Siapa sangka rupanya biji ketumbar yang sering kita beli di pasaraya boleh juga dijadikan sebagai biji benih yang berkualiti untuk tanam pokok ketumbar agar hidup sihat dan subur.

Jadi mudahlah andai ada sepasu dua tanamam ketumbar, kalau memasak memerlukan daunnya, kita hanya perlu petik sebatang dua untuk kegunaan dan tak perlu lagi membeli. Tentu puas hati bukan?

Jadi ketahui detail cara menyemai biji ketumbar dengan teknik yang dikongsikan oleh Ahalinda Darjan ini.


Hai…kat sini saja saya nak share cara menanam pokok ketumbar menggunakan biji ketumbar timbang kilo kat pasaraya je..

Biji Ketumbar Timbang Kilo Pun Boleh Jadi Benih Untuk Ditanam, Begini Caranya!

Tak perlu susah-susah beli benih paket tu..biji ketumbar dia sikit je.. beli timbang kilo puas menanam nanti..sebab dapat banyak harga pon murah je..dan puas menanam nti.. pada yg pernah cuba tanam pokok ketumbar tapi asyik tak hidup je.. boleh la cuba ikut cara saya ni..

Saya  kongsi sekadar yang saya tau je..boleh baca penerangan di setiap gambar..

step 1 :Rendam biji ketumbar semalaman 

Biji Ketumbar Timbang Kilo Pun Boleh Jadi Benih Untuk Ditanam, Begini Caranya!

Biji ketumbar ni sy akan rendam
semalaman sebanyak sesudu mkn je..dh boleh penuh pasu dia hidup nti..sebb sy rendam. nk memudahkan
biji ketumbar lembut n pecah utk
senang bercambah.. rendam
guna air paip je tau…

Ads

Step 2 : Curahkan ke dalam pasu

Biji Ketumbar Timbang Kilo Pun Boleh Jadi Benih Untuk Ditanam, Begini Caranya!

Selepas dh rendam semalaman.sy
akan curah dlam pasu je..pastikan
medium dia lembab je. ni slps
seminggu bru nmpk ank dia meliar
naik.. alhamdulillah..

Step 3 : Pokok semain makin bercambah

Biji Ketumbar Timbang Kilo Pun Boleh Jadi Benih Untuk Ditanam, Begini Caranya!

Dari sebiji benih ketumbar..boleh jadi 2 anak pokok..sebab bila dia pecah 2.. 2 belah hidup elok je.. ingat memula biji dia dah rosak..sekali dia hidup walau pun pecah 2 bahagian..

Ads

Inilah hasilnya

Biji Ketumbar Timbang Kilo Pun Boleh Jadi Benih Untuk Ditanam, Begini Caranya!

Ni la hasilnya.pertama kali semai biji
ketumbar..tak sangka merimbun dia
membesar sepasu..masa ni nak
pindahkan boleh dah. Tapi saya biarkan je..sebb bekas dan tempat terhad sangat..

Biji Ketumbar Timbang Kilo Pun Boleh Jadi Benih Untuk Ditanam, Begini Caranya!

Petik setakat yang perlu je..sedap buh dalam masakkan. Lagi-lagi
tomyam, sup..paprik.. dulu tak suka sangat bau dia macam bau kumbang
busuk..Sekarang dah minat sebab ada orang ajar makan tomyam thai. Jadi terpikat dah dengan bau dia.

Ekstra Info :
Medium saya gunakan adalah tanah hitam yang di campur dengan cocopeat sikit…

Ads

Pembajaan pula saya ada guna baja biji yang di beli kat eco NPK 8:8:8 dan ada juga siraman baja ab..

Kadang2 saya siram guna air basuhan beras atau air rendaman perut ikan je..

Siraman air setiap pagi atau petang..atau 2x sehari..bergantung pada cuaca..

Pencahayaan pula dari pukul 8.30am-11am sahaja..sebb saya letak kat balkoni..jadi pencahayaan pagi sahaja kena matahari kejap..

Penjagaan dia sangat senang dan mudah hidup kalo kena dengan caranya.. tapi tak panjang usianya..ke sebab saya tak rajin guna selalu.

Biji Ketumbar Timbang Kilo Pun Boleh Jadi Benih Untuk Ditanam, Begini Caranya!

Saya takde ruangan yang luas…bercucuk tanam di balkoni je.. jadi la untuk manfaatkan ruang yang sedia ada.. rajin menanam hasil puas hati..

sumber : Ahalinda Darjan via Berkebun Di Rumah 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI