Tidak semua antara kita tahu tentang cat, ingatkan cat semuanya sama. Jadi apa kata sebelum ada yang ingin mengecat ruang rumah secara DIY di musim-musim PKP ini, baca dahulu perkongsian daripada Anis Bidin ini untuk info bersama.
“Kita share sikit tentang jenis cat putih dan fungsinya. Pkp ni ramai dari bukan kalangan tukang atau first timer end user mencuba untuk buat renovation kecil dan baik pulih rumah sendiri, bermula dari baik pulih hingga ke aktiviti mengecat rumah.
“Takpe jika pertama kali nak mulakan aktiviti cat atau masih kurang jelas, boleh refer gambar dan caption di bawah. Kita sama-sama kongsi ilmu, sedikit sebanyak semoga dapat membantu dalam membuat pilihan di hardware atau mana-mana kedai cat,” tulisnya di entry facebook group Tukang Apa Hari Ini.
Photo by Yoann Siloine on Unsplash
Suka Mencuba
Sebelum ni cat pilihan ialah Kansai Paint, pernah juga guna Jotun, Colourland dan Smart Paints, tapi sekarang PKP bertukar ke KCC Paint dan Mci Paint kerana harga lebih murah berbaloi, kualiti setanding cat jenama lain.
Sejenis suka mencuba, walaupun perempuan tapi kita memang dah biasa mengecat rumah, ayah dulu sebelum dapat kerja government. Kerja tukang kampung dan nelayan, dah biasa kerja-kerja kasar dari kecik kadang-kadang ikut ayah bantu buat kerja.
Sebelum ni pakai Jotuplast kadang-kadang pernah juga guna Maxxilite dari Dulux. Tapi dah jumpa Koreton Plus ni terus jatuh cinta, sapuan memang licin, pekat berkualiti. Boleh cuba nanti sama-sama kita review pro & konts.
Fungsi Berbeza
Cat emulsion atau biase orang panggil cat putih biasa, nak cat putih murah untuk dalam rumah. Sesuai untuk cat dalam rumah, boleh juga sapu untuk syiling kapur dan syiling abestos biasa, digunakan sebagai undercoat tapi sekadar untuk tutup colour lama atau conteng. Jika dinding simen kosong lapisan pertama, atau dinding dah rosak tak sesuai. Punoh sajo jee beli, wat letih mengecat orang kabo. Cat ni selain warna putih ada colour2 lain jugak ye, ni cat jenis ready made. 7 liter available untuk semua colour, 18liter available colour-warna tertentu sahaja.
Untuk lapisan dinding simen pertama kena pakai jenis wall sealer atau cat sealer. Baru dinding tahan lama tak berhabuk ,tak terkopak, bercapuk, sealer ni ada fungsi mcm gam akan protect dinding dan block resapan cat seterusnya. Guna ni ibarat skali seumur hidup, kalau dinding dah penah cat nak jimat boleh sapu cat emulsion je takde masalah. Cat ni dgn cat emulsion biasa yg ramai org keliru. So korang pasni kalau naik rumah baru tu, dinding simen baru, atau dinding yg masalah trkopak sebagainya tu. gi hardware kabo je nak cat wall sealer, wall sealer dengan undercoat beza ya!
Vinyl glow jenis cat kilat untuk dalam rumah. Kalau ada bajet lebih sikit, korang beli ni. Sekali sapu tahan lama, conteng-conteng kotor semua boleh lap jee setel! Tapi kalau jenis suka tukar-tukar cat setahun sekali, boleh beli cat air biase je atau cat jenis emulsion macm gambar no 1. LagIi satu kelebihan cat ni jenis cat bancuh so rambang mata weh pilih colour, korang boleh pilih pelbagai jenis tone dan pilihan warna bersesuaian dengan tema anda. Haa jangan ingat warna putih je ada tau, stanby je nak tema apa semua ada.
Korever ni mungkin jarang orang dengar. Korever formulasi dari brand kcc paint. Harga lebih jimat , tapi kualiti memang setanding jenama lain, tahan hujan panas untuk luar rumah. 3-4 tahun steady lagi, cat masih nampak macam baru. Tapi tahun ke 5 tu biasalah tengok keadaan jugak, ada yang ok lagi, ada yg start pudar-pudar dah. Tapi its ok masih tahan lama dari guna cat biasa kan. Cat weather ni banyak jenis brand ada, tapi kalau korang gi hardware nak cat untuk luar rumah. Jumpe tokeh hardware cakap je nak tengok catalogue cat weathercoat luar rumah, weathercoat ni mostly sekarang semua bancuh pakai mesin. Bukan ada warna putih je tau pelbagai jenis pilihan warna , macam2 tone ada untuk pilihan anda. Semoga bermanfaat!
Ekstra info :
Jika ingin cat pintu kayu : Mintak sama tokey nak beli cat minyak gloss untuk kayu. 1 pintu beli 1 liter je cukup, 1 liter tu memg ngam-ngam soi 1 pintu depan belakang.
1. Cat dulu selapis jadikan undercoat, biarkan 4-6 jam.
2. Mulakan sapu lapisan kedua untuk effect lebih kemas dan warna cantik.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Bibir merah bak delima itu yang menjadi idaman setiap wanita. Nak bibir sihat dan merah merona, kena lebih perhatian memandangkan ia sangat sensitif dan memerlukan penjagaan rapi. Lebih-lebih lagi jika anda jenis bermasalah kulit mengelupas. Elakkan mengopek kulit bibir jika tidak mahu terkoyak atau terluka.
Ini cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif. Hanya gunakan bahan-bahan semula jadi sahaja:
Serum Lemon Madu
Anda hanya perlukan satu sudu makan air perahan lemon dan madu yang dicampur dan dioles merata di bibir.
Lemon akan mencerahkan pigmen bibir dan madu akan menutrisi bibir dan melembapkan sehingga bibir kelihatan merah alami..
Topeng Buah Beet
Buah beet juga boleh mengembalikan warna semula jadi bibir. Caranya sangat mudah, hanya potong nipis ataupun haluskan beet dan oles merata di bibir.
Biarkan hingga kering dan bilas, Lakukan rutin setiap hari agar warna bibir kembali cerah.
Minyak Badam
Cukup ambil satu titis minyak badam dan oles merata di bibir. Lakukan rutin setiap kali tidur. Bukan hanya akan mencerahkan bibir malah minyak badam tersebut akan melembabkan secara semula jadi.
Jus Timun
Ambil sepotong timun dan haluskan. Oles ke bibir untuk mencerahkan bibir yang hitam. Biarkan hingga kering dan bilas. Boleh juga dilakukan ketika nak tidur, biarkan semalaman.
Skrub Kunyit
Ambil 1 sudu teh serbuk kunyit (haluskan 1 ruas kunyit) campur dengan 1 sudu teh tepung sehingga jadi pes. Sapu dan biarkan sehingga kering.
Kemudian urut dan skrub merata bahagian bibir untuk mengangkat sel-sel mati supaya bibir lebih bersih dan cerah.
Bagi anda yang berdepan masalah bibir gelap, kering serta merekah, masker ini sesuai dipraktikkan.
Bagi anda yang berdepan masalah bibir gelap, kering serta merekah, masker ini sesuai dipraktikkan. Ia cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif.
Ia boleh diamalkan setiap hari. Tiada kesan sampingan bahkan tidak memudaratkan jika termasuk di dalam mulut atau termakan.
Bahan-bahan:
30 gram gula tebu organik (dikisar)
10 ml ekstrak prun
5 ml madu
5 ml minyak zaitun
0.5 ml minyak vitamin E
Cara membuat:
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau sebati.
Ambil sedikit sahaja menggunakan jari dan ratakan pada bibir.
Urut perlahan pada bibir dalam turutan membulat selama satu hingga dua minit
Kemudian bersihkan dengan tuala yang telah dibasahkan.
Simpan lebihan skrub dalam bekas yang sesuai.
Tip:
Skrub ini boleh digunakan dalam tempoh tiga hingga enam bulan (jika dibuka bekasnya) dan jika tidak dibuka ia boleh digunakan dalam tempoh lapan bulan hingga setahun.
Fungsi madu adalah untuk memerahkan kembali bibir manakala prun pula berfungsi untuk merawat bibir pecah.
Selain prun, ia boleh digantikan dengan delima. Delima berfungsi untuk memerahkan kembali bibir.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebulan terlantar di hospital, Jahidah Nordin, 43, yang koma akibat keganasan rumahtangga kini diduga lagi apabila disahkan positif Covid-19.
Adiknya, Fauziah Nordin, 40, berkata, pihak hospital memaklumkan yang Jahidah dipindahkan ke wad Covid-19 Hospital Tuanku Jaafar(HTJ) Seremban pada petang Rabu.
Menurutnya, makluman itu agak mengejutkan dan membimbangkan keluarga lebih-lebih lagi dengan keadaan Jahidah yang tidak dapat bergerak dan bercakap.
“Saya pun pelik macam mana kakak boleh positif Covid-19 kerana penjaga pun tidak dibenarkan masuk dan orang yang keluar masuk hospital pun akan diperiksa.
“Kami sangat risau dengan keadaan kakak, dia alami demam turun naik serta keadaan kudis belakang badannya makin teruk,” ujar Fauziah lagi.
Lebih membimbangkan keluarga kata Fauziah, kakaknya juga masih belum divaksin.
“Kakak tak ada vaksin lagi,brain damage,koma dan sekarang hanya bole buka mata, tak boleh respon, demam sebab kuman tinggi dlm badan sekarang positif COVID.😢
“Kita tahulah orang kena Covid-19 ini macam mana.Orang yang sihat pun boleh jadi teruk inikan pula kakak yang bernafas bukan dengan cara biasa.
“Jadi kami berserahlah dan harapnya kakak akan pulih,” katanya.
Dalam perkembangan lain, si kecil Ehsan Nufail yang kini berusia 2 bulan tidak banyak ragam Namun kini kerap menangis. Seakan dapat merasainya dan mulai kerap menangis tidak seperti selalu.
“Nufail macam tau ibu dia sakit kuat…tak pernah dia meragam sampai tak nak susu..bukan nangis sebab nak susu,tapi mcm sedih ja muka dia ..bagi susu pun tak nak.
“Dodoi dia pun dia menangis..tapi nangis yg sebak bukan melalak..bila sebut ibu dia senyap..kesian nufail..tengok dia nangis kita pun ikut nak nangis 😢mungkin kak Jahidah bertahan sebab nak jumpa baby ??😌
Untuk rekod, pada 21 Januari lalu Jahidah dikejarkan ke hospital dengan ambulans selepas tahap kesihatannya dilaporkan tidak stabil akibat demam, muntah dan nafasnya turun naik.
Jahidah sebelum ini telah menjadi mangsa pukul suaminya di Johor Bahru sehingga mengalami kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak.
Dia telah dipindahkan ke HTJ dari Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah atas permintaan keluarga.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.