Mengurus anak-anak 24 jam di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini mungkin ada yang terasa memeningkan kepala.
Malah tidak kurang juga berasa letih seharian membuat kerja rumah dari pagi hingga ke malam dan sedangkan anak-anak sibuk pula menyepahkannya.
Sebenarnya hal ini seakan dapat diuruskan dengan sempurna jika kita mewujudkan SOP sepertimana yang disarankan oleh ibu anak sembilan ini.
Ini perkongsiannya.
Bukan dalam perniagaan dan sekolah sahaja diperlukan SOP, keadaan di rumah pun sama. Sepertimana kita bertegas dengan pekerja kita, begitu juga kita kena garang dengan anak-anak bila di rumah, supaya ikut SOP rumah.
Garang bukan bermaksud kita mesti nak bantai atau pukul je, tidak.. Garang tu maknanya kita bertegas dengan anak-anak supaya ikut apa yang masing-masing kena buat.
Gambar hiasan
Sebab, cuba bayangkan kalau la tidak ada SOP di rumah, kaulah nak kena masak, kaulah, nak basuh kain, jemur kain, nak kumpul pinggan mangkuk kotor kemudian nak basuh, kutip mainan bersepah, angkat kain di jemuran, lipat kain, kemas rumah, sapu sampah dan segala macam jenis mak nenek kerja rumah kau kena buat. Masa tu makan pun dah tak lalu sebab dah terlalu penat.
Lepas kemas, anak buat sepah lagi dan kau kemas lagi…
Ads
Gambar hiasan
Anak-anak perlu dididik dengan SOP di rumah. Waktu sedang adanya perintah kawalan pergerakan, dengan keadaan anak-anak yang celik mata sahaja terus pergi ke dapur, kemudian bergaduh dan macam-macam lagi, waktu ini memang salah satu masa yang sesuai memperkenalkan SOP di rumah.
Bangun je terus lipat selimut, kemas katil.
Terus bangun mandi, tuala sidai, baju kotor masuk bakul.
Bila semua dah mandi, kumpul semua baju tadi, minta tolong salah seorang anak masukkan dalam mesin basuh, tolong masukkan sabun dan segalanya lah lagi.
Kemudian bagi anak-anak yang dah agak besar untuk sidai.
Lepas makan, masing-masing letak pinggan mangkuk di sinki. Yang sudah besar, boleh terus basuh, yang kecil, anak-anak besar bagi setelkan.
Macam-macam lagi kerja rumah yang perlu diajar pada anak-anak untuk buat. Dua-dua anak lelaki dan perempuan perlu diajar buat kerja atau ikut SOP rumah.
Ads
Mula umur 2 tahun pun dah boleh ajar dah. Memang tak semua yang dia boleh buat, cuma sekurang-kurangnya dia dapat tengok dan tahu apa yang perlu dan tak perlu buat. Letak kain di bakul, buang sampah di tong sampah, kutip mainan.
Gambar hiasan
Jadi apabila umur sampai pada 7 tahun, sekurang-kurangnya sudah boleh basuh pinggan atau cawan sendiri di sinki. Anak 9 tahun dah boleh tolong sidai kain, tolong jaga adik, tolong kemaskan lantai dengan mainan bersepah.
Anak 12 tahun dah boleh siang ikan, goreng keropok di dapur, dah uruskan kain, dah boleh gosok baju sekolah sendiri, mopkan lantai dan macam-macam lagi. Sesetengah tu yang mama fatim pernah dengar, siap boleh tolong basuhkan berak adik yang berumur setahun .
Anak-anak lelaki juga diajar dengan perkara yang sama. Tak ada istilah kerja rumah ni untuk anak-anak perempuan je. Takkan lah anak-anak perempuan buat kerja rumah, anak lelaki dibiarkan bermain je.
Ads
Cuma kita kena sentiasa bagi reminder kat diaorang.
Mak-mak, kita buat begini bukan maksudnya kita tak sayang anak. Kita buat begini supaya tak adalah kita terlalu terbeban dengan kerja rumah tangga dan pada masa yang sama kita nak didik anak berdikari dan tahu buat kerja. Satu hari nanti kita pasti tua dan tak ada tenaga.
Sebab nanti bila kita dah tak berdaya, anak-anak pula sudah besar dah umur puluh-puluh tahun, jangan pulak kita masih lagi membasuh dan melipat kain mereka, masih lagi menghidangkan makanan, menyendukkan nasi ke dalam pinggan mereka.
Sebab tu lah jangan pelik bila mak-mak kita dulu kadangkala suka berleter bila kita bermalas-malasan, dia nak suruh kita jadi rajin dan berdikari. Percayalah..
Kalau sudah jodoh tidak kemana. Itulah yang boleh dikatakan mengenai pasangan selebriti, Sabri Yunos dan isterinya, Angeline Tan atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan Yoke Yeah yang mengikat tali cinta pada Sabtu lalu.
Akui Angeline, suaminya adalah orang yang paling banyak mengajar dan mendedahkannya dengan ajaran Islam, meskipun sudah mempunyai sedikit pengetahuan agama melalui rakan-rakan.
“Saya terbuka hati memeluk agama Islam kerana Sabri banyak mengajar saya mengenai agama ini.
“Apabila berkawan dengannya, banyak dia ajar dan bimbing. Saya kagum tengok cara dia mengajar, dia guru pertama saya, ” katanya berkongsi.
Malah menurut Angeline lagi, suaminya itu bukan sahaja penyayang bahkan dia seorang lelaki yang ikhlas sejak mengenalinya lebih 30 tahun lalu.
“Sebenarnya kita tak rancang tetapi persahabatan yang terjalin sejak dulu bertukar menjadi sayang. Perasaan itu datang secara semulajadi.
“Semua yang baik ada dalam diri Sabri. Dia ikhlas, penyayang, prihatin dan paling penting boleh bimbing saya ke arah yang lebih baik,” luahnya lagi.
Angeline yang mengucap kalimah dua syahadah pada 26 September lalu di Kelantan disatukan bersama Sabri Yunos pada 14 Oktober lalu di Perlis.
Tambah Angeline lagi, dia bersyukur hasratnya untuk memeluk Islam dan sekaligus mengahwini Sabri mendapat sokongan baik dari dua anaknya dan keluarga.
“Alhamdulilah keluarga termasuk anak-anak terima dengan baik jadi saya perlu tunjuk contoh yang baik kepada mereka,” katanya lagi.
Berkat sabar dan tidak putus asa, akhirnya selepas tujuh tahun menanti, Juara Akademi Fantasia Megastar 2017, Idayu berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan bayi lelaki pada jumaat lalu di sebuah pusat perubatan di ibu kota.
Pun begitu, Idayu diuji apabila bayi diberi nama Aryan Rifai itu masih belum dapat bersama sepenuhnya.Menurut Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob, anaknya itu berdepan komplikasi semasa dilahirkan.
Katanya lagi, dia sepatutnya melahirkan anak sulungnya secara normal namun terpaksa dibedah selepas bayinya mengalami kekurangan oksigen kerana kepala tersangkut di tali pusat.
Diminta berkongsi perasaan ketika diberitahu perlu menjalani pembedahan, akui Idayu tidak kisah.
“Saya sendiri tak kisah sebab lain macam rasa rupanya baru tahu tali pusat sangkut. Sebab bukaan dah 8 cm tapi pelik tak lepas-lepas. Perasaan sebagai ibu waktu itu memang gementar sebab takut dia lama lemas.
Akui Idayu, biar terpaksa melalui kesukaran, namun sebagai ibu dia bersyukur kerana bayinya kini selamat dilahirkan.
“Jujur satu nikmat dan kepuasan saya sudah perolehi selepas melahirkannya. Apatah lagi perlu menunggu hampir tujuh tahun untuk menikmati semua ini. Macam tak sangka dah ada anak.
“Saya baru dapat rasa ini perasaan jadi mak rupanya. Celik mata je terbayang kat aryan, selalu doakan dia tapi dalam masa yang sama kerisauan hati seorang ibu itu tetap ada. Baru saya tahu ini perasaan seorang ibu yang sentiasa nak yang terbaik dan melindungi anak.
“Namun saya akur dengan ujian ini. Kuningnya pun sudah nampak beransur sedikit. Anak saya pun sudah dipindah dari Unit Rawatan Rapi (ICU) ke wad biasa.
“Tapi pagi ni alhamdulillah doktor cakap perkembangan makin ok. Oksigen ok stabil dah.
Demam kuning macam dah ok. Tinggal nak tunggu result x-ray. Nak pastikan tak ada jangkitan paru-paru. Minta dijauhkan.
Sebagai ibu, dia mengakui pelbagai rasa bermain dijiwa. Resah, gementar dan bimbang dengan situasi melanda anaknya.
“Saya jadi tak senang duduk melihat keadaannya. Saya tak mampu menyembunyikan kerisauan ini. Tapi saya harap anak saya kuat.
“Bayangkan selepas anak saya dilahirkan doktor terus pasangkan oksigen dekatnya. Saya pun dibius penuh saat melahirkannya.
“Selepas kelahirannya saya hanya dapat menyentuhnya sesekali saat melawat di ICU. Itupun tak boleh selalu.
“Doktor nasihatkan jangan terlalu kerap buat begitu kerana bimbang sakit kuningnya lambat baik. Kata doktor lagi, anak saya kena pulih sendiri supaya boleh cepat keluar hospital.
“Saya mohon semua dapat mendoakan anak saya. Saya perlu pendam dulu hasrat memeluknya erat,” katanya yang tetap akan meneruskan karier sebagai penyanyi atas restu suami asalkan bijak membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya.
Idayu berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anaknya itu di laman Instagram miliknya semalam.
Ruang komen dipenuhi dengan ucapan daripada netizen dan rakan selebriti yang turut mendoakan keadaan segala urusan Idayu dipermudahkan.
Idayu mendirikan rumah tangga dengan Shahrul Fadzil pada Mei 2014.
Siapa yang tak kenal pereka fashion yang dikenal ramai ini iaitu Rizalman. Rekaanya pakaianya diminati semua golongan. Malah rekaan juga menjadi kegemaran Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Semalam menerusi insta story Instagram miliknya, beliau muat naik pergi ke sebuah kedai bajet yang menawarkan harga murah serendah RM2.00.
Kebetulan kedai berkenaan yang terletak bersebelahan dengan Pusat Pengajian Al-Quran Al-Qari miliknya. Sehubungan itu, pereka fashion terkenal ini bersama anaknya mengambil kesempatan membeli belah di sana.
“Banyaknya, boleh beli satu kedai.” selorohnya ketika memasuki kedai berkenaan.
Beliau melahirkan rasa kagum dengan harga murah yang ditawarkan dengan pelbagai barangan di kedai berkenaan.
Riak wajah kegembiraan jelas kelihatan anak beranak ini membeli belah di kedai barang murah ini.
Biarpun mampu ke kedai mewah, Rizalman tak kekok untuk berada di kedai barang murah itu.
Gelagat anak beranak ini kelihatan bersahaja ketika melihat barangan kedai berkenaan.
Nyata, ia menunjukkan sikap rendah diri dan sederhana dalam diri pereka fashion ini.
Tabik Dato!
Dalam pada itu warganet memuji dan teruja dengan perkongsian beliau.
Sumber: Rizalman71 & Suriyana Haron
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Guru wanita trauma disamun tiga lelaki bersenjata parang di sebuah taska. Seorang guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila menjadi mangsa rompakan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Tali Air 11, Pasir Panjang pada pagi Isnin.