Apabila bergelar ibu, perkata utama yang menjadi impian setiap wanita adalah melihat zuriat membesar di depan mata. Namun, keterbatasan waktu seperti kerjaya menyebabkan ada antara ibu yang terpaksa mengorbankan hal ini.
Pun begitu, seboleh mungkin, mereka mahu membesarkan dan menjaga anak sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Bagi pelakon cantik manis, Anzalna Nasir turut berkongsi perkara yang sama. Menurutnya dalam satu perkongsian di laman instgram baru-baru ini, dia mahu mengasuh anaknya, Mohamad Eidrees yang kini berusia tujuh bulan tanpa bantuan pembantu rumah, Anzalna menggunakan rezeki dan peluang yang diberikan kepadanya.
Ads
Malah dia sanggup menolak tawaran berlakon demi anaknya itu.
“Impian setiap ibu untuk menjaga anak sendiri. Jika kita ada rezeki dan peluang untuk menjaga sendiri anak kita, gunakanlah. Biarlah tangan sendiri yang mengasuh dan mencorakkan mereka. Tengok puas-puas muka anak, keletah dan karenah anak. Sekejap je mereka membesar. Jap, I nak menangis kat tepi zirafah tu. @mohamadeidrees #EmoMommy #HanifJunior #8MonthsOld
Perkongsian tersebut turut mendapat respond daripada pengikutnya.
_tiararara pun nak jaga anak sendiri. Tapi apakan daya. Kerja bantu suami cari rezeki. Kadang sedih rasa bila tak dapat tengok perkembangan anak depan mata.
ciknarraAlhamdulillah sy jaga 5 anak depan mata. Buat kerja partime dirumah je .. Sambil kerja sambil jaga anak.. Pernah gak kerja tinggalkan anak tp bergilir dgn suami lah yg jaga.. Sy doakan anzalna juga kelak cmni … Dpt tgk anak membesar dpn mata… 👍👍
rosmarina6536Ye betul tu, ada rezeki boleh la jaga sendiri ,hari2 tengok perkembangan anak kan @anzalnanasir88 😍😘
ezadibrahimProud of u 👏👏👏 ye betul sapu luar umah pun sendiri!!! Dtg umah igt bibik skali anzalna!!!!
Pelakon cantik dan berbakat, Nora Danish dipuji wargamaya kerana meminta dua anaknya menghafal doa amalan sebelum tidur.
Menerusi video yang dikongsikan Nora di Instagramnya, dua anak Nora, Putra Rayqal Ramli dan Mohamed Neqayl dilihat tekun menghafal doa amalan Nabi Muhammad SAW.
Doa ini merupakan amalan Nabi Muhammad kesayangan kita yang membacanya setiap pagi dan malam.
“Nabi Muhammad SAW membaca dua ini setiap pagi dan malam. Dan hari ni kami cuba menghafalnya sebelum tidur.
“Alhamdullilah Qal berjaya hafal dulu, Ney Ney terus merajuk macam biasa la, dia tak suka jadi last. Cute je Abg Qal ajar NeyNey,” tulisnya di kapsyen.
Rata-rata peminat memuji Nora yang mendidik dua anaknya dengan ilmu agama dengan baik.
Bukan itu sahaja bahkan penampilan Nora yang sudah mula mengenakan hijab serta mengikuti beberapa ilmu agama ini sudah semestinya dipuji ramai.
Semoga yang terbaik buat Nora dan dua anak lelaki yang sentiasa menjadi pendamping setianya.
Terdahulu, Nora Danish sah bercerai dengan bekas suaminya, Nedim pada 16 Jun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun. Nora turut mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Putra Rayqal Ramli, 15 tahun menerusi perkahwinan terdahulunya.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Memang risau bila ada anak yang kena demam campak atau batuk yang mudah berjangkit dengan anak kecil yang lain.
Ikuti panduan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari bagaimana mengawal jangkitan penyakit melalui cara nyahkuman di rumah.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Mula-mula ruam merah cuma timbul kat bahagian muka budak tu.
Tapi bila ia mula merebak kat bahagian dada, perut, kedua-dua tangan dan kaki, hati ibu tu bimbang yang teramat.
Cepat-cepat berkejar ke hospital. Trauma betul. Takut benar kalau jadi macam si abang yang berumur 7 tahun.
Baru je beberapa hari lepas dia terkena jangkitan demam campak yang teruk. Langsung hilang selera makan sampaikan tubuh badannya jadi terlampau kering (dehydrated) dan lesu lalu terpaksa ditahan di wad kanak-kanak.
“Macam mana ni doktor? Saya ada 2 orang lagi anak kecil kat rumah tu.
Saya dah tak sanggup nak tengok anak-anak saya ni demam panas, kulit merah berbintik-bintik macam ni.”
Panjang keluhan ibu tu. Matanya merah menahan tangisan.
Hati mak mana lah yang sanggup tengok anaknya dalam kesakitan. Kalaulah boleh ditukar ganti, biar saja tubuhnya yang menanggung derita sakit dan buah hatinya terus kekal sihat.
Kerap jugak sebenarnya kami bertemu situasi jangkitan penyakit berjangkit begini berlaku dalam rumah yang sama.
Dan parent lah yang paling sedih dan rasa sangat bersalah sebab tak mampu nak lindungi darah daging sendiri.
Sebab tu saya harap mak ayah tolonglah amalkan ‘disinfection’ kat rumah kita tu tiap kali ada ahli keluarga yang jatuh sakit.
Tak kiralah samada demam, batuk atau pun selsema sebab kita tak nak kuman bertebaran merata dalam rumah kita sendiri sampaikan anak-anak yang lain berisiko untuk dapat jangkitan yang sama.
Cara nyahkuman
Ini cara nyahkuman paling berkesan yang mak ayah semua kena tahu:
Sediakan bahan untuk ‘disinfection’ dengan cara campurkan 1 bahagian Dettol atau peluntur dengan 9 bahagian air.
Make sure kita lakukan proses tu pada semua permukaan yang kerap disentuh dekat ruang tamu, bilik tidur, dapur dan juga bilik air.
Paling bagus bersihkan dulu setiap permukaan tu sebelum proses ‘disinfection’ dibuat.
Pakai sarung tangan sepanjang kerja dilakukan.
Digalakkan untuk pakai span yang berbeza untuk setiap bilik.
Bantu saya #kongsikan teknik penting ni dengan orang lain jugak. Sedih sangat bila tengok ada adik beradik yang berulang-ulang dijangkiti penyakit yang sama.
Jemput follow FB ni dan set ‘See First’ supaya tak tertinggal bila saya kongsikan tips untuk lindungi kesihatan ahli keluarga kita sendiri.
Saat ingin berpindah ke rumah baharu tentu perasaan teruja untuk dihias sempurna dengan perabot mewah dan gah gayanya.
Pun begitu, perlu difahami dalam mencari bahagia bukan disandarkan dengan kemewahan semata-mata. Ini sebagaimana apa yang cuba disampaikan oleh Tuan Salkukhairi Abd Sukor.
Ini perkongsiannya.
Apabila masuk rumah baru, kebanyakan kita merancang untuk beli perabot-perabot yang cantik -cantik dan mahal-mahal.
Masing-masing fikir nak buat konsep apa. Moden ke, klasik ke, ala-ala tradisional ke. Sampai bergaduh laki bini, perabot punya fasal.
Gambar hiasan
Saya pun dulu ada pemikiran begitu juga. Maklumlah baru dapat rumah baru kan. Memang teruja sangat nak hias rumah gila-gila punya.
Tapi selepas tu bila difikir fikirkan balik, perabot-perabot yang mahal lagi cantik yang kita penuhkan rumah kita itu, mampu ke memberi jaminan kebahagian untuk kita?
Gambar hiasan
Ramai orang yang tidak lena tidurnya walaupun tidur diatas tilam empuk dan katil kayu jati import, berbanding yang hanya tidur diatas toto nipis dan berbantalkan bantal kekabu sahaja. Letak saje kepala, sedar-sedar dah subuh.
Ramai orang yang tiada selera makan nya walaupun makan diatas kerusi dan meja makan yang luas dan buatan eksklusif, tiada dijual di Ekea. Makan pulak sorang -sorang aje. Berbanding yang makan hanya beralaskan tikar plastik, tetapi habis satu periuk nasi. Makan pulak satu keluarga.
Ramai orang yang beli pinggan mangkuk berdozen dozen. Macam macam jenis dan warna. Akopal lah Akorok lah. Tetapi hanya jadi bahan tayangan yang tersadai di dalam almari hiasan di sudut ruang tamu. Berbanding yang ada 2, 3 biji pinggan mangkuk tetapi sering digunakannya setiap hari ketika makan bersama keluarga.
Ramai juga orang yang perabot dalam rumahnya penuh satu rumah. Pantang ada ruang kosong. Pasti akan dipenuhkan nya dengan perabot. Kononnya tak nak bagi rumah nampak kosong sangat. Sampaikan anak-anak nak berlari pun terpaksa tekan break emergency, bimbang terhantuk kepala dengan perabot jati. Kalau terhantuk, perabot pecah atau rosak, anak-anak jugak yang kena marah. Silap-silap haribulan kepala anak yang pecah. Berbanding yang hanya ada satu meja tv tanpa kerusi. Anak-anak bebas berlari ke sana ke sini di rumah sendiri melayan kegembiraan life mereka sambil ibu bapa tersenyum melihat keletah anak-anak.
Ramai juga orang sanggup hias bilik tidur warna warni. Dalam bilik penuh dengan perabot mengikut warna tema bilik. Sampaikan ruangan untuk solat dan beribadah dirumah punya lah sempit. Itupun betul-betul depan bilik air. Berbanding orang yang setiap sudut rumahnya boleh digunakan untuk bersolat jamaah bersama ahli keluarga. Ruangannya luas dan dijaganya dengan bersih.
Maka oleh itu, janganlah kita menganggap kebahagiaan itu hanya sekadar bersandarkan kepada rumah yang mewah dan perabot dalam rumah yang cantik semata-mata. Kebahagiaan itu milik Allah. Dia lah yang memberikan kebahagian kepada hamba hambaNya yang Ia kehendaki.
Sebaliknya bersyukurlah kita jika diberikan kelebihan dan kemewahan. Kerana Allah suka akan hamba hambanya yang bersyukur. Baik perabot banyak atau tidak banyak dalam rumah, bersyukurlah. Dan yang sebaik baiknya adalah bersederhanalah dalam setiap perkara.
Paling penting hiasilah rumah kita dengan amalan-amalan yang mampu menjadikan keluarga kita sentiasa di berkati dan dirahmati Allah.
Biarlah rumah kita kosong tanpa perabot asalkan tidak kosong daripada rahmat Allah.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.