Memberi kelainan menu yang ingin dihidangkan kepada keluarga, apa kata kali ini anda mencuba resipi bihun sup chinese stayle yang special ini. Menyediakannya jkuga cukup mudah dengan bahan-bahan yang ringkas. Jadi tunggu apa lagi, jom kita cuba!
Menu lunch hari ini Bihun Sup Chinese Style..tapi saya olah resepi ikut versi sendiri..menu sihat ni saya dah sertakan resepi kat setiap gambar
Step 1:
Goreng 10 ulas bawang putih yang dipotong dadu dengan minyak bijan sampai keperangan.
Step 2 :
Lebih kurang camni perang nya..jangan smpai terhangit nanti makan tak sedap.dah siap goreng transfer ke mangkuk dengan minyak-minyak bijan tu sekali ye..sebab ni kiranya kita buat minyak bawang putih
Step 3
Sebelah dapur boleh didihkan air,masukkan 1 sudu besar bawang putih yang dah siap goreng tadi sekali dengan minyak-minyak tu sikit..nak bagi aroma minyak bijan tu naik
Campak 1 kiub pati ayam then masukkan dada-dada ayam..biarkan sampai ayam betul-betul masak then keluarkan balik dada-dada ayam tu bia sejuk baru racik-racikkan.
Step 4
Sebelah dapor boleh la terus goreng tauhu telur..salut dengan tepung jagung terus goreng.
Step 5
Dada ayam yang sudah siap masak tadi boleh la dikeluarkan..masukkan crab stick biarkan kejap dalam beberapa saat sampai nampak dah masak dan lembut je terus angkat cepat-cepat kalau tak nanti terburai isi-isinya tu..asingkan letak dalam bekas nanti nak makan baru ambil.
Step 6
Lepas itu masukkan fishball dan sosej (sosej ni macam bebola juga saya pakai sosej dr.zainol (100% produk muslim dan memang sedap)..biakan mereneh sampai bebola dan sosej tu kembang
sementara tunggu bebola tu masak..boleh la buat sos kicap..bahan-bahannya.
5 batang cili padi
kicap pekat
kicap cair
1sudu kecil minyak bijan
1 biji perahan air limau nipis/kasturi
Bila bebola sudah kembang elok..terus tutup dapur masukkan sayur sawi jepun dan tutup periuk biakan sayur tu masak dengan kepanasan sup tadi
dada ayam yang dah sejuk tadi racik-racik kan halus-halus
Begini la hasilnya bila semua bahan bersatu kembali..dah letak sup kat bihun tu tabur la bawang putih goreng amek sekali dengan minyak bawang tu, ayam racik,tauhu telur,sos kicap, cili flakes,crab stick dan daun sup sikit..
selamat mencuba
Sumber: Nurul Jannah via MAHN