“Biasalah, Pegang Pensil Salah, Warna Terkeluar Garisan, Gunting Kertas Bergigi-Gigi. Tulisan Ya Rabbi!” Guru Ini Nasihat Jangan Bagi Tekanan Anak Darjah 1, Ini Sebabnya!

Share

Tahulah anda setiap anak-anak itu perkembangannya tidak sama dengan anak yang lain. Sikap membandingkan anak dan memberi tekanan agar mahir semua perkara sejak kecil akan memberikan impak yang negatif kepada anak itu.

Begitu juga soal pembelajaran, menurut guru ini, untuk murid darjah satu seharusnya tidak diberi tekanan. Katanya lagi,  perkara utama adalah menyampai nilai dan mesej dalam pembelajaran.

Ikuti lanjut penjelasan guru ini, semoga jadi panduan untuk tidak terlalu mendesak anak-anak untuk mempunyai tulisan dan lukisan yang cantik. Didik anak mengikut kemampuannya.

” Apalah, duduk rumah pun kerja buruk”

” Mak ayah tak pantau ke anak-anak buat kerja. Senget benget tampal”

“Tulisan buruk ya amat, macam cakar ayam. Mak ayah awak tak ajar ke ?”

Fuh, berdesing telinga. Kali ni memang masak mak ayah kena dengan para guru.

Nanti dulu.

Budak darjah 1 ni fokus utama adalah nilai dan mesej dalam pembelajaran. Mereka ini perlu diterapkan dengan kefahaman. Skill atau kemahiran itu kemudian.

Biasalah, ada ketika pegang pensil salah, warna terkeluar garisan, gunting kertas bergigi-gigi. Tulisan ya rabbi ! Guru Ini Nasihat Jangan Bagi Tekanan Pada Anak Sekolah Rendah, Ini Sebabnya Kena Tahu. 

Tapi jika susunan guntingannya betul, itu satu kejayaan. Tulisan buruk tapi ejaan betul, itu satu kemajuan. Gunting bergigi-gigi tapi susunan mengikut arahan, itulah kejayaan.

Yang kita nak nilai ialah motor halus dan cara mereka selesaikan masalah. Tak kisah bagaimana cara dia nak selesaikan asalkan selesai.

Budak cara budak. Orang dewasa cara dewasa.

Sama juga kalau budak makan bersepah, itu biasa. Tapi kalau bapa makan berterabur, ada benda yang perlu diperbetulkan.

Hakikatnya. Jika ada anak darjah satu, tuan puan jangan terlalu menekan atau mahukan kesempurnaan. Pujilah usaha yang telah mereka lakukan.

Sumber: Mohd Fadhli