Seronok melihat pelbagai gelagat anak-anak kecil bersekolah. Sebagai ibu bapa tentu kita teruja untuk mengetahui apa yang anak belajar setiap hari di sekolah.
Rutin harian mengambil anak pulang dari sekolah memberi peluang kepada ibu bapa untuk bertanyakan perkembangan anak tentang pelajaran mereka.
Dengan kata lain sambil membina bonding antara ibu bapa dan anak, ia juga dapat membantu anak untuk mengingat kembali apa yang dipelajari di sekolah.
Perkongsian video dari akaun TikTok @kumikakufaizul, kanak-kanak yang terkenal petah bercakap dan berpantun yang dimuat naik oleh ayahnya menarik perhatian warganet.
Kepetahan Ku Mika Ku Faizul membuat penjelasan tentang tajuk Kata Seru subjek Bahasa Melayu memang sangat mengagumkan.
Bukan sahaja mampu membuat penjelasan setiap maksud kata seru yang diajar oleh gurunya, Ku Mika juga siap bagi contoh ayat bagi setiap kata seru tersebut.
Fokus 100% Waktu Cikgu Mengajar
Ternyata si kecil ini benar-benar fokus semasa proses pembelajaran dalam kelas sehingga dia boleh mengingat dan menjelaskan kembali apa yang diajar oleh gurunya. Syabas, Ku Mika!
Gelagat Ku Mika memberi penjelasan pelajaran Kata Seru kepada ayahnya menarik perhatian warganet yang rata-rata kagum dan memberi pujian kepadanya.
Ads
Bahkan salah seorang yang meninggalkan komen juga merupakan guru Bahasa Melayu yang terus memberikan Ku Mika markah penuh TP6 kerana faham dengan apa yang diajar dan boleh menerangkan semula kepada orang lain dengan lengkap.
Nampaknya bukan murid sebaya Mika sahaja yang boleh faham dengan penjelasannya tetapi ramai juga dari kalangan makcik-makcik yang turut meninggalkan komen lebih faham tentang penggunaan kata seru bila dengar penjelasan Mika.
Ads
Tarik Perhatian Kaunselor Bertauliah
Video tersebut turut menarik perhatian seorang kaunselor bertauliah, Dr Zulkifli Hussain yang turut banyak berkongsi penulisan di media sosial.
Beliau menyatakan kekaguman dengan kelebihan yang dimiliki oleh Ku Mika untuk mengingat kembali apa yang diajar oleh gurunya.
Ads
Kagum dengan rakaman video ini ; 1) Kagum dengan kemampuan anak ini kerana mampu mengingat isi pembelajaran. Tak semua anak diberi kelebihan seperti ini.
2) Kagum dengan kepetahan anak ini berkongsi isi pembelajaran kelas Bahasa Melayu.
3) Kagum dengan didikan ibu bapa anak ini.
4) Terpaling kagum dengan cikgu BM yang mengajar anak ini. Saya boleh bayang kesungguhan cikgu ini merancang sesi pembelajaran sehingga pelajar mampu simpan isi pengajaran dalam ingatan jangka masa panjang.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Setelah lama menunggu untuk mendapatkan cahaya mata perempuan, akhirnya penantian Cekyana serta suami berakhir.
Terdahulu, usahawan wanita yang sudahpun memiliki tiga orang cahaya mata lelaki bersiap mencantikkan diri sepanjang mengandung sehinggalah ke dalam labour room.
Mengakui perit menahan contraction, namun Cekyana atau nama sebenarnya Cik Nur Diana binti Matusin, merupakan pengasas produk Odeen Viral bersyukur apabila selamat melahirkan anak keempatnya awal disember lalu.
Lebih membahagiakan usai 4 hari bersalin, Cekyana dilayan bagaikan bak permaisuri apabila memilih untuk berpantang di sebuah hotel eksklusif yang menawarkan khidmat untuk keselesaan ibu dan bayi selama 30 hari.
Alhamdulilah Ala Kulli haal .. Syukur bila kita selamat deliver 4 hari lepas .. Cekyana pun dah keluar awal dari hospital sebenarnya ..
Dan paling bestnya hari ke 4 berpantang kami berpantang di hotel .. Ini yang dikatakan berpantang diberi layanan permaisuri ..
Walaupun jumlah keseluruhannya mencecah RM30k, namun dia akui berbaloi kerana berpantang style Chinese selain pakej menu berpantang yang cukup menambat selera.
Masa sampai tadi yang cekyana suka dia layan dulu kita bagi service the best barulah 😍 kita bayar balance bilik ..
Bilik ni kalau bukan PKP harga RM30k .. Berpantang style chinese memang kos macam ni tapi berbaloi dan cekyana rasa ini pilihan yang tepat ..
Yes sangat tepat.. Seronok sangat sebab berpantang kali ini macam tak berpantang tapi sebenarnya kita tengah pantang. aaceaner tu🤣 ..
Anak-anak adalah amanah ke atas ibu bapa untuk dididik ke arah kebaikkan, meninggalkan segala larangan Allah dan menunaikan setiap apa yang diperintahkan dalam agama. Jika sedari kecil sudah terbiasa dan sentiasa diingat-ingatkan untuk melakukan kebaikan, diharapkan pesanan dan kata-kata itu jugalah yang akan diingat sampai bila-bila.
Pun begitu, terkadang kita sebagai ibu ayah juga sering alpa untuk menitipkan pesanan dan nasihat yang berguna untuk anak-anak. Untuk itu, sebagai peringatan bersama, jom kita baca bait-bait 7 nasihat yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif khas untuk diingat-ingatkan selalu sebelum mereka meningkat dewasa. Ianya wajar kita ucapkan kepada anak-anak,biar mereka faham isi hati dan harapan kita kepada mereka dalam menjalani kehidupan ini.
Pesanlah pada anak kita 7 perkara sebelum mereka meningkat dewasa
1. Wahai anakku, ibu takkan selamanya ada disisimu. Belajarlah berdikari & bertanggungjawab dengan segala urusanmu
2. Wahai anakku, doamu akan menjadi sangat berguna pada ibu ketika ibu sudah tiada lagi di dunia ini. Ingatilah ibumu ini dalam setiap doa dan munajatmu
3. Wahai anakku, kamu sangat berharga buat ibu. Jangan sia-siakan dirimu walau seluruh dunia mengecewakanmu
4. Wahai anakku, dunia ini tempat ujian. Kamu akan diuji berkali-kali hingga kamu merasa lemah dan lelah. Angkatlah tanganmu, kerana saat itu Pemberi Ujian yakni Tuhanmu sedang merindukanmu
5. Wahai anakku, jagalah adik-beradikmu. Seburuk apa pun layanan mereka terhadapmu, takkan sekali-kali putus hubungan darah kalian. Darah ibumu akan tetap mengalir di dalam tubuh kalian
6. Wahai anakku, jagalah agamamu walau seluruh dunia memberontak dan rosak. Kerana dengan menjaga agama sahaja kamu akan dikira berjaya walau seluruh dunia melihatmu kecil dan gagal
7. Wahai anakku, ibu takkan mampu melindungi dan menyayangimu setiap masa. Yang menyayangi, melihat dan memerhatikanmu setiap detik dan masa hanyalah Penciptamu. Sayangilah Dia. Cintailah Dia. Berterima kasihlah padaNya.
Dikurniakan anak yang ramai memang menyeronokkan walaupun agak ‘huru-hara’ untuk menguruskan mereka semasa kecil.
Kalau ditanya pada pasangan suami isteri yang ada ramai anak, mereka mengakui ketika anak-anak masih kecil memang agak mencabar tetapi bila semua sudah besar semuanya menjadi semakin mudah.
Jangan risau untuk mempunyai anak ramai kerana setiap anak itu sudah dtentukan rezeki mereka oleh Allah SWT.
Pelakon cantik berdarah kacukan, Emma Maembong sendiri rupa-rupanya memang berniat untuk mempunyai anak ramai sejak mendirikan rumah tangga lagi.
Emma mendedahkan sebenarnya dia dan suami memang merancang untuk mendapatkan anak kedua sebaik sahaja selesai berpantang anak pertama, Shariq Gabriel.
Memetik laporan mStar, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail berkata rezeki untuk menimang cahaya mata kedua berlum tiba lagi. Dia dan suami percaya Allah mahukan mereka memberikan perhatian lebih kepada anak pertama.
Suka Anak Ramai
Pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta yang terkenal mempunyai hubungan rapat dengan adik-beradiknya mengakui dia mahu memiliki anak yang ramai.
Isteri kepada seorang juruterbang ini sendiri sudah terbiasa dibesarkan dalam keluarga yang ramai dan dia sendiri mempunyai 11 orang adik-beradik. Emma juga terkenal suka menjaga anak-anak saudaranya sejak sebelum berumah tangga lagi.
“Saya memang ada mencuba untuk dapatkan anak kedua tapi belum ada rezeki lagi. Sebenarnya saya memang merancang untuk dapat anak cepat.
“Kalau boleh lepas pantang anak pertama itu, nak cuba terus dapatkan anak kedua. Itulah, kadang-kadang kalau kita nak sangat, susah nak dapat.
“Setengah orang nak tunggu anak besar sikit, tapi saya nak biar sekali penat. Adik-beradik saya pun 11 orang dan saya selalu jaga anak-anak buah.
“Jadi, misi saya berkahwin memang nak anak. Tapi belum rezeki…mungkin Allah nak saya beri perhatian lebih kepada anak pertama,” demikian beritahu Emma.
Emma mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli Azhar pada 20 Feburari 2020 dan melahirkan anak pada 8 November 2020.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...