Si comel Muhammad Bilal, anak pasangan selebriti, Neelofa dan Haris Ismail menunjukkan perkembangan yang mengagumkan bila mana sudah pun mengenal huruf-huruf dalam bahasa Arab serta beberapa surah pendek biarpun umurnya baru mencecah satu tahun sepuluh bulan.
Menerusi Insta Story miliknya, Neelofa merasa cukup bangga dengan pencapaian anak kecilnya itu malah sebagai ibu dia sangat mementingkan konten yang ditonton anaknya.
Tidak hanya mengenal huruf-huruf dalam Bahasa Arab, bahkan Bilal sudah pandai berselawat dan mengalunkan beberapa surah pendek.
“Sebagai seorang ibu, saya tak tahu nak cakap bangga macam mana tah, Bilal boleh sebut satu satu huruf hijaiyah (tulisan arab),” luah Neelofa.
Bahkan kata Neelofa lagi, dia sentiasa menjaga segala konten yang dilihat oleh Bilal setiap hari.
“Konten-konten memang saya akan ambil dan pilih untuk dia tengok. Di usia satu tahun 10 bulan, masyaAllah dia boleh mengira 1 hingga 20, boleh kenal huruf ABC kecil dan juga huruf besar, surah al-Fatihah, selawat dan أ ب ت dan beberapa surah pendek,” tulisnya lagi.
Ads
Bahkan tambahnya lagi, biar pun penat kerana terpaksa mengawal apa yang ditonton oleh Bilal namun berbaloi bila melihat hasilnya malah dia paling berbangga melihat pencapaian anaknya.
Neelofa juga sempat mendoakan agar semoga anak anak sentiasa dalam jagaan, perlindungan dan pengawasan oleh Allah S.W.T.
Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada Mac 2021. Pasangan ini kini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata lelaki iaitu, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas, lima bulan.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Ahad, beberapa individu telah menerima darjah kebesaran dari Baginda termasuklah selebriti media sosial, Farhatul Fairuzah.
Johan Tilawah (Qariah) Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 tahun itu meluah rasa syukur dan berkongsikan beberapa gambarnya bersama kerabat diraja dan penerima darjah kebesaran serta pingat yang lain di laman Instagram miliknya semalam.
“Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi atas pengurniaan darjah dan kebesaran negeri Selangor Darul Ehsan, sempena menyambut ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-77, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
“Menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Jaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-haj di atas penghargaan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S).
“Semoga Tuanku dan Permaisuri dipanjangkan usia, sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT,” tulis Qariah yang berusia 23 tahun ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah atas pengurniaan tersebut dan berharap dapat menjadi pemangkin semangat buat Farhatul dalam menyebarkan ilmu al-Quran kepada orang ramai.
Selain Farhatul, Johan Tilawah (Qariah) Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2022 iaitu Sofizah Mousin turut menerima darjah kebesaran yang sama.
Sumber: Instagram Farhatul Fairuzah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai ibu bapa cakna dengan kesihatan anak, namun tidak semua peka dengan deria penglihatan anak.
Hal ini nampak biasa saja tapi sebenarnya ia memberi kesan kepada aktiviti dan perkembangan anak itu.
Apabila penglihatan anak terjejas, ia secara tidak langsung fokus kepada pembelajaran anak.
Hakikatnya ini yang perlu ibu ayah tahu, sebagaimana yang dinyatakan oleh puan Maryam Jamadi yang merupakan terapi Paediatric Occupational Therapist yang aktif di media sosial berkongsi ilmu bagi membantu kanak-kanak yang mempunyai keperluan dan kelainan yang berbeza. Bagi yang merasakan anak mempunyai kelainan terhadap perkembangan, ibubapa boleh rujuk ke Occupational Therapy.
Masalah visual boleh menjadi penyebab kelewatan perkembangan anak.
“Boleh tolong check mata anak saya, dia suka menjeling bila nak fokus sesuatu”
Sebenarnya sudah hampir setahun saya perasan kadang-kadang Eva lihat sesuatu guna ekor mata kiri, lagi-lagi semasa menonton TV ataupun aktiviti di atas meja yang memerlukan fokus.
Lama tangguh nak bawa Eva check mata sampailah masa akhir bulan Mei hari itu, cermin mata saya bengkok disebabkan anak kedua saya.
Mujurlah kedai cermin mata dibuka semasa PKP, alang-alang bawa Eva sekali check mata. Untuk pengetahuan, seawal anak umur 2 tahun mak ayah dah boleh buat pemeriksaan mata.
Bila visual anak ada masalah, ia boleh jadi punca terbesar kelewatan perkembangan anak terutamanya skil motor halus dan seterusnya masalah pembelajaran. Kerana,
80% pembelajaran anak bergantung kepada perkembangan visual.
Banyak juga kes masalah perkembangan yang melibatkan anak normal atau anak Autisme, ADHD dan lain-lain yang saya minta mak ayah rujuk pegawai optometris untuk periksa tahap visual anak.
Sekiranya ada masalah visual, perlu lakukan terapi penglihatan dahulu baru akan nampak peningkatan dalam perkembangan anak.
Ada juga kes yang bila anak pakai cermin mata, baru skil menulis dan pembelajaran anak di sekolah meningkat.
Bawa jumpa Optometris jika anak ada ciri-ciri ini.
Gambar sekadar hiasan
Mak ayah sekalian,
Jika perasan anak ada ciri-ciri ini disarankan bawa anak periksa mata dengan optometris bertauliah:
1. Terlalu sensitif dengan cahaya (dalam atau luar rumah)
2. Mengelak atau tidak suka aktiviti mewarna, puzzle atau yang memerlukan fokus mendalam (cari perbezaan 2 gambar, cari barang, maze dll)
3. Mata anak tidak selari kanan dan kiri.
4. Membaca buku terlalu dekat.
5. Buat mata sepet bila melihat sesuatu.
6. Kerap menggosokkan mata.
7. Gerakkan biji mata ke dalam dan keluar.
8. Memusingkan kepala bila cuba fokus sesuatu.
9. Nampak resah bila cuba fokus.
Saya memakai cermin mata sejak umur 11 tahun, selama pakai cermin mata banyak juga pengalaman pakai cermin mata yang tidak serasi dengan mata saya. Ada yang power tinggi sangatlah, terang sangatlah sampai buat saya pening kepala.
Tapi sejak saya belajar di UiTM, Fakulti Sains Kesihatan, baru saya tahu kewujudan bidang optometri. Rupa-rupanya berbelas tahun saya pakai cermin mata, tidak pernah lakukan pemeriksaan mata menyeluruh dan buat cermin mata pun di kedai asal boleh. Saya syak, bukan diperiksa oleh Pegawai Optometris bertauliah.
Pernah juga beberapa tahun pakai contact lens, main pakai sahaja tanpa periksa kondisi mata. Bila saya buat pemeriksaan mata di Klinik Optometri UiTM, dapat tahu kondisi mata saya tidak berapa baik dan perlu cuti pakai contact lens beberapa bulan. Sudahnya, sehingga sekarang saya jarang pakai contact lens. Tapi alhamdulillah kondisi mata saya dah baik dan dah boleh pakai contact lens semula (jika mahu ).
Yang menariknya, sejak saya periksa mata dan pakai cermin mata dari Klinik Optometri UiTM Puncak Alam 9 tahun lepas, sehingga kini power mata saya tidak naik. Saya fikir mungkin kalau saya buat cermin mata dengan optometris bertauliah dari umur 11 tahun, power mata saya tak adalah tinggi seperti sekarang. 🥲
Dalam kes Eva, alhamdulillah tiada masalah yang serius. Eva lulus semua ujian mata, mungkin ia lebih kepada habit Eva fokus guna 1 mata, masih boleh diperbaiki lagi sebab Eva masih kecil. Optometris juga ada ajar saya dan Eva terapi latihan mata yang perlu dilakukan seminggu sekali.
Syukur sangat.
Di musim pandemik ini, saya pasti anak-anak kita banyak terdedah dengan skrin. Anak yang belajar di pra-sekolah pun belajar PdPR guna skrin. Pendedahan yang berlebihan boleh menyebabkan risiko masalah visual seterusnya mengganggu proses pembelajaran anak.
Sekiranya perasan anak ada simptom di atas, nasihat saya bawalah anak jumpa Optometris segera.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Menyentuh tentang ragam anak-anak, diakui bukan sahaja yang si kecil selalu buat perangai malah hingga anak yang besar ada sahaja kisahnya. Kadang kala melucukan dan kadang kala tindak tanduk mereka boleh membuatkan kita membebel tak henti-henti.
Ini sama kisahnya dengan pelakon dan penyampai radio terkenal iaitu Sharifah Shahirah, berkongsi video memaparkan pelbagai ragam dan gaya anak-anaknya yang tular di media sosial.
Pelakon terkenal, Sharifah Shahira dikatakan sedang membebel mengenai sikap anak-anaknya di sebuah kafe.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Yang Perempuan Duduk Macam Lelaki
Melalui video tersebut dapat dilihat Sharifah Shahira atau juga lebih mesra di sapa Kak Rara dan keluarga sedang menikmati makanan di sebuah kafe. Namun telatah leteran Kak Rara dalam video itu telah membuatkan warganet terasa terhibur.
“Anak aku dah macam Janna Nick cerita Coffee Prince. Airra, duduk macam lelaki, yang lelaki pula duduk macam perempuan. Perempuan duduk macam lelaki.”
Bukan sahaja teguran Kak Rara yang menarik perhatian, malah penampilan kedua anaknya itu iaitu Airra Zulkifli dan Airell Zulkifli juga mendapat perhatian ramai kerana kagum dengan rupa paras mereka yang menarik terutama sekali, Airra Zulkifli.
Ada juga netizen yang cakap muka Airra itu seiras dengan bapanya, Ijoy Azhari.
Guru wanita trauma disamun tiga lelaki bersenjata parang di sebuah taska. Seorang guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila menjadi mangsa rompakan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Tali Air 11, Pasir Panjang pada pagi Isnin.