Melihat anak-anak membesar di depan mata menjadi momen yang cukup berharga buat ibu bapa. Biarpun sibuk dengan kerja seharian, namun anak-anak dan keluarga tetap menjadi keutamaan.
Tidak hairanlah ada yang tidak melepaskan peluang mengabadikan kenangan anak-anak baik dalam gambar mahupun video untuk menjadi kenangan apabila mereka dewasa kelak.
Demikian juga dengan isteri kepada Faris Khairol Anuar ini, yang lebih selesa menghabiskan masa di rumah memberi sepenuh perhatian menjaga anaknya.
Elfira Loy rajin berkongsi perkembangan anak lelakinya, Muhammad Rayyan Khalaf menerusi laman instagramnya.
Terbaru, Elfira berkongsi potongan video berpura-pura pengsan untuk melihat reaksi anak lelakinya itu.
Awalnya, Rayyan ketawa sambil mengintai wajah mommynya itu. Namun apabila si mommy tidak membuka mata, rayyan memandang ke arah kamera sambil memegang tubuh Elfira.
Disebabkan mommynya tidak memberi sebarang reaksi, rayyan terus mengucup pipi menyebabkan Elfira tidak dapat menahan ketawa.
Akhirnya Elfira ‘menyerah kalah’ sambil berkata ok mommy bangun’ kepada Rayyan yang tidak henti-henti mencium pipinya. Comel dan bijak Rayyan, seolah-olah tahu mommynya hanya berpura-pura sahaja.
Reaksi Rayyan itu membuatkan ramai terhibur dan memujinya bijak dan comel.
Sumber: elfiraloy