Bila 2 Anaknya ‘Dijemput’ Serentak, Wanita Ni Curah Rasa!

Share

Nukilan seorang ibu mengimbau kembali detik sebelum kejadian kemalangan jalan raya  yang meragut dua orang puterinya cukup menyentuh hati.

Kejadian maut tersebut turut dilaporkan di dalam  akhbar dan ini sebahagian laporannya.

Ibu redha sayang…

Ibu redha sayang pergi tinggalkan ibu..
Sebelum kejadian.. Afina tengah tidur.ibu tengah belai rambut kakaq nailah sambil boràk ngan nailah..

Nailah duduk kat depan..nailah suh ibu duduk belakang dengan adik..

Masa kejadian ibu nampak kereta kita je terbabas kemudian ibu dah tak ingat apa2.
Abah cakap ibu tercampak keluar tépi kereta.Abah sedar masa tu..abah keluar ikut tingkap,.

Ibu sedar .. Afina sebelah kanan ibu..
Kakaq nailah dan abah sebelah kiri ibu..
Ibu tanya abah..

Abah cakap kakaq dan adik xgerak gerak..
Ibu tak mampu nak gerak sebab paha ibu dan tulang pinggul sebelah kiri ibu patah .

Ibu rindu kakaq dan adik sangat2.
Ibu ternampak gambar kakaq dan adik tiba2 ibu xtahan air mata ni dari mengalir…
Ibu rindu sangat..

Setiap kali ibu balik kerja petang..kakaq sambut ibu pulang terus keluar pintu pagar dan peluk ibu..

Adik pula akan menjerit jerit minta ibu dukung adik…Adik akan memberikan senyuman manis sangat pada ibu..

Allah….ibu rindu sangat..

Damailah kakaq nailah dan adik disana ye..
Tunggu abah dan ibu ye syg..

Ibu xsabar nk jmpe kamu syg puteri ibu…
Ibu redha nak..ibu akan cuba untuk terus kuat menghadapi kehidupan ibu tanpa putri ibu disisi ibu…

Ibu sayang nailah dan Afina sangat…
Tungu ibu dan abah ye syg…

sumber : Ayuni Yumni