
Mendidik anakk-anak kena bermula daripada kecil, barulah melekat di hati. Bak kata pepatah , melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Demikian juga dengan penyanyi dan usahawan kecil molek ini. Dalam satu perkongsian di laman instagramnya sebelum ini, Mila Jirin memuat naik sepotong video yang memaparkan anak lelakinya sedang mengambil wuduk.
Gelagat si kecil bernama Mohd Aris Zikri yang kini berumur tiga tahun cukup menarik perhatian.
Apa tidaknya, disebabkan baru belajar mengambil wuduk, habis lencun pakaian yang dipakai.Tetapi dia tidak kisah, sebaliknya tetap meneruskan sehingga selesai.
Habis LENCUN,”kongsi Mila di ruangan kapsyennya.
Dalam pada itu, dia turut mengajar satu persatu langkah mengambil wuduk kepada anak tunggalnya itu sehingga selesai.
“Basuh tangan dulu, lepas tu kumur. Pandai.
“Basuh hidung, basuh muka dan baca bismillah.” ujar Milla sambil mengajar anaknya dengan sabar dan lembut.
Gelagat comel anak Mila mengundang perhatian ramai.
Sumber: mila_jirin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ketahui Cara Komunikasi Agar Suami Makin Sayang

Sebagai isteri sudah pasti kita mahu suami sentiasa sayang kita kan? Namun, kadang-kadang bicara kita menyebabkan suami tersentuh kalbu, kadang-kadang merajuk dan paling takut mereka mengamuk. Apabila suami macam ni, makan hari juga kan nak memujuk, betul tak?
1. Katakan “Tidak”
Katakan “tidak” pada cacian dan makian. Apabila anda ataupun suami anda menggunakan perkataan yang tidak baik atau kasar, maka perlu saling menegur dan memberi nasihat. Perhatikan bagaimana segelintir pasangan begitu mudah memanggil pasangan mereka dengan bahasa yang kasar, memaki dan sebagainya. Perkara ini akan membawa kepada pergaduhan dan dendam. Setiap hari praktikkan penggunaan bahasa yang lebih baik serta berakhlak.
2. Benar itu Pahit, Ia Penawar Mujarab
Berkata benar itu memang pahit, tetapi itulah perkara yang betul. Pernah tak anda terfikir bagaimana nak tegur suami anda yang tidak menunaikan solat? Apabila ditegur pasti mendapat reaksi yang negatif. Jangan risau, apa tip untuk berkata benar. Tipnya ialah berkata benar dengan hikmah. Bukan kita kritik atau komen yang menyinggung perasaan. Ramai yang menegur secara kasar dan menjatuhkan air muka pasangan. Seperti masalah tidak tunaikan solat, kita boleh mula dengan diri kita sendiri dahulu, tunjukkan kepada pasangan kita yang kita sedang menunaikan solat, sediakan sekali sejadah di tepi tempat kita tunaikan solat.
3. Mengalah Bukan Kalah
Pertelingkahan berlaku apabila tiada yang mahu mengalah. Bagi mengelakkan pertelingkahan atau perang mulut, kita perlu mengalah. Percayalah, mengalah bukan bererti kalah. Sebenarnya, kalah dapat menjernihkan suasana yang kusut dan mendamaikan perasaan yang sedang berceramuk. Sekiranya suami anda meninggikan suara, anda perlu menggunakan kelembutan supaya ia tidak berpanjangan.
4. Setuju untuk Tidak Bersetuju
Rumah tangga yang harmoni adalah rumah tangga yang kerap mengadakan diskusi atau perbincangan dua hala antara pasangan. Dalam perbincangan pasti ada yang tidak bersetuju, maka setuju untuk tidak bersetuju itu perkara biasa. Komunikasi berkesan antara pasangan bukan semata-mata memberi persetujuan atau mengikut dengan membuta tuli kehendak pasangan sehingga menyalahi syariat. Oleh itu, menyatakan tidak setuju itu boleh dengan syarat bukan perkara yang sudah diputuskan agama dan tidak menyalahi syariat.
5. Jadilah Pendengar yang Baik
Mendengar dengan baik juga adalah salah satu daripada cara yang berkesan dalam komunikasi rumah tangga. Mendengar ini sebenarnya adalah satu teknik bagi menunjukkan keprihatinan. Mendengar masalah pasangan pasti menambahkan erat perhubungan. Kita sering meremehkan hal ini kan, malas nak dengar suami bercerita sebab kita yang laju bercerita?
6. Diam Tanda Reda
Diam itu baik, ia perlu kena pada tempatnya. Dalam satu keadaan, diam juga menandakan persetujuan. Diam juga tanda reda, tetapi ada kalanya perbuatan ini diambil kesempatan oleh orang lain. Kita diam kerana tidak mahu sesuatu perkara menjadi lebih teruk. Sekiranya kita melihat suami kita melakukan hal tidak baik, maka berilah nasihat yang baik bukan diam ataupun memberi leteran kepadanya.
Ini Sebab Play Gym Wajib Ada, Bantu Rangsang Minda Anak

Sebagai ibu bapa pastinya ingin memberikan yang terbaik buat cahayamata. Lantaran itu, sejak anak masih kecil lagi ibu ayah akan membuat pelbagai perancangan untuk anak-anak.
Ia termasuk menyediakan ruang persekitaran yang selamat dan kondusif. Bahkan permainan yang digunakan mempunyai unsur-unsur pendidikan.
Hakikatnya membeli barang permainan anak-anak bukan suatu yang mudah. Tersalah beli boleh menjejaskan potensi pembelajaran dan perkembangan anak-anak.
Salah satu permainan yang menjadi perhatian ibu ayah semasa anak masih kecil adalah play gym. Ia merupakan permulaan aktiviti yang baik untuk merangsang minda anak yang masih kecil.
Apa itu Play Gym
Play gym merupakan ruang permainan yang menyediakan pelapik kain yang berwarna terang dan lembut dengan beberapa mainan yang menjuntai di atas kepala bayi. Mainan yang ada di play gym bervariasi. Ia dilengkapi lampu plastik, cermin, piano kecil, kerincingan, dan sebagainya.
Bila waktu yang sesuai untuk bayi
Play gym sesuai untuk bayi yang berusia tiga bulan ke atas. Ia adalah waktu paling sesuai untuk bayi menggunakan play gym kerana ketika ini bayi semakin aktif menggerakan tangan dan mata. Bahkan bayi akan berusaha meraih dan menggenggam mainan yang menjuntai atas kepalanya.
Ciri-Ciri Play Gym Mesti Tahu
1.Merangsang penglihatan bayi
Bayi yang baru berusia beberapa hari hanya boleh melihat dari jarak dekat. Seterusnya ketika berusia sekitar dua hingga tiga bulan, bayi mampu mengalihkan pandangan atau fokus dari satu objek ke objek lain yang berjarak sekitar 20 cm dari mereka.
Mereka juga tertarik pada warna kontras yang cerah. Mainan dan gambar berwarna cerah dan kontras di play gym akan membantu meningkatkan dan merangsang deria penglihatan bayi.
2.Meningkatkan perkembangan kognitif
Mainan yang digantung pada play gym sengaja dirancang untuk merangsang imaginasi bayi. Sementara, bunyi, bentuk, warna dan tekstur juga bantu merangsang perkembangan mental dan kognitif pada bayi.
Lebih menarik susunan permainan yang teratur play gym membantu bayi mengenali warna dan tekstur yang berbeza. Beberapa play gym turut dilengkapi cermin sehingga bayi dapat melihat wajahnya sendiri dan mengenali dirinya sendiri. Semua ini dapat membantu bayi mempercepat mengenali diri dan perkembangan mentalnya.
3.Rangsangan minda
Permainan yang berkaitan dengan deria seperti ply gym dapat membantu dalam merangsang otak bayi anda. Permukaan dan tekstur yang pelbagai dapat merangsang deria bayi anda di samping mengasah kemahiran mereka dalam mengenal pasti dan berfikir.
Berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh Slamet Suyanto (2019), walaupun sel saraf otak bayi tidak bertambah seperti perkembangan fizikal mereka, tetapi pembentukan mielin dan hubungan antara sel saraf masih berterusan.
Oleh itu, kajian ini mencadangkan ibu bapa untuk melakukan aktiviti ataupun bermain dengan bayi anda supaya hubungan antara sel saraf akan makin bertambah kerana ia dapat membantu dalam meningkatkan kecerdasan otak anak anda.
4.Meningkatkan kemahirang motor halus
Bermain dengan play gym dapat membantu bayi mengembangkan kemahiran motor halus. . Mainan yang menjuntai dari play gym mendorong bayi untuk meraih dan menggenggamnya.
Bahkan, aktiviti kepada permainan cermin plastik yang memantulkan wajah bayi atau bunyi permainan, akan membuatkan bayi mula menendang-nendang kakinya. Gerakan seperti meraih, menendang, dan menggenggam membantu perkembangan otot di sekitar kaki, lengan, leher, dan perut.
Jadi, buat ibu ayah yang risau bimbang tersalah pilih
Permainan Simple Dimple Activity Playgym adalah alat bantu yang dapat membantu merangsang bayi anda.
Berikut ciri-ciri yang ada pada Simple Dimple Activity Playgym untuk perkembangan bayi anda
- Sejak lahir dan ke atas.
- Bantal kecil yang ‘cute’
- Permainan interaktif & aktiviti seperti mainan squeaker toy, soft rattle, rattle keys dan cermin kecil.
- Permainan asas yang mesti ada untuk bayi yang sedang membesar. Aktiviti playgym akan membuatkan bayi sibuk selama berjam-jam.
- Sangat sesuai untuk merangsang koordinasi tangan mata bayi, perkembangan deria, imaginasi, penerokaan, tumpuan dan kemahiran menyelesaikan masalah.
- Merangsang perkembangan otak bayi melalui permainan yang menyeronokkan
- Tiada bahan toksik & memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa.
- Anggaran Saiz : 90D cm
“Sambut Dengan Air Mata, Lega Dapat Peluk & Cium.” Takut Bila Anak Jadi Fenomena, Ibu Harap Abang Viva Tak Bangga Diri

Kisah pemuda berusia 29 tahun itu yang lebih dikenali sebagai Abang Viva membawa bot angin dengan menaiki Perodua Viva ke Selangor bagi menyelamat mangsa banjir mencuri perhatian ramai yang bangga dengan keikhlasan ditunjukkannya.

Menurut Norbibah, 66, dia tidak menyangka tindakan anaknya itu menjadi tular dan mendapat perhatian ramai kerana ramai lagi individu yang turut tampil membantu mangsa banjir.
Katanya, dia hanya mengetahui kisah anaknya tular selepas terbaca di Facebook sebelum menghubungi dan bertanya kepada Azwan apa yang berlaku.
“Walaupun saya tahu dia lasak dan mampu lakukan tetapi jauh di sudut hati bimbang akan keselamatan dirinya.
“Setiap kali terfikir dirinya, saya akan mendoa agar Allah lindunginya kerana sebarang kemungkinan boleh berlakunya dengan keadaan arus deras dan paras air yang tinggi,” luah Norbibah Hashim, ibu kepada Azwan Omar.
“Ketika hubunginya dan bertanya kenapa sampai gambarnya ada di Facebook dia sendiri tidak tahu. Memang saya tidak sangka dia akan mendapat perhatian sebegitu.
“Sebenarnya apabila dia jadi seperti ini saya agak takut kerana dulu orang tidak kenal, sekarang lain,” katanya.
Katanya, sebagai ibu dia amat berharap dengan apa yang berlaku ini anaknya tidak akan membangga diri.
“Dia sebenarnya tidak banyak cakap tetapi tegas. Apa yang saya harap dia tidak membangga diri tetapi jangan merendah sehingga dipijak.
“Bagi saya bila sudah jadi seperti ini dia ibarat berada di ‘highway’ (lebuh raya) di jalan yang besar, lebar, cantik dan terang tetapi jangan lupa untuk menoleh ke belakang lihat dari lembah mana kita datang,” katanya.
Menurut Norbibah lagi, kepulangan Azwan pada petang Rabu selepas dia menamatkan misi menyelamat amat dinantikan dan meninggalkan kesan buat dirinya.
“Semalam memang lain, kepulangan dia disambut dengan air mata, lega rasanya dapat peluk dan ciumnya,” katanya.
Sumber: Harian Metro
ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!
ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club