
Peribahasa ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi, maksudnya begitu mendalam bagi keluarga bekas komando Abdul Halim Mat Ludin, 61 ini.
Darah perwira dan cintakan negara yang ada dalam dirinya terlihat mengalir di dalam jiwa cucunya Muhammad Haziq Muhammad Hariq,6.
Menurut laporan yang dikongsikan Bernama tentang kisah yang cukup luar biasa ini, benarlah melentur buluh itu biarlah dari rebungnya.Demikian yang diperaktikkan oleh datuk kepada cucunya itu.
Menurutnya, “Kita nak latih masa dia budak. Bila dah tua, 7, 8 tahun.. masa tu dah tak jadi.”
“Dari umur dia kecil lagi saya sudah terapkan minat dia terhadap tentera, saya belikan alat-alat senjata mainan, dan saya letakkan pada tubuhnya ketika dia tidur, supaya minat dia timbul.
“Setiap kali lepas mandi, lepas menyusu ibunya dan bila-bila masa saja, saya akan letak senapang itu.”
“Kemudian bila dia sudah besar sikit saya mula latih dia, tiap-tiap hari saya bagi latihan berdasarkan latihan yang saya terima semasa di kem dahulu, termasuk jalan lasak, kedudukan menembak, berenang, memanjat tali, masuk hutan dan lain-lain lagi.”
Jahitkan Baju Celoreng
Selain itu, Abdul Halim juga menjahit sendiri baju celoreng untuk cucunya, yang dipakai setiap kali melakukan semua latihan tersebut.
Menjelas lanjut, beliau berharap dengan semua latihan tersebut, akan membolehkan Muhammad Haziq membesar dengan penuh disiplin dan memiliki ketahanan mental serta fizikal yang tinggi.
“Saya juga berharap dia dapat mengikuti jejak langkah saya masuk komando dan dia dapat ambil alih tempat saya suatu hari nanti.”
Didoakan semoga suatu hari nanti apa yang diusahakan oleh datuk dan cucu ini menjadi kenyataan….Amin.
Sumber : Bernama
Rupanya Ini Cara Nak Simpan Tauhu Agar Tahan Lama. Wanita Ni Kongsi Tip Dari Mentua

Biasanya kalau beli tauhu di kedai, tak boleh simpan lama sebab mula terasa masam kan. Sayang pula kalau yang beli banyak, membazir kalau masam. Cuba tip mudah ini untuk memastikan tauhu yang dibeli tahan lama dan tidak berbau atau masam.
Perkongsian ini dimuat naik oleh puan Ani Zam. Katanya tip tersebut diperoleh daripada ibu mentuanya.
Salam Jumaat
Hari ini nak share tips simpan tauhu agar tahan lebih lama. Tips ini saya dapat dari ibu mertua saya 😀😀. Pastikan beli tauhu yang masih elok dan tidak berbau masam
Cuci bersih menggunakan air paip. Kemudian rebus tauhu selama 10 minit atau hingga mendidih
Bila sudah sejuk , simpan di dalam bekas yg berisi air tapis / air masak hingga menenggelamkan tauhu tersebut. Simpan di dalam peti sejuk. Boleh tahan sehingga seminggu
Selain itu, puan Siti Halimah Mohd Yassin turut berkongsi tip untuk tauhu tahan lama.
Perah sebijik limau kasturi supaya tauhu tak cepat busuk, berlendir. Tahan lebih lama…
(cara2 nya basuh tauhu,, masuk dlm bekas, letak air suam atau air paip/masak simpan dlm peti sejuk.). Selalunya saya simpan sampai seminggu. Kdg sampai 2 minggu.
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Berhenti Kerja Tak Salah, Ubah Diri Sendiri Demi Keluarga, Wanita Ni Dah Buktikan Mampu Berjaya!

Kesempitan hidup buat isteri lebih tabah dalam menjalani kehidupan. Lebih kuat bila mana teringatkan anak-anak yang masih kecil. Walaupun makan gaji namun memilih jalan untuk berhenti kerja memang susah untuk kita lakukan.
Wanita hebat, Mcyah Joanjett sudah pun membuktikan keputusannya untuk berhenti kerja dan menjalankan perniagaan sendiri. Malah berkat usaha dia mampu membuktikan kejayaannya kepada keluarga. Memang menarik!
Sejak akhir-akhir ni hangat isu BERHENTI KERJA/RESIGN. Berbaloikah?
Salam perkenalan dari BEKAS PENJAWAT AWAM PPKP GRED U29 . Atau lebih dikenali dengan jawatan INSPEKTOR KESIHATAN.
Ramai yang berhenti kerja hidup senang-lenang, berjaya dan mewah. Tak kurang juga yang merempat, menyesal dan mengais pagi makan pagi demi sesuap nasi.
Genap 3 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam, suami pula genap 1 tahun. Masa ni aku partime buat kuih tapi penat sangat sebab anak dua-dua kecik. Dua-dua masih tak reti bertatih. Fuhh. Kehidupan bertambah berat apabila suami terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa pulang dari kerja.
Cuti sakit selama 400 hari. Disini bermulanya keperitan hidupku. Di rumah akulah ibu akulah bapa, akulah isteri akulah suami. Dulu masa suami sihat ada juga duit lebih sebab dia partime buruh kasar. Sekarang memang zero lah. Harapkan separuh dari gaji U11 memang tak tertanggung.
Pagi-pagi sebelum kerja, aku hantar anak ke taska. Kemudian aku akan ke tempat kerja punch card dan minta kebenaran bos keluar urus suami. Aku akan balik siapkan suami untuk dibawa ke klinik terdekat bersihkan luka. Siap dia makan minum aku akan masuk kerja semula.
Petang-petang balik kerja, selepas amik anak aku akan bawa mereka pusing-pusing dengan kerusi roda. Kesian juga suami bosan terperuk dirumah. Keadaan ini sukar kerana kami tinggal jauh dari kampung dan keluarga. Minta tukar balik kampung tapi tak ada
rezeki.
Apabila keadaan suami beransur pulih. Aku tekad nak ubah nasib keluarga, aku mohon sambung pengajian supaya boleh naik pangkat atau mohon pekerjaan lain. Harapan aku, boleh la hidup senang sikit gaji besar. Suami dengan patah kaki sanggup hantar aku sampai depan asrama di USM Pulau Pinang.
Tapi aku lupa, jika kau tak berduit, secomel mana pun anak kau, sebagus mana pun anak kau, takkan ada orang yang sudi jaga mereka dalam tempoh masa yang lama walaupun saudara mara. Aku betul betul terkesan dengan isu ini. Aku sempat belajar 6 bulan sahaja.
Kemudian aku terminate walaupun ia sebuah impian besar. Dahla time tu suami terpaksa pinjam duit RM1k untuk bayar yuran pendaftaran pengajian aku. Maafkan aku.
Aku kembali bekerja seperti biasa dan uruskan anak-anak serta suami yang masih bersimen kakinya. Aku pinjam duit tabung di pejabat sebanyak RM2,000, campur duit gaji kami, campur simpanan dalam tabung haji dan aku ajak suami ke Vietnam untuk beli barang niaga. Jenuh jugak bawak dia dengan berkerusi roda, imegresen tanya macam-macam hihi.
Aku bagi alasan bawak suami sakit ke sana untuk berubat haha. Suami boleh berdiri dan berjalan dengan kaki simen tapi tak boleh lama nanti sakit. Sukar jugak nak kemana-mana sebab kami tambang taxi motor je. Nak naik yang kereta takut lari bajet.
Walaupun sukar kat sana, kene tipu hidup-hidup, dibawa lari oleh taxi moto tu. Maklumlah first time sampai sana. Tapi akhirnya kami boleh juga beli tudung dan kasut untuk dibawa balik Malaysia. Aku jual online dan offline. Pukul 8pg-5ptg kerja seperti biasa. Rehat
pukul 1-2 ptg orang lain pergi makan, aku pulak sibuk cod dan pos barang. Bonet kereta lah kedai aku. Hehe.
Malam jual secara online dan packing barang. Kadang suamilah yang tolong tulis borang dan packing di rumah. Hujung minggu aku berniaga di pasar malam. Alhamdulilah rezeki sentiasa ada.
Dari order barang dengan supplier 2 kotak je, dah jadi berkotak kotak. Dari 2-5 parcel dah jadi 10-20 parcel sehari. Dari simpan stock atas katil, dah boleh order rak buat mini stor. Syukrann. Order tak putus-putus, online offline sama-sama ligat. Tak kurang yang nak jadi ejen.
Dari buat sorang-sorang dah ada 20 orang ejen. Kemudin aku tak dapat nak tumpukan perhatian pada kerja hakiki. Setelah buat keputusan dan sediakan payung sebelum hujan, aku pun buat keputusan berhenti kerja. Apa yang paling buat keluarga dan orang
sekeliling terkejut adalah, kami suami isteri resign serentak bersama pada hari dan tarikh yang sama.
Apa kata keluarga? Fuhh memang krisis betul. Dalam 7 beradik, aku sorang je yang keje makan gaji. Bak kata pepatah, akulah harapan keluarga. Memang mak aku merajuk tak mau bercakap dengan aku. Marah. Ayah pula redha. Tapi muka dia kesal. Keluarga sebelah Suami? Sama juga weh. Ayah dia, abang adik dia semua kerja makan gaji, takkan nak pecahkan tradisi keluarga kenn. Huhu
Aku cakap dengan suami, takpe kita sama-sama bangkit dan buktikan yang kita boleh. Kami berdua buat bisnes masing-masing. Suami buruh kasar, dia dah mula masuk kursus, pergi kelas, buat lesen pembinaan. Aku juga sama, ke majlis-majlis ilmu, bina team luaskan rangkaian marketing. Sebulan selepas resign, aku pregnant anak ketiga, tapi aku tetap gigih ulang alik ke kilang di Vietnam untuk shipping barang.
Alhamdulillah sekarang genap 1 tahun kami berhenti kerja dan selamat menimang cahaya mata ketiga. Suami dari gali lubang sendiri, pasang paip sendiri, sekarang dah punya sebuah syarikat construction dan team bernama #tz9088construction. Pelbagai job kerajaan dan swasta suami aku dapat.
Syukur. Aku juga sama, dah punya office sendiri, gudang sendiri, pekerja tetap dan sambilan, hampir 700 orang ejen di bawah naungan #9088legacySDNBHD dan 5 transport hasil jualan online. Dari zero emas sekarang kumpul 1kg lebih dah.
Allahuakhbar.. aku sangat gembira walaupun aku tak sehebat dan semewah orang lain tapi aku lebih hebat dari aku yang dulu. Terlalu cepat dan singkat masanya. Segalanya untuk sebuah kehidupan yang sempurna. PTPTN aku dah bayar cash lega di dada. Nampak simple tapi aku sangat struggle untuk buktikan segalanya.
Kongsi Tip
Apa aku buat SEBELUM BERHENTI KERJA?
– Aku pastikan bisnesku stabil selama 6 bulan.
– Gigih simpan 6 bulan gaji.
– Ada bisnes planner
Apa yang aku buat supaya aku boleh sustain dalam bisnes selepas resign?
– Jaga hubungan dengan Allah, ibubapa, keluarga.
– Aku hadir majlis ilmu.
– Aku tidak membuat pinjaman bank dalam perniagaan.
– Aku melibatkan diri dalam kebajikan sukarela.
– Zakat dan cukai wajib bayar.
– Gigih marketing.
– Realisasikan impian orang tersayang.
– Abaikan cakap cakap orang sesungguhnya ia akan membuat kita rasa down.
– Sentiasa berfikiran positif, bersangka baik dengan Allah dan tidak putus asa.
Pilihan di tangan kita sendiri. Harus seiring dengan usaha dan semangat kental. Allah sentiasa ada bersama kita, kita sahaja sering kali melupakannya. MasyaAllah. Janganlah kita cemburu dengan rezeki orang lain. Sesungguhnya kau tidak akan pernah rasa kesukaran yang mereka hadapi. Keperitan yang mereka alamai. Kesakitan yang mereka rasai. Bebanan yang mereka tanggung.
PASTI AKAN HADIR PELANGI SESUDAH HUJAN.
Kredit: Mcyah Joanjett
“14 Tahun Berkahwin, Empat Kali Buat IVF Gagal. Saya Reda.” Perkongsian Isteri Adi Putra Buat Netizen Sebak, Titip Nasihat Jangan Berhenti Doa & Usaha.

Isi Kandungan
ToggleWanita mana yang tidak mendambakan kehadiran insan kecil terisi di dalam rahim mereka. Doa dan usaha tidak putus-putus agar Tuhan memakbulkan rezeki yang satu ini.
Namun Kun Fa Ya Kun, yang berusaha hanyalah insan biasa, penentu segalanya adalah sang Pencipta. Jika belum diberikan rezeki itu, maka reda dan terima dengan hati terbuka. Pasti suatu hari nanti, doa tersebut didengari.
Bagi isteri pelakon popular, Datuk Adi Putra, Datin Aida Yusof akui reda menantikan rezeki kehadiran cahaya mata walaupun sudah lebih 14 tahun berkahwin.
Berkongsi kisah dalam satu temu bual bersama majalah Nona baru-baru ini, akui isteri kesayangan pelakon Dato’ Adi Putra ini, dia reda biarpun Tuhan belum mengurniakan rezeki zuriat buat mereka.
Berkongsi satu video pendek menerusi laman instagramnya, Aida mengakui sudah empat kali menjalani kaedah rawatan kesuburan persenyawaan luar rahim atau in-vitro (IVF).
Hasil rawatan tersebut, dia pernah hamil kembar sebanyak tiga kali manakala yang terakhir adalah kembar tiga (triplet).
“Sepanjang 14 tahun berkahwin, jujurnya saya dah pernah buat IVF empat kali… Tiga kali mengandung kembar dan yang terakhir sekali triplet.
“IVF tak membebankan walaupun saya terpaksa ambil suntikan setiap hari di kiri dan kanan perut. Saya tetap tidak berputus asa kerana saya sukakan kanak-kanak. Dapat seorang pun okay.
“Suami banyak beri semangat. Selagi belum ada rezeki kami akan terus cuba. Saya ambil semangat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dia tunggu 11 tahun untuk dapatkan zuriat,” ujarnya yang memiliki dua anak angkat reda walaupun tak dikurniakan anak sendiri.
View this post on InstagramA post shared by AIDA YUSOF #taatpadayangsatu (@aidayusof786) on
Perkongsian Aida itu mendapat respond daripada pengikutnya yang rata-rata memberikan kata semangat selain turut berkongsi pengalaman sendiri.
idamiazul Janji Allah pasti… klu tiada di dunia yg sementara ni.. .. Allah simpannya di syurga yg kekal abadi…
ciknoreen Akk kuat semoga sya pun kuat cm akk Tp blm ada rezeki nk bt IFV..sapa kwin tknk ankk kannn..sedihhh doakn sy jgkkk @aidayusof786 ❤️?
nora03lynda_jfr Saya doakn Semoga dpt zuriat, Semoga Allah swt permudahkn segala urusan mu. Aamiin..U such a Very Strong lady!? Terus Tabah dn Sabar sis..in shaa Allah suatu Hari nnti..??? Aamiin ???? @aidayusof786
khaizuranjaddiniy Dengan izin Nya..saya pun 14 tahun kawin baru di kurniakan zuriat ..syukur alhamdulillh..bersabarlah.. InsyaAllah Datin..Allah swt lebih mengetahui segala2nya.
kina_zana_ InshaAllah semoga suatu hari nnt ada malaikat kecil hadir dlm rahim sis , semoga dipermudahkan sgalanya … Aamiin
lady_nabilah InshaAllah ada rezeki abg adi dan kak aida.. Ya Allah semoga di murahkan lagi rezeki dan di kurniakan anak yang soleh solehah kepada abg adi dan kak aida.. Amin
noorfahanim83 Sabar ye sis @aidayusof786 ..saya sudah 3x buat rawatan ivf tpi belum ada rezeki..kali 3 buat ivf lekat tapi 2minggu lpas tu turun darah?.happy sngat masa tu tapi saya redha itu bukan rezeki saya lagi..saya pun dah 14 tahun berkahwin
fazlina24 Inshaa Allah semoga ada rezeki nanti @aidayusof786 #12 tahun perkahwinan sy ambil anak dan jd anak saudara susan sbb adik suami susukan.. dan alhamdulillah 17 thn sy pregnant anak 1st…
madihaamani8 Allah sebaik2 perancang datin… Sy 13thn tkde anak.. Gugur lg… Berkat sy sabar dn byk kn bedoa sy dikurniakan anak istimewa..Alhamdulillah..sy dipilih utk mmbsrkan anak syurga.. Sabar byk2 ye datin.. Allah tau apa yg tbaik utk hambanye.. ?
nura.zainal Puan @aidayusof786 .. adik kepada akak ipar saya 17 tahun berkahwin baru dikurniakan zuriat. Sekarang tengah mengandung. Rezeki Allah bukan hanya pada zuriat semata-mata. Dikurniakan suami yang baik dan orang sekeliling yang positif pun dikira rezeki?. InsyaAllah ada rezeki untuk Puan. ?
ctnurahkassim Saya 28 tahun juga tak ada rezeki… Ivf pun buat juga… Tapi kami suami isteri redha
haida79 Mungkin ada hikmahnya…. Saya 12 thn kawin belum dikurniakan anak… Tahun lepas saya gugur saya tak tahu pun mengandung…. Tak terucap dengan perasaan tapi saya kena redha kuat semangat untuk kembali sembuh dlm masa berpantang… Saya ubati perasaan sendiri sampai saya berdoa agak x de kawan2 DTG melawat saya x nak menangis…. Tapi Allah maha mengetahui apa yang dia rancangkan
danishaida1414 in shaa allah 1 hari allah akan kurniakan rezeki buat akak dan @adpadiputra ..cuma cepat dan lambat je..allah nk menguji seseorang tuh sbb sayangkan kita.Dia nk tgk tahap kesabaran kita..sy doakan akak dan adi diberikan rezeki anak yg soleh n solehah..aamiin..??
Sumber: IG aidayusof786