Mengurus anak-anak 24 jam di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini mungkin ada yang terasa memeningkan kepala.

Malah tidak kurang juga berasa letih seharian membuat kerja rumah dari pagi hingga ke malam dan sedangkan anak-anak sibuk pula menyepahkannya.

Sebenarnya hal ini seakan dapat diuruskan dengan sempurna jika kita mewujudkan SOP sepertimana yang  disarankan oleh ibu anak sembilan ini.

Ini perkongsiannya.


Bukan dalam perniagaan dan sekolah sahaja diperlukan SOP, keadaan di rumah pun sama. Sepertimana kita bertegas dengan pekerja kita, begitu juga kita kena garang dengan anak-anak bila di rumah, supaya ikut SOP rumah.

Garang bukan bermaksud kita mesti nak bantai atau pukul je, tidak.. Garang tu maknanya kita bertegas dengan anak-anak supaya ikut apa yang masing-masing kena buat.

Biasakan Anak Dengan SOP Urus Kerja Rumah. Ibu 9 Anak Ni Kongsikan Caranya!
Gambar hiasan

Sebab, cuba bayangkan kalau la tidak ada SOP di rumah, kaulah nak kena masak, kaulah, nak basuh kain, jemur kain, nak kumpul pinggan mangkuk kotor kemudian nak basuh, kutip mainan bersepah, angkat kain di jemuran, lipat kain, kemas rumah, sapu sampah dan segala macam jenis mak nenek kerja rumah kau kena buat. Masa tu makan pun dah tak lalu sebab dah terlalu penat.

Lepas kemas, anak buat sepah lagi dan kau kemas lagi…

IKLAN
Biasakan Anak Dengan SOP Urus Kerja Rumah. Ibu 9 Anak Ni Kongsikan Caranya!
Gambar hiasan

Anak-anak perlu dididik dengan SOP di rumah. Waktu sedang adanya perintah kawalan pergerakan, dengan keadaan anak-anak yang celik mata sahaja terus pergi ke dapur, kemudian bergaduh dan macam-macam lagi, waktu ini memang salah satu masa yang sesuai memperkenalkan SOP di rumah.

Bangun je terus lipat selimut, kemas katil.
Terus bangun mandi, tuala sidai, baju kotor masuk bakul.
Bila semua dah mandi, kumpul semua baju tadi, minta tolong salah seorang anak masukkan dalam mesin basuh, tolong masukkan sabun dan segalanya lah lagi.

Kemudian bagi anak-anak yang dah agak besar untuk sidai.

Lepas makan, masing-masing letak pinggan mangkuk di sinki. Yang sudah besar, boleh terus basuh, yang kecil, anak-anak besar bagi setelkan.

Macam-macam lagi kerja rumah yang perlu diajar pada anak-anak untuk buat. Dua-dua anak lelaki dan perempuan perlu diajar buat kerja atau ikut SOP rumah.

IKLAN

Mula umur 2 tahun pun dah boleh ajar dah. Memang tak semua yang dia boleh buat, cuma sekurang-kurangnya dia dapat tengok dan tahu apa yang perlu dan tak perlu buat. Letak kain di bakul, buang sampah di tong sampah, kutip mainan.

Biasakan Anak Dengan SOP Urus Kerja Rumah. Ibu 9 Anak Ni Kongsikan Caranya!
Gambar hiasan

Jadi apabila umur sampai pada 7 tahun, sekurang-kurangnya sudah boleh basuh pinggan atau cawan sendiri di sinki. Anak 9 tahun dah boleh tolong sidai kain, tolong jaga adik, tolong kemaskan lantai dengan mainan bersepah.

Anak 12 tahun dah boleh siang ikan, goreng keropok di dapur, dah uruskan kain, dah boleh gosok baju sekolah sendiri, mopkan lantai dan macam-macam lagi. Sesetengah tu yang mama fatim pernah dengar, siap boleh tolong basuhkan berak adik yang berumur setahun .

Anak-anak lelaki juga diajar dengan perkara yang sama. Tak ada istilah kerja rumah ni untuk anak-anak perempuan je. Takkan lah anak-anak perempuan buat kerja rumah, anak lelaki dibiarkan bermain je.

IKLAN

Cuma kita kena sentiasa bagi reminder kat diaorang.

Mak-mak, kita buat begini bukan maksudnya kita tak sayang anak. Kita buat begini supaya tak adalah kita terlalu terbeban dengan kerja rumah tangga dan pada masa yang sama kita nak didik anak berdikari dan tahu buat kerja. Satu hari nanti kita pasti tua dan tak ada tenaga.

Sebab nanti bila kita dah tak berdaya, anak-anak pula sudah besar dah umur puluh-puluh tahun, jangan pulak kita masih lagi membasuh dan melipat kain mereka, masih lagi menghidangkan makanan, menyendukkan nasi ke dalam pinggan mereka.

Sebab tu lah jangan pelik bila mak-mak kita dulu kadangkala suka berleter bila kita bermalas-malasan, dia nak suruh kita jadi rajin dan berdikari. Percayalah..

Dah jadi mak baru kita faham kan?

~mama fatim
Mummy 9 anak

sumber : Juriah H Mazlan 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI