Bidara atau ada juga yang mengenali buah hijau yang comel saiznya ini sebagai buah epal siam dan beberapa nama lainnya, sememang enak rasanya. Apatah lagi bila digigit terasa rangup, memang layan menikmatinya.
Selain rasanya, dikatakan bahawa buah bidara yang direbus dan airnya diminum dapat merawat penyakit paru-paru dan juga mencuci darah serta membaiki sistem penghadaman dalam perut.
Daunnya pula bila di rebus akan dapat digunakan sebagai losen serta air mandian bagi merawat mereka yang kena demam panas.
Ada juga dakwaan mengatakan yang air rebusan kulit dan daun bidara sesuai untuk merawat masalah perut dan juga usus.
Ternyata banyak manfaatnya dan tidak hairanlah harganya juga boleh tahan dipasaran.
Oleh itu, apa kata kita cuba tanam pokok ini dilaman rumah untuk dimakan sendiri bersama keluarga.
Cara menanamnya dikongsikan di sini, jom semak.
Tips menanam pokok bidara jumbo
a-pasu:
Untuk tanaman dalam pasu, guna pasu berdimeter 18inchi ke atas.
b-medium:
Guna medium yang tidak menakung air (poros) seperti tanah campuran 4in1 hingga 10in1
c-anak pokok:
Size standard bagi anak pokok adalah sekitar 1.5-2.5kaki
Pastikan tiada pucuk baru timbul dari permukaan tanah. Jika ada potong dan buang.
Potong dahan halus pada batang bahagian bawah pokok.Tinggalkan dahan pada bahagian atas (2-3 dahan)
Jika anak pokok menghasilkan bunga, jangan teragak-agak untuk mencabut dahulu bunga. Buah yang terhasil ketika pokok masih kecil akan membantutkan tumbesaran pokok.
Dahan juga berisiko patah kerana terlalu halus untuk menampung berat buah.
d-baja
Elakkan menabur baja sekurang-kurangnya sebulan selepas anak pokok dipindah ke pasu baru.
Mulakan pembajaan pada bulan kedua, dengan baja pembesaran.
Pada bulan ke 5 (atau ketika size anak pokok dirasakan sudah cukup matang untuk berbuah) dan keatas teruskan rutin pembajaan dengan baja buah/bunga.
Sumber : Mohd Shukri Adam via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri