Bibir yang hitam akan membuatkan wanita rasa rendah diri. Semua wanita menginginkan bibir yang sihat, merah bak delima. Jika mahu bibir yang merah merona dan tidak pucat atau kelihatan lebam, perlulah rajin-rajin membelai bibir.
Bagi mereka yang memiliki bibir yang sensitif, ia perlu lebih perhatian dan memerlukan penjagaan rapi. Lebih-lebih lagi jika anda jenis bermasalah kulit mengelupas. Elakkan mengopek kulit bibir jika tidak mahu terkoyak atau terluka.
Ini cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif. Hanya gunakan bahan-bahan semula jadi sahaja:
Serum lemon madu
Anda hanya perlukan satu sudu makan air perahan lemon dan madu yang dicampur dan dioles merata di bibir.
Lemon akan mencerahkan pigmen bibir dan madu akan menutrisi bibir dan melembapkan sehingga bibir kelihatan merah alami.
Buah beet juga boleh mengembalikan warna semula jadi bibir. Caranya sangat mudah, hanya potong nipis ataupun haluskan beet dan oles merata di bibir. Biarkan hingga kering dan bilas, Lakukan rutin setiap hari agar warna bibir kembali cerah.
Minyak badam
Cukup ambil satu titis minyak badam dan oles merata di bibir. Lakukan rutin setiap kali tidur. Bukan hanya akan mencerahkan bibir malah minyak badam tersebut akan melembabkan secara semula jadi.
Ads
Jus timun
Ambil sepotong timun dan haluskan. Oles ke bibir untuk mencerahkan bibir yang hitam. Biarkan hingga kering dan bilas. Boleh juga dilakukan ketika nak tidur, biarkan semalaman.
Skrub kunyit
Ambil 1 sudu teh serbuk kunyit (haluskan 1 ruas kunyit) campur dengan 1 sudu teh tepung sehingga jadi pes. Sapu dan biarkan sehingga kering.
Kemudian urut dan skrub merata bahagian bibir untuk mengangkat sel-sel mati supaya bibir lebih bersih dan cerah.
Bagi anda yang berdepan masalah bibir gelap, kering serta merekah, masker bibir seperti yang berikut sesuai dipraktikkan. Ia cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif.
Ads
Boleh diamalkan setiap hari. Tiada kesan sampingan bahkan tidak memudaratkan jika termasuk di dalam mulut atau termakan.
Bahan-bahan:
30 gram gula tebu organik (dikisar)
10 ml ekstrak prun
5 ml madu
5 ml minyak zaitun
0.5 ml minyak vitamin E
Cara membuat:
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau sebati.
2. Ambil sedikit sahaja menggunakan jari dan ratakan pada bibir.
3. Urut perlahan pada bibir dalam turutan membulat selama satu hingga dua minit.
4. Kemudian bersihkan dengan tuala yang telah dibasahkan.
5. Simpan lebihan skrub dalam bekas yang sesuai.
Tip:
*Skrub ini boleh digunakan dalam tempoh tiga hingga enam bulan (jika dibuka bekasnya) dan jika tidak dibuka ia boleh digunakan dalam tempoh lapan bulan hingga setahun.
*Fungsi madu adalah untuk memerahkan kembali bibir manakala prun pula berfungsi untuk merawat bibir pecah.
*Selain prun, ia boleh digantikan dengan delima. Delima berfungsi untuk memerahkan kembali bibir.
Semua wanita ingin tampil cantik. Biarpun dah berusia tetap pastikan diri kekal anggun dan cergas.
Bagi yang suka amalan tradisional tentu amalkan minum air rebusan herba untuk kesihatan tubuh badan.
Lazimnya air rebusan herba ini dikatakan membantu membuang angin, wajah naik seri tidak lagi kusam dan badan pun jadi lebih ringan.
Apa yang pasti, minum air herba bukan sahaja untuk menyihatkan tubuh badan tapi penjagaan kecantikan dalaman dan luaran.
Terdapat pelbagai petua air rebusan herba. Barangkali boleh amalkan air rebusan herna ini. Bahan-bahanya pun mudah didapati di rak dapur.
Ikuti lanjut cara penyediaannya.
Air Rebusan untuk :
-Bersihkan rahim
-Buang angin
-Pecahkan lemak
-Naikkan seri muka
-Mengurangkan sengugut
Bahan-bahan :
-Halia (2 ibu jari) Hiris Kasar2
-Kunyit hidup (1 ibu jari)
-Serai (2 batang besar) kalau kecil letak dalam 3-4 batang
-Daun Pandan (4 helai)
-Madu
-Air 3-4 Gelas (kalau gelas kecil letak 4 ye)
*Nak letak sireh pun boleh..Tak letak sebab takde sireh kat umah..
*Boleh letak lebih halia sebab banyak angin dalam badan ni..hehe
Cara-cara :
Masukkan semua bahan-bahan di atas dalam periuk..renehkan dengan api yang kecil..biar sampai mendidih dalam 15-20 minit..Siap!! bila dah sejuk & nak minum campurkan 1 sudu kecil madu (ikut tahap manis yang anda suka)
Buat ni untuk 2 Cawan ye. Sambil mereneh tu rumah anda pun ada bau wangi nanti sebab ada daun pandan dalam tu.
Ini cara minum ye. kalau tak selesa ikut cara masing-masing” ok. Minum 1 gelas (suam) pastu off kipas dalam 5-10 minit. Biar badan tu rasa panas & berpeluh sikit. Jangan off lama-lama sgt nanti marah plak suami & famili uols haha. (Berkurung sorang-sorang dalam bilik masa minum ni)
Sumber: Nyd Za
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Walaupun sudah melahirkan anak namun perut masih lagi ketara. Buncit tanpa sedar dan tidak mahu kempis dan rata seperti perut asal. Buntu bila memikirkan hal ini.
Persoalan ini pastinya sentiasa bermain di fikiran semua ibu yang mengalami masalah perut buncit. Menurut pengalaman orang-orang tua, sebenarnya banyak cara dan petua yang boleh diamalkan untuk mengelakkan masalah ini.
Selain menjaga pemakanan dan mengamalkan pemakaian bengkung secara disiplin juga adalah langkah bijak untuk kekal cantik. Ini yang boleh wanita berpantang amalkan untuk pastikan perut rata. Suami pun makin tambah sayang nanti. Ini petua nenek yang anda boleh cuba.
Cuba buat petua ini!
Petua 1
Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapu ke bahagian perut yang buncit.
Petua 2
Ambil 2 genggam lada hitam kemudian ditumbuk halus. Campurkan dengan sebiji ragi tapai dan gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian pakai bengkung ketat dan kuat.
Petua 3
Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta
mengatasi masalah berat badan.
Petua 4
Amalkan memakan 1 biji tomato sehari yang sedang besarnya dan tidak begitu ranum.
Petua 5
Campurkan sedikit kapur makan bersama 5 helai daun sirih juga beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
Petua 6
Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Biarkan semalaman dan minum keesokkan paginya.
Petua 7
Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rakyat Malaysia ni kalau tak jaga ‘kain’ orang tak sah! Ada sahaja nak dipertikaikan dan diperkatakan. Lebih-lebih soal wajah, pantang cantik sikit dikatakan cucuk lah, itu lah ini lah. Aduhai sampai pening dibuatnya!
Malah yang selalu menjadi mangsa untuk dibawangkan ni semestinya orang terkenal atau selebriti. Salah seorangnya pelakon Norish Karman yang baru-baru ini menafikan dakwaan yang mengatakan dia melakukan pembedahan bibir dan hidung agar sentiasa kelihatan cantik serta muda.
Menurut Norish di laman Instagramnya, bentuk bibir dan hidungnya adalah semula jadi yang merupakan genetik daripada arwah ibu bapanya.
Malah, Norish atau nama sebenarnya Nor’Ashikin Karman, 49, berkata dia tidak mempunyai wang yang banyak untuk melakukan pembedahan.
” Saya tidak melakukan pembedahan pada bibir, itu hasil dari arwah ayahanda saya, Ustaz Karma mempunyai bibir yang tebal.
” Saya tiada duit yang banyak untuk lakukan pembedahan pada wajah, hidung yang mancung itu hasil dari arwah mak saya berketurunan Arab iaitu Sherifah Salmah Aljunied.
” Lebih baik guna duit untuk infaq pada insan-insan yang memerlukan atau belanja pada anak-anak sendiri dan sahabat.” tulisnya.
Dalam masa sama, pelakon drama Spa Q itu berkata dia seorang yang takut kepada alatan tajam dan mengakui tidak tahan sakit sekiranya melakukan pembedahan pada wajah.
” Saya tidak berani untuk melakukan apa-apa yang berkaitan pisau. Hanya empat kali pembedahan caesarean bagi melahirkan anak.
” Saya tidak boleh tahan sakit jika berbuat apa-apa berkaitan implan pada wajah. Tidak juga akan melakukan botox kerana saya hiperaktif sehingga tidak mampu tahan sakit.” tambahnya.
Justeru, Norish berkata dia tidak mengambil pusing terhadap tomahan yang dilemparkan, sebaliknya hadapi dengan senyuman.
Meninjau di ruangan komen, ada yang memuji Norish sememangnya cantik semulajadi. Malah ada juga mengakui bahawa hidung milik Norish itu betul-betul tulen.
Sumber: Instagram @thenorishkarman
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam sebuah temubual eksklusif bersama Majalah Keluarga, Ezwan Mohamad Zain atau dikenali juga sebagai MR E, pengasas Kueh Cafe, membuka lembaran baru tentang persahabatannya...