Air rebusan dari biji tembikai dikatakan sangat bermanfaat untuk beberapa penyakit. Nak tahu kena baca info ini.
Buah tembikai sememangnya amat dikenali dengan kandungan airnya yang amat tinggi selain kaya dengan vitamin serta mineral yang bermanfaat untuk tubuh badan manusia. Biasanya hanya air sahaja diambil manakakala bijinya dibuang. Tetapi ada juga yang cuba menyemai untuk ditanam semula.
Sebenarnya, biji buah tembikai amat berguna untuk manusia? Menurut maklumat daripada laman boldsky.com, setiap biji buah tembikai dikatakan amat bermanfaat dalam membantu menyembuhkan beberapa penyakit seperti sakit batu karang, penyakit jantung dan beberapa penyakit lain. Jom semak apa lagi khasiat yang terkandung di dalam biji buah tembikai ini.
Khasiat Biji Tembikai
Cara untuk menyediakan biji tembikai untuk dibuat ubat seperti yang dinyatakan di atas teramatlah mudah dan senang. Ambil beberapa biji tembikai kemudiannya rebus dengan sedikit air. Air rebusan dari biji tembikai itulah yang dikatakan sangat bermanfaat untuk beberapa penyakit seperti yang berikut;
Meningkatkan Kesihatan Jantung
Kandungan magnesium yang terdapat di dalam biji tembikai sangat bermanfaat untuk kesihatan jantung manusia.
Mencantikkan Dan Menjaga Kulit
Ads
Biji tembikai mempunyai kadar zat antioksida yang amat tinggi, jadi rebusan air biji tembikai ini akan merawat kulit daripada dalaman yang akan menjadikannya lebih licin serta halus dan gebu.
Mengawal Diabetes
Air rebusan ini boleh menurunkan kadar gula di dalam darah dengan baik. Anda perlu mengamalkan selama tiga hari secara berturut-turut tanpa henti untuk melihat kesannya serta rasai perbezaannya.
Memperkuatkan Ketahanan Rambut
Khas untuk wanita sekiranya mengamalkan air rebusan biji buah ini, ia dapat membantu serta mengelakkan daripada keguguran rambut malah ia dikatakan mampu mengubati kulit kepala yang sering gatal seperti kelemumur.
Ads
Meningkatkan Kekebalan Tubuh Badan
Biji tembikai amat kaya dengan vitamin serta nutrisi, ianya sangat baik untuk kebaikan tubuh badan manusia.
Mungkin ramai yang tidak menyangka kebaikan biji tembikai dan sebelum ini biasanya kita sering membuangnya begitu sahaja tanpa memikirkan kelebihan yang terdapat pada biji tembikai itu.
Selepas ini, anda boleh mengamalkan tips ini untuk kebaikan dan kesihatan anda sekeluarga serta untuk kehidupan yang lebih baik di masa akan datang. Amalkanlah sesuatu yang amat bermanfaat itu demi kesihatan yang lebih sempurna.
Biji tembikai sangat rendah kalori dan padat dengan nutrien. Kalau kita goreng akan jadi rangup dan boleh gantikan snek yang tidak sihat. Tetapi kalau tukar jadi teh, dapat segalanya yang kita perlu hanya dalam satu minuman!
Ads
Resipi teh biji tembikai!
Sediakan 20-30 biji tembikai.
Kisar dan rebus selama 15 minit dalam 2 liter air.
Ambil minuman ini selama 2 hari dan berhenti di hari ketiga.
Terus berbuat demikian untuk beberapa minggu dan alami perubahannya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kadang kala bila teringin nak makan Yong Taufu, memang kena pergi ke kedai. Untuk buat kuah dan sosnya memang perlu ada kemahiran. Barulah rasa seperti di kedai. Ikuti resipi wanita ini yang mendapat perkongsian lebih 21K. Tentu rare, resipinya.
Ikuti perkongsian ini.
Ada penggemar yong taufu? Setiap kali teringin nak makan, saya akan masak sendiri. Ahli keluarga saya ramai, kalau beli di luar tak puas makan, kos pun tinggi.
Saya nak kongsikan resepi sos (sos hitam) dan kuah sup (hidangan yong taufu dengan kuah sup terkenal di sebelah Johor). Saya mention begini sebab ramai kenalan saya dari negeri lain agak pelik bila tahu yong taufu dimakan dengan sup.
Saya kongsikan bahan penyediaan yang sangat jimat dan berpatutan. Anggaran harga bahan memasak hanya RM50 saja (termasuk bahan isian yong taufu ya).
BAHAN A – SOS HITAM
6 sudu makan taucu 4 sudu makan tepung jagung. 1 cawan kicap cair (kicap lemak manis) 8 sudu sos tiram 8 sudu gula pasir 6 cawan air (3 cawan untuk dikisar sekali, 3 cawan masukkan ke periuk untuk dikacau bersama selepas bahan-bahan tadi dikisar) 2 ketul kiub ikan bilis Garam secukup rasa [Edit] **Jika nak rasa pedas, tambahkan 3-4 sudu cili kering kisar ya. Kisar semua bahan di atas. Kemudian masak kesemua bahan kisar tadi sehingga sebati. Kuah perlulah sentiasa dikacau bagi mengelakkan kuah menjadi berketul-ketul. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air panas hingga menampakkan ‘texture’ kuah menjadi sempurna Kalau sos hitam ni tak habis makan, boleh disejuk bekukan ya.
BAHAN B – KUAH SUP
3 ulas bawang putih – dititik 3 hiris halia 2 ketul kiub pati ikan bilis Garam secukupnya Sedikit gula (terpulang pada citarasa masing-masing) Daun bawang Bawang goreng Air masak (anggaran 1 jug setengah) Tumis bawang putih dan halia dengan sedikit minyak panas. Kemudian masukkan air masak diikuti kiub pati ikan bilis. Tambahan sedikit garam hingga cukup rasa. Masak hingga mendidih. Kuah sup ini juga sesuai dijadikan air rebusan bahan isian yong taufu.
Silakan kongsi resipi, saya izinkan. Selamat mencuba. Kredit : Nor Husma Husin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Belum reda isu kenaikan dan kekurangan bekalan ayam di Malaysia, kini timbul pula masalah bekalan ikan yang dilaporkan turut berkurangan sekaligus berlaku kenaikan harga.
Menerusi laporan yang dibuat myMetro, kenaikan harga sebanyak 20% di Kelantan disebabkan nelayan di negeri itu tidak dapat turun ke laut berikutan keadaan cuaca buruk sejak seminggu lalu.
Keadaan itu membahayakan nyawa nelayan sekali gus menyebabkan mereka tidak boleh menjalankan aktiviti menangkap ikan di laut.
Harga ikan dilaporkan telah naik mendadak dengan selayang kecil berharga RM12 sekilogram berbanding RM8 sekilogram sebelum ini dan kerisi sebanyak RM16 sekilogram berbanding RM10 sekilogram sebelum ini.
Manakala Sinar Harian pula melaporkan, di Johor, bekalan ikan dan hidupan laut berkurangan sebanyak 50% berbanding sebelum ini menyebabkan harganya meningkat sekitar RM1 sehingga RM4 sekilogram.
Hal ini berlaku disebabkan faktor cuaca selain kos pengangkutan yang semakin mahal.
Ikan kembung, cencaru dan selar kuning mengalami masalah kekurangan bekalan yang ketara dan kini kebanyakannya hanya boleh diperolehi dari pembekal di Perak.
Sebelum ini, kembung dijual pada harga RM14 hingga RM16 sekilogram namun telah mula meningkat dan dijual antara RM18 hingga RM20 sekilogram.
Ikan selayang pula sekarang RM15.50 sekilogram berbanding hanya RM11 manakala cencaru pula naik ke RM11 berbanding hanya antara RM8 hingga RM9 sekilogram.
Ragam dan ketelah anak-anak tidak dinafikan kadang-kala boleh membuatkan kita pening kepala dan dalam masa yang sama perangai mereka ini juga boleh buat kita ketawa dan terhibur.
Ini sepertimana kisah seorang kanak-kanak berusia 6 tahun di negara China menangis selepas diberitahu bahawa dia memiliki wajah yang seiras dengan bapanya.
Keletah kanak-kanak berkenaan itu menjadi tular dan mendapat perhatian netizen selepas dimuat naik oleh seorang pengguna di aplikasi Weibo.
“Semuanya orang di tadika cakap, ”Ibu adalah yang terbaik di dunia”, mana ada orang cakap ”ayah yang terbaik di dunia”,” kata kanak-kanak itu dalam video merujuk kepada sajak yang diajar di taska yang dihadirinya. Sajak itu dipercayai sebuah sajak yang memuji peranan ibu.
Memetik laporan Next Shark, kanak-kanak itu kelihatan memuncungkan mulutnya sambil mengadu tentang penampilannya yang tidak memuaskan hati.
Kanak-kanak itu kemudiannya bertanya soalan yang lucu apabila mempersoalkan kenapa wajahnya mirip dengan ayah sedangkan dia dilahirkan oleh ibu.
Si ibu difahamkan terkejut dan mati akal untuk menjawab pertanyaan tersebut. Situasi berkenaan dipercayai tercetus selepas salah seorang rakan mereka yang berkunjung ke rumah pasangan itu dan mengatakan wajah kanak-kanak itu sama seperti ayahnya.
“Ia berlaku ketika usianya hampir mencecah 6 tahun dan salah seorang rakan kami datang menziarah pada hari tersebut dan mengatakan wajahnya mirip dengan wajah si ayah.
“Kemudian, dia mula menangis dan mengatakan bahawa dia tidak mahu kelihatan seperti ayahnya sebaliknya mahu kelihatan seperti saya. Dia fikir ayahnya kelihatan buruk.
“Pada pandangannya, dia sepatutnya kelihatan seperti saya kerana saya yang melahirkannya. Jadi, dalam hatinya, dia mungkin berfikir bahawa saya lebih baik dari ayahnya,” jelas Zhang dalam video, memetik Next Shark.
Sementara itu, Zhang menyatakan bahawa anak perempuannya percaya dia tidak akan kelihatan cantik jika wajahnya sama seperti ayah.
Menurut Next Shark, Zhang terhibur dengan reaksi yang ditunjukkan oleh anak perempuannya dan berkata bahawa suaminya pasti akan kecewa melihat reaksi anaknya itu.
Disamping itu, dia menambah bahawa penampilan suaminya itu tidaklah terlalu buruk dan menjelaskan bahawa suaminya sangat menyayangi anak mereka serta sering menghabiskan banyak masa bersama.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...