Biasanya bila berdoa kita selalu ucapkan bila usai solat namun hakikatnya,amalan berdoa ini tidak semestinya di atas tikar sejadah semata-mata. Malah dimana-mana dan pada bila-bila masa kita boleh berdoa, bertepatan betapa kita begitu bergantung harap mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.
Lantas sebagai ibu bapa, kita perlulah mendidik anak-anak kita untuk sentiasa berhajat kepada Allah walaupun pada perkara-perkara yang kita rasakan nampak begitu remeh dan ringkas. Hal ini cuba diingatkan oleh Prof Muhd Kamil Ibrahim, dan ini katanya.
DIDIK ANAK BERDOA
Didiklah anak-anak agar sentiasa berdoa kepada-Nya walaupun dalam sesuatu yang kelihatan tidak mustahak.
Ads
Setiap kali – misalnya – mahu meninggalkan rumah ke sekolah, kembali ke asrama atau pulang ke universiti berpesanlah kepada anak-anak agar memohon kepada-Nya supaya dipermudah pengajian.
Ia kelihatan tidak perlu, tidak diajar dan tidak diamalkan oleh ramai orang kerana ia bukan amalan harian.
Ads
Malah ramai di antara kita yang tidak melihat berdoa sebagai satu amal ibadat paling ringkas, mudah dan tanpa kos.
Ads
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.
Selepas beberapa tahun berkahwin, hati mulai terasa bosan dengan pasangan. Mengapa hal ini boleh terjadi? Pupuklah kembali rasa kasih sayang itu agar kehangatannya seperti anda baru berkahwin.
1. Tunggu suami di pintu
Suatu perkara yang disenangi oleh pihak suami ketika dia pulang kerja ialah isteri bersedia dengan muka yang manis di hadapan muka pintu. Tentu hilang segala keletihan yang ditanggung oleh suami di tempat kerja apabila melihat senyuman manis isteri. Apatah lagi, si isteri menyediakan segelas air untuk melepaskan dahaga. Tentu cik abang tambah sayang!
2. Pasang VCD cerita filem pertama yang anda tonton semasa ‘date’ pertama dan sajikan makanan enak
Masihkan anda ingat lagi waktu anda pertama kali keluar dengan si dia? Amboi! Waktu itu semua dirasakan indah belaka. Harap anda masih ingat lagi cerita filem yang anda berdua tonton sewaktu pertama kali keluar berdua. Hah! Apa lagi, pinjam semula cerita itu dari mana-mana kedai dan tontonlah semula. Suami atau isteri anda pasti tersenyum dan faham maksud anda. Tambah merancakkan lagi, hidanglah makanan yang enak-enak ketika menonton.
3. Ikut bermain mainan kegemarannya walaupun anda tak suka
Kegemaran suami mungkin bukan kegemaran anda. Begitu juga suami yang tidak menggemari hobi isteri seperti memasak atau berkebun. Apapun, isteri contohnya bolehlah cuba berjinak-jinak dengan kegemaran suami yang suka bermain badminton. Jika anda tidak pandai bermain badminton cukuplah sekadar menjadi penonton ketika dia bermain dengan rakan-rakannya. Tambah manis jika anda membantunya mengelap peluh atau sekurang-kurangnya menuang air untuknya.
4. Nyanyikan lagu kegemaran anda berdua sewaktu dalam perjalanan
Masa asyik bercinta dulu, pasti anda berdua ada meminati lagu-lagu tertentu. Lagu ‘My Heart Will Go On’ contohnya menjadi kegilaan pasangan yang begitu asyik bercinta sedikit masa dahulu. Atau setidak-tidaknya mungkin lagu daripada penyanyi tempatan seperti ‘Dua Insan Bercinta’nyanyian Ella boleh dijadikan tema percintaan anda berdua. Apa kata, setelah masuk tahun kelima anda berumahtangga ini, nyanyikan semula lagu-lagu tersebut ketika anda berdua-duaan. Pasti suasana menjadi syahdu sekali.
5. Baiki bajunya yang koyak dan kemaskan almarinya
Sekali-sekala, beleklah baju-baju lama suami dan jahitlah mana-mana baju atau kainnya yang koyak. Selain itu anda boleh mengemas almari bajunya supaya kelihatan kemas dan sedap mata memandang.
6. Tempah mug dengan foto anda berdua
Barangkali idea untuk menempah mug yang tertera wajah anda dan pasangan mungkin idea yang sungguh menarik. Mug bukanlah mahal sangat tetapi dengan meletakkan gambar anda berdua ia ajan menjanjikan kenangan seumur hidup yang sangat manis. Anak-anak pun tumpang gembira kerana wajah ibubapa mereka boleh ditatap setiap hari.
7. Tatap anak matanya dalam-dalam
Setiap hari apabila anda bangun daripada tidur anda mungkin lupa untuk menoleh pasangan anda di sebelah. Namun, hari ini mulakan dimensi baru dalam hidup anda. Kejutkan pasangan anda dan tataplah anak matanya dalam-dalam dengan renungan yang sungguh manja. Pasangan anda mesti gembira bercampur terkejut dengan tindakan anda. Itulah yang perlu dilakukan untuk menghangatkan kembali sebuah hubungan kasih sayang.
8. Kejutkan dia dan ajak berkelah hujung minggu
Hendak ke mana hujung minggu ini? Bangun daripada tidur bersiap-siaplah dengan kelengkapan berkelah dan kejutkan pasangan anda yang tengah nyenyak tidur. Katakan kepadanya yang anda mahu membawanya berkelah di suatu tempat yang istimewa. Biarkan dia terpinga-pinga kerana anda memang mahu membuat kejutan untuknya.
Sumber: sharifahkamal.blogspot.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apabila anak semakin meningkat usia, pastinya sebagai ibu bapa merasakan betapa cepat anak-anak membesar. Setiap tahun ketika tibanya hari lahir si anak, pasti akan diadakan sambutan hari lahir sama ada secara bersederhana atau pun besar-besaran.
Menerusi akaun Instagram, Raja Ilya mengadakan sambutan hari lahir anak sulungnya yang menginjak ke usia setahun. Ianya merupakan sambutan kali pertama, pastinya sambutan tersebut diadakan dengan penuh kemeriahan.
Bertemakan warna pink, Talita Love kelihatan sangat comel mengenakan gaun berwarna pink. Ketika majlis tersebut, pelbagai aktiviti disediakan untuk anak-anak kecil dan juga hiasannya juga sangat cantik dengan bunga-bungaan berwarna pink.
Majlis dihadiri oleh rakan-rakan dan kaum keluarga di sebelah suami Raja Ilya, Trent Garrett. Raja Ilya kini menetap di Australia mengikuti suaminya yang berasal dari sana. Alahai, comel betul Talita yang banyak mewarisi wajah ayahnya.
Untuk rekod, Raja Ilya telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2018 bersama dengan Trent Garrent. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Talita Love.
Selepas melahirkan anak, semua wanita mahu lekas kembali langsing dan memiliki perut yang rata. Pun begitu bukannya mudah untuk dapatkan perut rata seperti zaman anak dara.
Bukan hanya mengambil masa namun aturan pemakanan dan cara berpantang juga harus tepat. Namun ini yang boleh wanita berpantang lakukan ketika sedang menjalani proses berpantang.
Jangan sesekali abaikan pantang dan ikut rutin wajibnya. Petua tradisional ini harus anda cuba untuk membantu anda kembali langsing.
Santan Kelapa
Tanak santan kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut dan biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
Jadam
Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.Bagi yang tidak tahu, jadam merupakan satu bahan yang diproses dari daun lidah buaya. Biasanya dalam setiap ubat periuk dimasukkan jadam tetapi kerana rasanya yang pahit dan tak disukai, jadam tidak lagi digunakan.
Nasi Tanpa Air
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan dan sebaik-baiknya minum ½ jam hingga 3 jam kemudiannya.
Campuran Herba
Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu ditumbuk halus. Kemudian masukkan air sebanyak ½ gelas. Air tersebut ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut.
Buah Delima
Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...