“Bidadari Syurga Saya Pergi Buat Selamanya.” Shuib Kongsi Berita Duka, Siti Sarah Meninggal Dunia. Al-Fatihah!

Share

Penyanyi Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Berita duka tersebut dikongsikan oleh Shuib Sepahtu yang memaklumkan isteri kesayangannya itu telah ‘pergi’ buat selamanya pada jam 5.13 minit pagi.

Berita tersebut dimuat naik menerusi Instagram (IG) rasminya.

”(Pada jam) 5:13 minit pagi 9 Ogos 2021, bidadari syurga saya pergi buat selamanya.

”Mohon sedekahkan Al-Fatihah (buat) Siti Sarah Binti Raissuddin,” tulis Shuib.

Perkara itu juga turut dikongsikan syarikat pengurusan penyanyi lagu Kesetiaan itu, Indigital Music dalam satu kenyataan ringkas.

“Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin disahkan meninggal dunia jam 5.13 pagi HUKM.

“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu,” katanya.

Terdahulu Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas tahap oksigen menurun.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan.

Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan.

Siti Sarah bersama suami yang juga pelawak, Shuib disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.

Innalillahiwainnalillahirajiun,salam takziah buat Shuib dan ahlli keluarga. Semoga kuat dan tabah dengan Ujian ini.

SUMBER: Harian Metro