Pengorbanan ibu bapa, sangat tidak ternilai. Kalau boleh, setiap keperluan dan kehendak anak mahu ditunaikan.
Melihat keterujaan untuk menghantar anak-anak ke sekolah, namun di sebaliknya hanya mereka yang mengerti kepayahan untuk menjadi melaksanakan tugas tersebut.
Anak-anak mungkin tidak mengerti kepayahan itu, kerana mereka hanya melihat setiap kemahuan akan dituruti dan setiap yang diimpikan akan cuba dipenuhi.
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang nelayan bernama Muhd Syamsul Helmi Abdul Aziz dalam insiden terjatuh ke laut ketika sedang menangkap udang.
Apa yang lebih menyedihkan, kata isterinya arwah sempat menghantar mesej di aplikasi WhatsApp sebelum insiden itu terjadi.
“Sebelum suami saya jatuh ke laut, arwah sempat menghantar pesanan WhatsApp menyatakan tangkapan udang kurang… (kalau) lepas bayar yuran sekolah anak jadilah,” kata Halimatul Noor Akira Omar,isteri kepada seorang nelayan yang ditemukan lemas selepas jatuh ke laut, kira-kira lima batu nautika dari jeti Kampung Nenasi.
Halimatul Noor Akira berkata, suaminya, Mohd Syamsul Helmi Abdul Aziz telah keluar rumah jam 8.30 pagi dan difahamkan turun ke laut pada jam 3.30 petang, Rabu lalu.
Dia dipercayai terjatuh ke laut, awal pagi Khamis, ketika menangkap udang bersama dua lagi rakannya.
Menurut ibu tiga anak itu, dia mengetahui kejadian menimpa suaminya, kira-kira jam 3 pagi, Khamis lalu, selepas dihubungi oleh adik iparnya.
Katanya, hanya Tuhan sahaja yang mengetahui perasaannya ketika itu.
Ads
Ketika itu, dia tetap berdoa semoga suaminya ditemukan selamat walaupun ia agak mustahil.
“Saya tidak pernah menduga dengan apa yang berlaku, arwah tidak menunjukkan kelainan, malah kehidupan kami sekeluarga sentiasa ceria melayan tiga cahaya mata, Muhammad Naqib Ramadhan, 6: Nur Hanan Aiman, 3, dan Muhammad Harraz Rizqi, 11 bulan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beluru, Nenasi, dekat sini, semalam.
Beliau menambah, beberapa hari sebelum kejadian, dia melihat perubahan pada diri suaminya apabila banyak termenung sambil duduk sendirian.
Halimatul Noor Akira berkata, dia masih ingat arwah pernah menyatakan dia tidak berminat turun ke laut lebih daripada tiga orang dalam satu bot, alasannya kalau ramai, pendapatan akan diraih berkurangan.
“Saya bersyukur akhirnya mayat suami ditemukan jam 10.30 pagi Khamis, selepas tersangkut dalam pukat yang dipasang oleh nelayan yang terbabit dengan operasi pencarian.
Ads
“Saya reda dengan apa yang berlaku walaupun terlalu pahit untuk dilalui, pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Saya perlu tabah menghadapi ujian yang begitu berat ini,” katanya yang kini tinggal bersama ibu, Zainab Muhamad, 62, yang mengalami masalah kesihatan selepas diserang angin ahmar.
Terbaharu, hantaran Akira di media sosial menarik perhatian ramai mengenai luluh hatinya mengenangkan Ramadan kali ini akan disambut sepi tanpa suami di sisi.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen selepas videonya memasak tular di TikTok.
Video yang dikongsikan semula oleh kelab peminatnya itu memaparkan Siti sedang memasak ketika ibu mentuanya datang dan masuk ke dapur.
Gelagat Siti yang kelihatan cemas ternyata mencuit hati peminat apabila ramai yang seakan-akan boleh ‘relate’ dengan situasi tersebut.
“Bila mak mentua masuk dapur waktu menantu memasak be like,” tulis kapsyen pada video berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya berseloroh telatah Siti menerusi perkongsian video tersebut seperti orang yang baru kahwin. Malah, ramai yang boleh relate situasi tersebut di mana siapa yang jaguh masak pasti akan rasa was-was bila mentua ada di sisi ketika masak.
Belum reda isu kenaikan dan kekurangan bekalan ayam di Malaysia, kini timbul pula masalah bekalan ikan yang dilaporkan turut berkurangan sekaligus berlaku kenaikan harga.
Menerusi laporan yang dibuat myMetro, kenaikan harga sebanyak 20% di Kelantan disebabkan nelayan di negeri itu tidak dapat turun ke laut berikutan keadaan cuaca buruk sejak seminggu lalu.
Keadaan itu membahayakan nyawa nelayan sekali gus menyebabkan mereka tidak boleh menjalankan aktiviti menangkap ikan di laut.
Harga ikan dilaporkan telah naik mendadak dengan selayang kecil berharga RM12 sekilogram berbanding RM8 sekilogram sebelum ini dan kerisi sebanyak RM16 sekilogram berbanding RM10 sekilogram sebelum ini.
Manakala Sinar Harian pula melaporkan, di Johor, bekalan ikan dan hidupan laut berkurangan sebanyak 50% berbanding sebelum ini menyebabkan harganya meningkat sekitar RM1 sehingga RM4 sekilogram.
Hal ini berlaku disebabkan faktor cuaca selain kos pengangkutan yang semakin mahal.
Ikan kembung, cencaru dan selar kuning mengalami masalah kekurangan bekalan yang ketara dan kini kebanyakannya hanya boleh diperolehi dari pembekal di Perak.
Sebelum ini, kembung dijual pada harga RM14 hingga RM16 sekilogram namun telah mula meningkat dan dijual antara RM18 hingga RM20 sekilogram.
Ikan selayang pula sekarang RM15.50 sekilogram berbanding hanya RM11 manakala cencaru pula naik ke RM11 berbanding hanya antara RM8 hingga RM9 sekilogram.
Ramai yang suka berkebun, tapi pokok tak subur dan layu disebabkan serangan serangga perosak.
Selain menggunakan racun perosak, apa kata guna tanaman lain sebagai ganti racun. Pokok kita pun selamat dari bahan kimia yang bahaya itu.
Jom ikuti panduan oleh Mahadzir Hashim yang menanam 6 jenis tanaman penghalau serangga perosak dalam kebun.
Tanaman penghalau serangga perosak yg perlu ada di taman kebun anda:
1. Kucai adalah tanaman herba yang paling mudah ditanam.
Ia boleh hidup dalam tanah yang dipenuhi kompos dan bahan organik. Menghasilkan bunga berwarna putih, ia boleh hidup di bawah matahari penuh atau redup. Bahan kimia yang terkandung pada kucai dapat menghalang kehadiran afid dan kumbang di taman anda.
2. Pudina
Hidup di dalam tanah lembap. Ia biasa ditanam di dalam pasu atau batasan. Kelebihan pudina bukan sahaja bersifat edible, ia juga dapat menghalang kehadiran serangga seperti lalat putih yang memakan bahagian bawah daun, serangga, semut dan pepijat.
3. Petunia
Selain daripada tanaman herba, tanaman hiasan juga mempunyai keupayaan sebagai agen penghalau serangga perosak. Petunia adalah musuh kepada kumbang tanduk, pepijat, dan belalang
4. Bayam Duri
Adalah spesies Amaranthus yang sesuai ditanam di pinggir2 kebun anda untuk menghalau sejenis ulat berbentuk seakan-akan ulat beluncas.
5. Ulam Raja
Merupakan musuh ketat kepada kupu-kupu. Bahaya kupu-kupu yang meninggalkan larva di bawah daun boleh melemahkan tanaman. Ulam Raja juga dapat menghalang serangan lipas di kediaman anda.
6. Ketumbar
Tumbuhan ini merupakan satu kemestian di dapur. Kebaikan padanya bukan sahaja menyedapkan makanan, ia juga dapat menghalau kumbang, afid dan hama yang disebut sebagai spider mite.
Cara posisi tanaman
Selang selikan tanaman ini antara pokok sayuran anda atau tanamkan pokok2 ini di setiap penjuru kebun. Angin akn membawa bau tanaman ini ke seluruh kebun dan menjadi penghalau semula jadi pd serangga perosak di kebun anda.
Nota
Tumbuhan penghalau serangga yg lain
1. Serai wangi
2. Daun kesum
3. Daun pandan
4. Kemangi
5. Bawang
6. Limau purut
Moga bermunafaat
Tragedi pusingan U, bayi perempuan 2 bulan meninggal dunia. Seorang bayi perempuan berusia dua bulan dilaporkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya bersama kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ), berhampiran Batu Gajah, pada petang Selasa.