Sedangkan kita yang dewasa pun rasa tidak selesa dan tidak sanggup merasa kegatalan tersebut dalam tempoh yang lama. Terasa ingin segera dirawat dan sembuh.
Oleh itu, melalui perkongsian daripada Hazirah Hanafiah, berkongsi pengalaman bagaimana ibu ini menjaga dan seterusnya merawat anaknya dengan menggunakan cara tradisional.
Nak tahu bagaimana, jom teliti satu persatu cara yang dipraktikkan.
Sy nak kongsi pengalaman sy menjaga anak yg kena ‘chicken pox’ pada anda… Bukan mudah ya anak seusia setahun 7bulan kena ‘chicken pox’ ni… Betul² menguji kesabaran & ketabahan hati malah haruslah berfikiran positif kenapa kena ‘chicken pox’ pada usia yg terlalu awal…
1st day dah nampak biji² timbul sikit² kat dada aisyah n ada seketul cacar air kat leher die.. Terus bg die minum air kelapa… Wpun die xsuka tp paksa juga minum…
2nd day biji² cacar air tu timbul makin byk kat bhgian depan badan, blakang badan, leher & kaki… Dh byk mcm ni barulah bawa pegi klinik & doktor pun sahkan yg aisyah mmg kena ‘chicken pox’.. Doktor bg ubat demam, ubat gatal & calamine lotion… Sy guna calamine lotion utk beberapa hari shj… Sebabnya sy dpat petua gunakan beras & daun semambu… Beras tersebut haruslah direndam semalaman supaya menjadi lembut… Kemudian beras yg direndam td di blend bersama daun semambu… Dah blend haruslah disimpan di dalam peti sejuk kerana ia akan berair & rosak…. Sangat² mujarab menggunakan beras+daun semambu ini… Kesan² chicken pox cepat kecut…
3rd-7th day sy hanya sapukan beras+daun semambu yg diblend tu shj… Alhamdulillah kesan² parut chicken pox makin menghilang… Cuma di muka aisyah belum sepenuhnya menghilang.. Aisyah mandi dengan daun semambu & sabun himalaya… Sabun himalaya ni hanya dijual di Farmasi Caring… Sy pergi guardian & watsons area publika, hartamas & solaris xde.. Xtau laa kalau guardian & watsons tempat lain ada jual kan…
Gambar Aisyah guna beras+daun semambu tu pada hari ketiga kena ‘chicken pox’… Begitulah rupa bile dah kering… Harus bersabar kerana rumah akan ditaburi beras+daun semambu.. Hehehe…
Kepada parents yg anak² kena ‘chicken pox’ ni buatlah petua beras+daun semambu.. Lebih mujarab dari Calamine Lotion… Serasi ngan Aisyah… Mandi wajib gunakan Sabun Semambu Himalaya… Wpun ‘chicken pox’ tetap kena mandi…
Ini sahaja yg sy nak kongsikan… Terima kasih kepada yg mendoakan Aisyah… Sekarang Aisyah dh sembuh.. Alhamdulillah….
sumber :Hazirah Hanafiah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...