Bila Ada Anak Kecil, Ibu Ayah Kena Alert Bila Anak Overtired.

Share

Apabila raya tentu dari pagi ke petang kita akan keluar menziarah kaum keluarga. Minggu ni tentu ada yang dah mula menjemput open house.

Oleh itu, untuk elak anak mengamuk, pastikan anak kecil tidak overtired. Baca dan hadam ulasan lanjut oleh Baby Language yang berkongsi info ini.

ANAK ‘OVERTIRED’ = HORMON STRES ?= HORMON TIDUR ?

Bila badan manusia mengesan bahawa kita telah masuk fasa letih dan malangnya tiada usaha ke arah tidur/berehat di dapatkan segera, maka sistem kita akan memasuki fasa respon ‘fight or flight’ bila mula terlalu letih (overtired) . Atau bahasa mudahnya fasa badan merespon bila berdepan dengan sebarang ancaman survival (untuk terus hidup, terus bergerak dan berfungsi).

Demi survival ‘terpaksa terus berjaga’ dalam kes ini, maka hormon stress seperti Cortisol akan dirembeskan. Dalam kadar yang optimum, Cortisol ini bagus untuk kita . Sebab? Cortisol pada kadar yang tertentu, membantu selaraskan perkara-perkara seperti bendalir badan dan tekanan darah. “MALANGNYA”, ia turut membuat kita segar dalam masa yang sama. Malah, kehadiran nya menghalang hormon tidur iaitu Melatonin untuk beraksi.

MAKA, ini lah punca mengapa bila kita terlalu letih, makin sukar nak terlelap. Sebagai orang dewasa, kita akan mencari jalan untuk mengatasi situasi ini. Misalnya, kita mengisi masa dengan menyibukkan diri membuat sebarang kerja. ‘Masa’ dan ‘aktiviti’ yang kita buat, membantu penyingkiran Cortisol dari sistem badan kerana Cortisol boleh di singkirkan melalui bendalir badan seperti air mata, air liur, urin dan peluh.

BAYI ATAU ANAK KECIL

SAMA halnya dengan bayi dan anak kecil. BEZANYA, mereka tak pandai nak ‘sibukkan diri’. Lalu SAMADA, mereka jadi lagi ‘hiper’ melompat ke sana sini enggan tidur atau lagi malang mula menangis dan mengamuk lama serta menolak semua usaha untuk menidurkan mereka. Kenapa?

1⃣. Badannya sedang cuba singkirkan Cortisol dan ia bukan proses yang 10-15 minit boleh siap, NO.

2⃣ Anak ‘serabut’ sebab sistem otak dah masuk mood segar/berjaga tetapi badannya pula sangat letih.

Bantu dan benarkan anak tidur pada bila-bila masa yang dia perlu, mahu dan patut dapatkan. Jangan halang dan tangguh, atau anak akan lebih sukar di tidurkan.

Tidur di mana dan cara bagaimana itu tak penting, asalkan anak tidur. Dan, suka atau tak, hakikatnya, hidup ada anak kecil TIDAK AKAN SAMA dengan semasa bujang dahulu.

Saya masih ingat bagaimana kami (saya dan suami) akan menangguhkan aktiviti beraya untuk memberi masa anak tidur dengan ‘lebih sempurna’ di rumah bila perlu.

Juga, bagaimana sebahagian tetamu hanya dapat mengirim duit raya buat anak-anak kami kerana tak dapat berjumpa mereka yang sedang kesedapan tidur.

Selalu ingat, ibubapa yang harus ‘masuk’ ke dalam hidup anak, bukan anak yang harus ‘masuk’ ke dalam hidup ibubapa.

Sumber: USWATUN HASANAH BT MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI MALAYSIA
The Happiest Baby Edu. Assc
Dunstan Baby Language
The Wonder Weeks Academy
AHLI DOKTORBUDAK.COM