Biarpun Cara Hidup Moden, Anak Kena Aktif Walaupun Dalam Rumah. Motivasi Perkongsian Ni

Share

Jika dahulu, kehidupan kanak-kanak begitu aktif tanpa adanya gajet. Mereka dapat melakukan pelbagai aktiviti yang dapat merangsang kemahiran motor kasar dan halus di persekitarannya.

Namun ekoran kecanggihan teknologi, segelintir ibu bapa alpa mengenai impak negatif apabila membiarkan anak-anak terlalu lama terdedah dengan persekitaran begitu. Perkongsian Penggiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Nik Eliani Nik Nawi

begitu manfaat bagi mendidik anak-anak dengan persekitaran yang sihat.

GAYA HIDUP KITA SEKARANG BANYAK MENYEBABKAN PERKEMBANGAN FIZIKAL ANAK KITA DELAY.
Banyak masa anak kita habiskan dalam car seat, dalam stroller, depan skrin tv, tab dan fon.
Rumah kita di atas langit. Taska tadika anak kita di dalam shop lot.
Tak puas anak nak berlari!

Maka sekarang banyak kanak-kanak yang ‘clumsy’ ( cemerkap ) dan mudah penat untuk fokus belajar kerana tidak banyak bergerak aktif pada tahap 0 hingga 6 tahun.

Ibu ayah yang bijak, walaupun life style kita moden canggih, kita WAJIB pastikan anak kita mendapat peluang untuk aktif fizikal. Nah saya kongsi idea untuk anak-anak kita bermain aktif di dalam rumah.
No excuse anak kita tak ada tempat untuk bermain di rumah.

Seminggu sekali bermainlah di luar untuk anak kenal dan mesra alam.

IDEA AKTIVITI DI RUMAH

Semoga dapat mendidik anak secara natural agar seimbang kehidupan anak-anak.