Tak boleh bayangkan, orang pertama yang muncul dalam hidup kita, melahirkan dan membesarkan kita sekelip mata boleh halau dan mengharamkan susunya kepada kita.
Itulah yang dirasai oleh seorang penghuni rumah gelandangan milik Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Marhaen (KMM), Taiping menyatakan dia tetap sayang ibu kandungnya biarpun sudah setahun lebih dihalau keluar dari rumahnya.
Memetik laporan Harian Metro, pemuda yang dikenali sebagai Mohamad (bukan nama sebenar) itu mengakui dia rindu akan keluarganya dan mempunyai keinginan untuk kembali bersama mereka.
“Anak mana yang tak sayangkan ibunya. Biarpun dihalau dan juga diharamkan susu yang diberi, saya tetap sayang dan tak pernah membencinya.
“Setiap kali puasa atau raya mesti teringatkan mak dan teringin nak bersama mereka, namun mak dan ayah tiri bersikap seperti orang asing pada saya. Tak tahu di mana salah saya kerana dari kecil lagi saya dihantar ke sekolah tahfiz sehinggalah umur 12 tahun.
Ads
“Selepas ayah meninggal dunia dan apabila mak berkahwin pula dengan bapa tiri beberapa tahun lalu, saya sentiasa menerima layanan buruk sehinggalah dihalau keluar dari rumah pada awal Januari tahun lalu.” katanya.
Tambah Mohamad lagi, 14 Januari 2022 merupakan tanggal yang akan sentiasa dikenangnya kerana pada tarikh tersebutlah dia dibawa ke rumah gelandangan tersebut oleh penduduk kampung.
“Sudah ibarat syurga buat saya, namun tetap terasa kekurangan iaitu kasih sayang ibu sendiri.
Ads
“Apakan daya, mereka dah ‘buang’ saya dan walau apapun kesalahan mereka, saya tetap maafkan dengan seikhlasnya,” tambahnya yang kini berkerja di sebuah hotel di bandar ini.
Menurutnya, tahun ini akan menjadi tahun ketiganya menyambut Syawal di rumah gelandangan tersebut.
Difahamkan, Mohamad mempunyai dua adik perempuan berusia 13 dan 17 tahun yang kini tinggal bersama ibunya yang berumur lewat 30-an dan bapa tiri, 50-an.
Membuat keputusan untuk menghantar anak belajar jauh dari sisi mak ayah bukan mudah. Lagi-lagi bila memikirkan kes-kes di media social yang bertebaran, melibatkan anak kecil membuatkan hati mak ayah tidak pernah tenang.
Mulalah mak ayah memikirkan pelbagai perkara negatif. Tak salah berfikir untuk keselamatan anak namun sebagai mak ayah apa kata kita persiapkan dulu anak-anak dengan perkara ini, seperti yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif.
1. Ajar anak untuk tegas & berani SAY NO pada orang lain. Anak yang tak berani cakap TIDAK ni yang bahaya sebab dia akan ikut je apa orang lain suruh buat.
2. Didik anak untuk selalu cari kawan yang sama jantina jika nak mengadu masalah.
3. Ajar anak untuk selalu baca doa sebelum keluar rumah
بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ Maksudnya: “Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Tiada daya dan upaya kecuali dengan (pertolongan) Allah
4. Ajar anak untuk jauhi ikhtilat iaitu pergaulan bebas dengan lawan jantina lagi lagi yang bukan mahram
5. Ajar anak untuk ‘choosy’ dalam memilih sahabat. Berkawan biar seribu tetapi bersahabatlah dengan orang yang ikhlas menyayangi dan menjagamu
6. Ajar anak untuk jaga pakaian dia. Kadang pemilihan pakaian yang salah boleh ‘trigger’ orang yang ada masalah pada mental dan jiwanya
7. Didik anak untuk tak lupakan solat 5 waktu walau apa pun ujian yang melanda hidupnya. Selama mana dia masih solat 5 waktu, insyaAllah dia akan selamat.
Semoga yang baik-baik buat anak-anak kita yang sedang membesar, lagi-lagi yang berjauhan dari mak ayah.
Sebagai ibu bapa, tidak dinafikan ramai yang sanggup lakukan apa sahaja demi anak-anak, tanpa memikirkan kesan pada diri sendiri. Mahu melihat kehidupan anak-anak lebih sempurna, itu harapan utama sebagai orang tua.
Begitu juga andai memiliki harta, pasti akan cuba diurus dengan baik agar dapat diwarisi kepada anak-anak tanpa ada isu pergaduhan adik beradik di kemudian hari.
Memandangkan harta ini tidak boleh diurus sambil lewa, ada keluarga yang sanggup bergaduh berebut harta peninggalan malah ada juga yang putus saudara dek kerana tidak puas hati dan macam-macam hal yang berkahir dengan tidak baik.
Pun begitu kisah yang dikongsikan oleh Farizal Radzali yang mempunyai pengalaman di Firma Guaman bertahun-tahun lamanya ini juga perlu diberi perhatian.
Kisahnya bermula apabila seorang ayah melakukan pindah milik rumah yang dihuni kepada nama anak-anak mereka. Siapa sangka, ingatkan anak-anak akan lebih kasih dan berpuas hati dengan pindahmilik harta itu namun lain pula jadinya.
Pindahmilik Atas Dasar Kasih Sayang
9 tahun lepas, kami didatangi seorang lelaki dlm usia 40an. Katanya nak buat pindahmilik rumah atas dasar kasih sayang dari ayah kpd 4 org anak. Maka, kami pun minta dia bawa ayah sbg pemilik & 4 anak sbg penerima milik.
Selang sehari lepas tu, lelaki itu pun bawalah semua org² tersebut & beberapa dokumen yg kami minta. Wajah si ayah agak sugul. Saya senyum kat dia tapi dia balas acuh tak acuh, pandang tak pandang je. Tapi beliau kelihatan spt seorang yg beriman, dgn kopiah & wajah yg bersih. Isterinya pun hadir pada masa tu.
Selepas jelaskan segala butir undang² tentang pertukaran tu, semua angguk² tanda faham termasuk si ayah & ibu.
Masa si ayah nak tandatangan borang pindahmilik, si ibu tiba² bertanya, selain dari tukar nama dlm hakmilik, ada cara lain ke supaya rumah ini dibiarkan atas nama si ayah, tapi bila si ayah meninggal dunia, baru tukar kpd nama anak².
Belum sempat saya jawab, anak sulung jawab, “Itu nama dia wasiat, makcik. Islam tak boleh buat wasiat kpd org yg layak terima faraid”. Wah. Saya kagum jugak, maknanya anaknya pandai, tahu tentang semua tu.
Si ibu diam, tunduk kembali. Si ayah pandang wajah isterinya. Daripada panggilan makcik tu, saya syak, wanita itu bukanlah ibu kandung anak² tersebut. Mungkin mak tiri.
“Sain cepat ayah, kita ada tmpt lain nak pergi ni,” kata anak yg sorang lagi. Lalu si ayah ambil semula pen, yg tadi dia letakkan tak jadi sain sbb isterinya mengemukakan soalan.
Lalu saya beritahu, kalau nak cara yg si ibu tadi cakap, ada jalannya. Iaitu buat hibah.
Wajah si ayah & isterinya cerah sikit, si ayah tak jadi sain.
“Mcmmana pulak nak buat hibah tu?” Si anak bertanya.
“Kena pergi kpd peguam shari’e. Mereka yg boleh buat. Peguam saya bukan shariah, tak boleh buat. Nak buat sdiri pun boleh, terus ke Mahkamah Shariah, nanti pegawai sana ajar. Tapi kalau buat sdiri, byk kerja la, sbb semua buat sdiri kan. Kos murah sikit. Kalau peguam buat, kos tinggi sikit,”
Lalu mereka berpandangan sesama sendiri.
“Dari rumah tadi, ayah setuju nak tukar nama. Sampai sini, dah lain pulak. Skrg nak kena cari lawyer shariah pulak. Semua tu perlukan masa. Kami ni hari ni je cuti, ptg nanti kami nak balik tmpt kami masing2 dah. Jadi, mcmmana ni, nak tukar nama ke taknak?” Salah sorang anak dah mula tarik muka.
“Kalau buah hibah tu, lepas ayah meninggal dunia, ada prosidur lain kena buat ke? Ada bayaran lagi?” Soalan dari anak lain pula, yg nampaknya lembut sikit.
“Hibah ni nanti semua waris akan dipanggil bicara. Lepas pemilik meninggal, ada prosidur tukar nama kena buat kat pejabat tanah & ada bayaran tambahan sikit,” jawab saya.
“Kalau buat pindahmilik skrg, bayar sekali ni je la kan? Semua selesai, takde kisah lain kemudian nanti, kan?” Sorang anak lagi tanya.
“Iya,” saya sahut.
“Jadi, mcmmana skrg ni, ayah? Nak sain ke tak?” Anak sulung tanya.
Si ayah & ibu saling berpandangan.
“Ayah tak perlu tanya makcik pun. Masa ayah beli rumah ni, dgn mak. Bukan dgn makcik,” anaknya bersuara lagi. Makin saya yakin, itu adalah mak tiri mereka.
“Ayah risau kalau kami halau ayah keluar rumah tu ke lepas tukar nama nanti?” Seorang anak bertanya.
Ayah diam.
“Kalau ayah tak yakin dgn kami, takpe. Mungkin ayah lebih yakin dgn makcik. Jadi, ayah tak perlu sain. Tak perlu tukar nama. Jom, kita balik,” kata anak sorang lagi.
“Kejap nak sain, kejap taknak,” rungut seorang anak lagi.
“Takpelah, kita tukar je nama. Kita pun tak tahu nak hidup berapa lama lagi. Dah mati nanti senang, tak payah anak² nak usahakan faraid bagai.” Kata si ayah kpd isterinya. Nampak mcm isterinya yg melarang.
Lalu semua diam seketika. Si ayah ambil pen & turunkan tandatangan pada borang pindahmilik.
Setelah selesai tandatangan oleh semua nama, saya minta no telefon si ayah. Tapi si ayah kata, apa2 urusan boleh hubungi anak sulungnya. Sbb katanya dia tak tahu apa² nanti. Saya terpaksa akur. Sebenarnya saya minta no telefon si ayah utk bertanyakan keikhlasan beliau utk buat tukar nama tu. Tapi saya hanya menjalankan kerja saya, tak boleh nak lebih². Beliau sdiri meminta saya berurusan dgn anaknya. Maka saya akur.
Sebulan lepas tu, semuanya selesai. Dan geran telahpun bertukar nama.
Minggu lepas, selepas 9 tahun berlalu, si ayah & isterinya hadir ke pejabat. Kudrat makin kurang kerana usia makin bertambah. Nasib baii saya masih ingat, mungkin kerana kes mereka agak menarik perhatian saya, dan menimbulkan pelbagai syak dlm hati saya.
Lelaki tua tersebut bertanya samada proses tukar nama 9 tahun lepas boleh dibatalkan..saya pun ternganga..
Tak boleh pakcik. Kenapa?
Anak² saya nak jual rumah tu. Saya tak izinkan mereka jual sbb kami masih tinggal di situ. Mereka suruh kami pindah ke kampung lama. Rumah tu dah usang, berhutan, tunggu masa nak roboh je. Mmg takde manusia pun boleh duduk kat situ.
Hmmm…. Minta maaf Pakcik. Saya tak dpt bantu. 😓😭😓😭
Kalau seorang anak yg berbuat demikian, itu mungkin masalah anak tersebut tapi kalau 4 org sanggup berbuat demikian, saya pun tak pasti apa silapnya. Mungkin ada kisah silam antara mereka yg kita tak tahu antara keluarga ini. Sbb andai betul didikan ibu ayah pd anaknya, takkan sampai hati seorang anak berbuat demikian.
Sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai antara kita kini bekerja dari rumah ia adalah opsyen yang terpaksa dilakukan bagi mengelak berlaku penularan covid-19. Namun pada masa yang sama, anak-anak duduk dirumah setelah sekolah diberi arahan tutup buat sementara waktu.
Bagaimana pun dalam tempoh, tidak dinafikan anak-anak kerap terdedah kepada gajet tanpa kawalan ibu bapa. Pendedahan yang terlampau lama akan memberi kesan negatif kepada anak-anak.
Menerus facebook, Taufiq Razif berkongsi maklumat mengenai bahaya gajet dan cara kawalan kepada anak-anak. Ikuti ilmu bermanfaat ini.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Bahaya kalau tak jaga mata anak kita
Walaupun kalau ikut guideline daripada America Academy of Paediatrician :
– Time Screen untuk anak umur 0-2 tahun ni ZERO jam kecuali untuk video call singkat bersama keluarga sahaja
– Time Screen untuk anak umur 2-5 tahun cuma 1 jam sahaja dalam sehari
Tapi saya percaya ramai tak ikut pun guideline ni. Tu yang banyak mata anak jadi merah merah, terkelip kelip dan gosok sana sini tak berhenti akibat mata kering ( dry eyes )
Silap haribulan boleh sakit kepala anak anak kita tu akibat Eye Strain, ni salah satu efek pada mata akibat gajet juga ni. Tu yang meragam je tak berhenti.
Sebab tu la kena buat Formula ataupun Rules 20-20-20 ni pada anak masing masing.
Caranya mudah je.
1. Setiap 20 minit lepas main henfon atau gajet
2. Minta anak rehat dulu 20 saat dengan memperbanyak kelipkan matanya
3. Minta anak tengok objek yang jauhnya 20 kaki, lebih kurang 6 meter
Mata ni nak pakai lama
Jangan kerana sejak daripada kecil tak pandai jaga
Merana bila dah dewasa
Sumber: Taufiq Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...