Seronok melihat pelbagai gelagat anak-anak kecil bersekolah. Sebagai ibu bapa tentu kita teruja untuk mengetahui apa yang anak belajar setiap hari di sekolah.
Rutin harian mengambil anak pulang dari sekolah memberi peluang kepada ibu bapa untuk bertanyakan perkembangan anak tentang pelajaran mereka.
Dengan kata lain sambil membina bonding antara ibu bapa dan anak, ia juga dapat membantu anak untuk mengingat kembali apa yang dipelajari di sekolah.
Perkongsian video dari akaun TikTok @kumikakufaizul, kanak-kanak yang terkenal petah bercakap dan berpantun yang dimuat naik oleh ayahnya menarik perhatian warganet.
Kepetahan Ku Mika Ku Faizul membuat penjelasan tentang tajuk Kata Seru subjek Bahasa Melayu memang sangat mengagumkan.
@kumikakufaizul Recap belajar apa kat sekolah 🥰 subjek BM – Kata Seru 👍🏻 #kumika #recap #bahasamelayu #sekolah #mashaAllah #Alhamdulillah ♬ original sound – KuMika KuFaizul
Bukan sahaja mampu membuat penjelasan setiap maksud kata seru yang diajar oleh gurunya, Ku Mika juga siap bagi contoh ayat bagi setiap kata seru tersebut.
Ternyata si kecil ini benar-benar fokus semasa proses pembelajaran dalam kelas sehingga dia boleh mengingat dan menjelaskan kembali apa yang diajar oleh gurunya. Syabas, Ku Mika!
Gelagat Ku Mika memberi penjelasan pelajaran Kata Seru kepada ayahnya menarik perhatian warganet yang rata-rata kagum dan memberi pujian kepadanya.
Bahkan salah seorang yang meninggalkan komen juga merupakan guru Bahasa Melayu yang terus memberikan Ku Mika markah penuh TP6 kerana faham dengan apa yang diajar dan boleh menerangkan semula kepada orang lain dengan lengkap.
Nampaknya bukan murid sebaya Mika sahaja yang boleh faham dengan penjelasannya tetapi ramai juga dari kalangan makcik-makcik yang turut meninggalkan komen lebih faham tentang penggunaan kata seru bila dengar penjelasan Mika.
Video tersebut turut menarik perhatian seorang kaunselor bertauliah, Dr Zulkifli Hussain yang turut banyak berkongsi penulisan di media sosial.
Beliau menyatakan kekaguman dengan kelebihan yang dimiliki oleh Ku Mika untuk mengingat kembali apa yang diajar oleh gurunya.
Kagum dengan rakaman video ini ;
1) Kagum dengan kemampuan anak ini kerana mampu mengingat isi pembelajaran. Tak semua anak diberi kelebihan seperti ini.
2) Kagum dengan kepetahan anak ini berkongsi isi pembelajaran kelas Bahasa Melayu.
3) Kagum dengan didikan ibu bapa anak ini.
4) Terpaling kagum dengan cikgu BM yang mengajar anak ini. Saya boleh bayang kesungguhan cikgu ini merancang sesi pembelajaran sehingga pelajar mampu simpan isi pengajaran dalam ingatan jangka masa panjang.
Sumber: kumikakufaizul & Dr Zulkifli Hussain
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom klik di SINI