Apabila sudah berkahwin dengan pasangan pilihan hati, sudah pasti kita inginkan kebahagiaan sehingga akhir hayat.
Pada masa yang sama, pasangan juga ingin dihargai dengan apa yang dilakukan. Maklumlah apabila mempunyai anak-anak tanggungjawab kepada keluarga bertambah. Lebih- lebih isteri yang mempunyai pelbagai tugasan harian.
Ikuti perkongsian saudara Muhammad Yusof mengenai paparan di facebook.
Balik-balik rumah aku tengok ada barang pos bini aku sampai. Entah apalah yang dibelinya. Besar pulak tu. Baru je aku rasa dia beli barang online hari tu, hari ni sampai lagi barang.
Dalam hati aku rasa macam nak meledak je buat apa la asyik-asyik beli barang, asyik-asyik beli barang tiap minggu ni, tapi itulah bini kita ni macam ada instinct pulak tiba-tiba je ada suara dari dapur bagitau: ‘Yang beli jam Gshock sampai 9, 10 pasang tu untuk apa ya? Yang beli kasut Adidas, Nike, Dr Martens sampai berbelas pasang ni sapa nak pakai ya? Yang beli basikal mahal-mahal sampai berkarat tak naik, buat apa ya?’. Piung, piung berdesup macam pistol dia punya suara.
Ads
‘Saya beli vacuum baru yang jenis portable tak payah pakai wayar, kan senang sikit nak sedut habuk bawah sofa.’ Suara tu sambung bebel.
Pesanan aku buat lelaki/suami: perempuan ni bukan jenis beli yang ngarut-ngarut macam kita. Dorang biasa beli online untuk mempermudahkan kerja-kerja dorang kat rumah. Periuk Noxxa, vacuum robot, iron Phillips, make up, printer Epson, air fryer, steam mop, bantal Das Abdul, ni antara barang yang biasanya jadi wish list bagi kaum perempuan(aku rasa mana-mana perempuan pun akan setuju dengan wish list ni, rasanyalah).
Dulu aku agak tak berapa berkenan, buat apalah main kutu semata-mata nak beli Iron Philips yang harga beribu, kan banyak lagi iron yang murah-murah, rupa-rupanya bila dah ada iron tu depan mata, memang jadi mudah banyak kerja seharian aku dan bini rupanya.
Ads
Bagi kaum lelaki, sematkan dijiwa korang, percayalah bila bini ko beli apa-apa barang online ke offline ke, percayalah ianya sangat-sangat bermanfaat dan berguna untuk korang seisi keluarga. Contohnya, periuk Noxxa, iron Phillips, penapis air(tak sempat minum pun air tapi orang asyik mesej nak datang service), printer Epson, vacuum robot, vacuum takde wayar, air fryer, etc etc.
Isteri ni bila lelaki beli barang ngarut-ngarut, kasut la, raketlah, playstation4prolah, kereta hotwheellah, mesin mancinglah, jam gshocklah, basikallah, motorlah, takdelah pulak dorang nak marah tapi bila je si bini nak beli bag harga RM500 mulalah si laki nak jeling, buat apalah beli mahal-mahal, padahal beg clutch LV si suami tu harga RM600.
So, pada suami, biarlah isteri nak beli apapun. Biar dorang reward diri dorang setelah penat bekerja.
Dalam masa yang sama, yang laki ni kenalah faham sekali-sekala bagilah sesuatu surprise kat isteri. Bawak pi makan ke, bagi bunga ke, tak payah yang mahal-mahal. Cinta bukannya pada wang ringgit kan? Tapi itulah, ada orang kata kalau suami hadiah gelang emas, isteri akan senyum lebar sampai kat telinga selama seminggu. Tak tau la betul ke tak? 🙂
Ads
Tapi semua tu basicly biarlah ikut kemampuan. Isteri mithali biasanya faham tahap kemampuan suaminya kalau tak takkan lah kebanyakkan isteri kerja nak tampung ekonomi keluarga, kan?
Betul tak kaum perempuan? Aku nak dengar sikit pandangan kaum perempuan kat post ni 🙂
p/s: kepada bini-bini, jangan tag atau share kat suami korang post ni, tapi kalau nak tag jugak takde masalah tapi tanggunglah sendiri ye. Yelah mana tau entah jin mana rasuk, tiba-tiba balik rumah dia bagi hadiah periuk noxxa, iron philip, penapis air coway yang korang dah lama idam-idam tu kan? Orang tua kata, tak salah try tag suami, untung sabut timbul.
Sekadar berkongsi cerita: Muhammad Yusof
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan mudah untuk merancangan perbelanjaan setiap bulan. Setiap bulan ada je yang tak cukup akibat terlebih guna. Akibatnya duit nak simpan pun tak ada.
Tidak dinafikan kita semua berniat nak menabung tapi jika tidak ada tindakan yang betul dan semangat yang tinggi, sudah tentu tak menjadi.
Jadi untuk pastikan tidak berbelanja berlebihan, kita perlu bijak menyenaraikan semua perbelanjaan yang dibuat setiap bulan. Nak tahu caranya ikuti sebagaimana yang dilakukan oleh suri rumah tangga ini. Caranya sistematik dengan sampul yang digelar sampul Doraemon membantunya berbelanja secara berhemah.
Sampul Doraemon
Lama dah nak share tentang sampul Doraemon Hawa ni. Bukan angpow or duit raya tau tapi inilah caranya Hawa susun perbelanjaan rumah setiap bulan sebagai surirumah yang bekerja dari rumah.
Old school sangat. Tu sebab malu nak share. Tapi hari ni share jugalah. Mana tau boleh bantu pembaca untuk uruskan kewangan keluarga dengan lebih baik di zaman serba mahal ni.
Sebenarnya, cara ini Hawa adaptasi daripada cara T.Harve Eker (6 Jars Money Management System) di mana kita menetapkan peratus duit dari income kita untuk kegunaan satu-satu perkara.
Contoh kiraannya adalah macam ni. Katakan duit gaji bulanan kita adalah RM2000, bahagikan kepada 6 jars yang setiap satunya ada peratus tersendiri seperti di bawah.
1.55 % Necessities (keperluan) – semua keperluan hidup seperti barang dapur, toiletries, bil elektrik, bil air, yuran taska anak, rumah, kereta dan lain-lain. 2.10% Long Term Saving for Spending (LTSS) – simpanan untuk digunakan. Contohnya, simpan untuk deposit beli rumah, untuk travel ke luar negara dan sebagainya. 3.10% Play – tabung ini untuk enjoy. Inilah duitnya untuk ke pasar malam, belanja family makan di luar, tengok wayang dan seumpamanya. So, tak kacau duit lain. 4.10% Education – tabung upgrade ilmu. Tak kisahlah ilmu apa asalkan jangan ilmu hitam sudahlah ye. Ini tabung untuk beli buku, pergi seminar , kelas untuk upgrade ilmu. 5.10% Financial Freedom Account (FFA) – ini tabung untuk bebas kewangan di mana, tabung ini boleh create passive income untuk kita. Tabung ini tidak akan sekali -kali diusik ya ! Jangan suka- suki nak korek. Tabung ini boleh dilaburkan ke ASBF, Unit Trust , Public Mutual, any Retirement Scheme , letak di Tabung Haji (walaupun dividen dah ciput, kah!) Dan seumpamanya. 6. 5% Give – Adalah sangat digalakkan untuk memberi kan? Semakin banyak yang kita beri semakin banyak yang datang. Kesanggupan kita memberi itu tandanya kita bersyukur dengan apa yang kita dapat dan sudi berkongsi. Ini tabung untuk kita sedekah, infaq, hadiah kepada ibu bapa dan sebagainya.
Peratus untuk setiap jars tu boleh saja diubah mengikut keadaan masing-masing. Apa yang penting adalah habit atau disiplin kita dalam menguruskan kewangan. Satu perkara lagi yang ditekankan selain disiplin menguruskan duit adalah ada SIMPANAN setiap bulan.
Jadi, berdasarkan 6 jars di ataslah, Hawa come out dengan 8 Sampul Duit Old School sangat nih! Hihi.
Sampul-sampul ini Hawa buat untuk memudahkan pembahagian duit ikut keperluan. Kebaikannya adalah :
1.Tak ada isu “tertarik” sana-sini lepas tu terjerut leher! 2.Lebih disiplin menyimpan. Bahagian nak simpan, ketepikan siap-siap. Sampul-sampul ni untuk berjoli je. Eh! Bukan. Untuk digunakan secara berhemahlah. 3.Tak ada isu tak cukup duit nak bagi kat parents bulan-bulan. 4.Belanja tak ikut nafsu. 5.Dapat enjoy, fun-fun dengan duit. Yeah! 6.Elakkan berhutang sana-sini. 7.Suntik semangat untuk berbisnes bersungguh-sungguh. No alasan! 8.Rasa bebas dan seronok untuk memberi dan tiada rasa “kalau aku bagi ni, nanti tak cukup duit aku nak makan bulan ni!”. Alhamdulillah. 9.Gembira dapat gembirakan orang-orang tersayang. Boleh balik kampung dengan tenang. 10. Tenang dan lapang hidupku. Again , Alhamdulillah.
Ok. Itulah antara 10 kebaikan yang Hawa alami selama amalkan sampul old school ni.
Sekarang cerita macam mana nak susun duit ke dalam sampul-sampul tersebut.
Boleh tengok contoh kiraan di bawah.
Kiraan ini mengambil kira apa yang Hawa perlu bayar atau selesaikan setiap bulan. Part ni, adalah lebih baik untuk berbincang dengan pasangan masing-masing (jika ada). Haruslah telus dan transparent okay! Hehe.
Untuk family kecil kami, kami decide komitmen yang besar-besar macam kereta, rumah, belanja utama, untuk anak-anak, pendidikan anak (jika ada), takaful, hibah, bil elektrik, bil air dan sebagainya adalah di bawah tanggungjawab suami.
Hawa ambil bahagian yang tidak diambil suami sahaja seperti contoh di bawah.
Contoh pendapatan bulanan : RM3000 (Diulangi! Ini contoh sahaja ye untuk mudah nampak cara pembahagiannya tu).
1.60% – Necessities (Keperluan dapur, wifi, toiletries, petrol/travel balik kampung , supplements, skin care, kesihatan, hutang piutang sendiri bukan suami punya (jika ada), maintenance bulanan kereta dan lain-lain). Untuk ini peruntukannya adalah RM1800. Ini dibahagikan ke dalam sampul No.1, No.3, No.5 dan No.7 ikut amaun yang kena bayar.
2. 15% – FFA savings . Untuk ini peruntukannya RM600 daripada pendapatan. Biasanya untuk part ini, akan terus transfer secara online. First step kena buat sebelum susun duit ke dalam sampul-sampul yang nak dibelanjakan.
3. 10% – LTSS . Untuk ini peruntukannya adalah RM 300. Ini sampul No. 4. Sampul barang rumah atau deko. Ianya boleh bertukar dari semasa ke semasa mengikut keperluan semasa. Mungkin tahun depan jadi sampul Pulau Jeju ke pula kan? Atau deposit beli rumah? Mungkin. Jadi, buat masa ini, sampul ini berguna untuk beli barang-barang rumah sebab kami baru juga pindah, sebelum ini menyewa. Nak pasang langsir, grill, rak laundry ke apa, ongkosnya dari sampul ini. Tak cukup? Sabarlah! Tunggu cukup baru beli. Hehe. Hawa cuba elakkan beli sesuatu dengan cara bayar banyak kali, dah habis bayar baru dapat barang atau main kutu atau ambil barang bayar ansuran. Tidak! Sejenis tak berapa sabar nak bayar banyak-banyak kali. Once dah bayar, nak tengok barang depan mata terus. Satu hal lagi tak mahu berhutang.
4.10% – Give. Untuk ini peruntukannya RM 300 daripada pendapatan. Yang ini boleh beri kepada parents secara konsisten setiap bulan. Pendapatan bertambah, nilai 10% sampul give ini juga akan bertambah. Boleh juga guna untuk sedekah dan sebagainya. Pandai-pandailah susun. Ini masuk dalam sampul No. 2. Jangan guna buat beli jajan pulak! Hihi.
5. 5% – Education . Untuk ini peruntukannya RM150 daripada pendapatan. Guna untuk beli buku sendiri atau pergi kelas tambah ilmu. Edutoys , buku-buku anak-anak juga boleh guna sampul ni. Ini masuk sampul No.6.
6. 5% – Play / Fun . Untuk ini peruntukannya RM150 juga. Bolehlah guna untuk berjimba kat pasar malam ke, nak beli ayam KFC hijau tu ke, belanja mak makan, pergi Langkawi beli Corelle, bawa anak tengok Boboboy atau kumpul buat beli handbag Coach original bukan grade AAA. Ahaks! Gurau je. Sikit? Nak banyak, usaha gemukkan pendapatan, InsyaaAllah sampul play /fun ni pun jadi gemuk juga. Horey! Ini masuk sampul No.8.
Begitulah caranya guna 8 Sampul old school tu. Alhamdulillah sangat membantu sampai hari ini. Sebelum kami buat macam ni, kadang tak tersedar duit habis macam tu je. Eh! Rasa macam banyak lagi, pergi mana duit aku? Haha.
Selain itu Hawa juga wujudkan 3 tabung ni. Guna je balang apa yang ada di rumah.
Tabung resit. Aiyyaaaa. Hehehe. Tabung ini gunanya untuk masukkan resit-resit yang belum diproses. Daripada resit-resit tu, kita boleh trace perbelanjaan dan buat muhasabah sikitlah. Ok ke tak cara berbelanja untuk setiap bulan? Resit-resit ini juga berguna untuk dokumentasi. Gitu.
Ini tabung duit hijau RM 5 . Tabung ini akan dikosongkan bila penuh dan disimpan di tempat sepatutnya atau beli emas. From Green To Gold.
Ini tabung sedekah Subuh. Setiap hari tak kiralah berapa RM, kena masukkan duit ke tabung ini lepas Subuh. Tabung ini biasanya akan dikosongkan setiap minggu. Beli makanan dan bagi-bagi kat jiran ke atau beli barang dapur untuk mereka yang perlukan. Macam tulah.
Apapun, dalam hal kewangan ini, jika anda seorang isteri digalakkan berbincang dengan pasangan untuk pengurusan kewangan yang lebih baik. Apa yang penting kerjasama, saling memberi dan saling membantu. Kalau suami mampu untuk cover semua perbelanjaan, Alhamdulillah.
Boleh wujudkan sampul yang sesuai untuk keadaan masing-masing. Seperkara lagi, jangan lupa part zakat. Jika wajib bayar zakat pendapatan, zakat harta, emas, ternakan dan sebagainya tunaikanlah.
Income banyak bolehlah buat macam tu! Kalau sikit or defisit tiap-tiap bulan, payahlah. Tenang kawan. InsyaaAllah ada jalan penyelesaiannya.
Jika memang pendapatan kita tidak cukup, usahakanlah untuk cari lebih banyak paip income.
Lately, banyak je peluang yang ada. Jadi dropship tanpa modal atau modal rendah pun ada. Modal masa dan kesungguhan tu yang utama. Allah pasti akan beri kepada hambaNya yang berusaha. Yakin, percaya dan buat sampai dapat .
Mudah-mudahan perkongsian Hawa untuk kali ini bermanfaat untuk semua especially kaum isteri atau wanita.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Pastinya kita inginkan sebuah keluarga bahagia. Setiap pasangan suami isteri saling melengkapi kehidupan antara satu sama lain termasuk dalam mendidik anak-anak. Momen indah ketika anak-anak kecil pastinya menjadi kenangan manis.
Namun kesibukan kerjaya, kadang membuatkan kita alpa momen indah itu. Sebagaimana yang dipaparkan oleh perkongsian daripada perunding motivasi Ropizam San yang memaparkan luahan rasa seorang bapa yang terkilan terlepas masa emasnya dengan anak-anak lantaran mengejar kemewahan. Deep perkongsian ini.
_____________________________________________________________________
Khas buat kita semua Ibu Bapa MM(Masih Muda) yang punyai anak masih kecil-kecil. Bacalah sahabat-sahabatku…….
Baru-baru ini saya dihubungi seorang sahabat lama, yang 10 tahun lebih senior dari saya. Beliau meminta kiranya saya sudi menjadi pendengar untuknya bagi satu ‘ralat kekecewaan’ yang sedang dialaminya.
Umurnya kini sudah masuk 43 tahun. Bernikah di usia yang agak awal, dan kini anak sulungnya sudah berada di Tingkatan 3.
Penyesalan dihati
Kata beliau,
“Zam, aku sedih la. Dulu masa anak-anak aku kecil, aku jarang bermain bergurau dengan mereka, aku tiada masa sangat bawa mereka berjalan, aku jarang ‘berkawan’ dengan mereka….. “, luah beliau.
Sambungnya lagi….
“Kini, bila aku dah ada macam-macam, yang aku kejar dah dapat, duit dah banyak, dan sekarang aku cuba untuk dekati anak-anak aku. Rasa ingin berkawan lebih dengan mereka, ingin bawa mereka banyak bersiar-siar, ingin bergurau bergelak ketawa. Namun, rupa-rupanya tidak boleh… kalau pun boleh, masa teramat terhad….!!!”.
“Sekarang, anak aku pula yang ‘sibuk’. Pulang sekolah, ada pelbagai aktiviti kokurikulum, malam kelas tambahan dan tuisyen, petang bersama kawan-kawannya bermain bola di padang. Aduhhh, aku tak mampu melarang. Cuma aku perasan dan sedar, aku ingatkan aku akan semakin banyak masa dengan mereka. Rupa-rupanya bila mereka sudah besar, kita kehilangan saat indah zaman mereka kecil dulu. Dah tak sama bila mereka sudah besar…. Zaman ingin bergurau senda sudah hilang tiada….”.
“Zam, harap sangat kalau kau dapat kongsi dengan kawan-kawan. Hargailah masa zaman anak masih kecil. Masa berlalu begitu pantas. Jangan jadi macam yang aku rasa sekarang. Sedih sendirian dalam hati melihat anak semakin sibuk dengan kawan-kawan di padang dan di ‘court’ permainan. Sukarnya untuk berbual mesra disaat kita ‘baru ada masa’…”.
Masa bersama anak-anak
Bila terkenangkan nasihatnya untuk kita semua. Saya rasa kita perlu tingkatkan lagi kualiti masa kita bersama anak-anak. Perlu ada perancangan rapi untuk hargai saat-saat indah bersama mereka kan. Saya pun sama, rasa mahu buat lebih dan lebih lagi. Bimbang kalau-kalau nanti kita turut ‘sesal sama’.
Zaman anak-anak kita di zon cilik bagaikan hanya melintas lalu sahaja. Bergurau dengan anak kecil sekarang tidak sama bila mereka sudah besar nanti. Kita mungkin bertuah, sebab ada orang-orang terdahulu yang sayangi kita dan sudi ingat-ingatkan ketika kita masih bergelar ‘ibu bapa muda’. Jika letih sekalipun, katakanlah kepada jiwa dan minda kita… bahawa saat indah bersama mereka(anak-anak kecil) akan berlalu, dan In Sya Allah kita akan ‘lebih kuat’ menyantuni mereka disaat mereka ingin merenget bermanja dan ketawa bersama kita.
Allahuakhbar. Berharga sungguh pesanannya (sahabat saya tadi) untuk kita semua.
Me Time With My Family adalah terbaik
Cuma saya hairan, ada sesetengah dan ‘banyak tengah’ juga ibu bapa muda yang suka berulang berulang berulang kali meninggalkan anak-anak kecil pada orang tuanya atau pengasuh ‘dengan sengaja’ atas alasan ingin ‘Me Time’ entah berapa ratus kali ‘me time’ pun saya tak faham. Bila sudah bernikah, sudah ada anak, isteri/suami memanglah dah tak sama masa menjadi bujang atau si dara. Terimalah realiti hakikatnya kita bila sudah berkeluarga itulah bezanya kita dengan kumpulan yang masih mencari jodoh. ‘Me Time’ kita yang sudah sah di hadapan Tok Imam ialah ‘Me Time With My Family’ lah. Anak menangis dimana-mana, atau buat hal sekali-sekala itu tandanya Allah nak matangkan kita dan pasangan kitalah lah. Barulah kita belajar cari ilmu dan idea untuk ‘solve the test’.
Paling saya geram dan tak boleh terima ada yang setiap hujung minggu hantar anak ke rumah pengasuh dan mereka berdua(suami isteri) pergi ber shopping sakan.
Bila saya tanya kenapa tak bawa anak…??? Kata mereka, “alaaa susah la Zam kalau bawa, nanti menangis la, itu ini laaa, banyak hal laaa, malas la aku. Tak bawa lagi senang… “. Ya Allah….., pelik sungguh. Kawin nak, dapat anak nak. Tapi telinga tidak mahu dengar anak menangis, minda taknak guna untuk ‘handle’ anak. Allahu rabbi.
Ya, mereka memang tak suka orang macam saya yang asyik-asyik benda-benda kekeluargaan gini je….Ahahahaha.?
Ya Allah, pimpinlah kami semua ke jalan yang benar dan yang Engkau redhai. Amiin.
Malang tidak berbau, inilah yang terjadi kepada seorang wanita yang mengalami detik cemas apabila disambar api akibat kebocoran gas ketika hendak memasak di dapur.
Biarpun sering berhati-hati ketika memasak, dia tidak menyangka ia terjadi kepada dirinya. Mujur bertindak pantas dengan meredakan api di dapur, menerusi facebook, puan Norma Samarudinberkongsi pengalaman yang dilaluinya ketika itu. Beliau berharap kisahnya menjadi iktibar bagi suri-suri agar dapat mengelak kejadian yang tidak dingini ketika berada di dapur.
Ikuti perkongsian beliau.
Baru hari ini ada kesempatan dan kekuatan nak cerita apa yg jadi dekat Norma hari Ahad baru2 ni. Ambiklaa cerita ni sebagai 1 pengajaran naa.
Gambaq baju ngn skirt tu adalah gambaq Norma terlibat dengan kebakaran. Yaaa Norma terbakaq naaa kawan2. Alhamdulillah semua selamat. Cuma kaki jaa kena api sikit. Tapi dah p klinik ambik ubat krim dah. No worry.
Dan bulu mata dengan kening pun turut terbakaq so muka Norma a bit funny sekarang sebab kening dengan bulu mata xdak. Ini telah menyebabkan kecederaan mental. Hilang keyakinan sekejap.
Tong gas dalam kabinet
Cerita dia.. Norma nak masak spagetti konon buat bekai makan tgh hari. Dekat rumah ni.. tempat masak memang ada kabinet sendiri. So tong gas dengan beras ada dalam kabinet tertutup tu. Tak pernah terpikiaq yang kalau tonggas dalam kabinet tertutup boleh sebabkan hal macam ni.
Macam biasa sebelom mulakan masak..check gas dulu kot2 ada bunyi atau bocoq. Alhamdulillah tak ada. So Norma pun mula masak dengan semangat. Tengah masak tu teringat ‘eh, nasi xmasak lagi!’ So, masa tunduk nk ambik beras tu..(ofkoz laa kena bukak pintu almari tu kan) masa tu laa api sambaq Norma.
Rasa kaki panas, bau terbakar
Masih jelas dalam ingatan nampak api oren terus mai sambaq baju dengan skirt. Allahu!! Teruih lari masuk bilik ayaq. Then p bukak tingkap dapoq bagi luas. Bukak pintu. Baru tutup api cabut kepala tong gas. Mengeletaq kaki tangan. Dok rasa panas kt kaki. Pastu bau terbakaq. Dok pikiaq kata tong gas nk meletup dah.
Nasib baik anak tidak bermain di dapur
Naseb baik laa masa kejadian tu, Harraz dengan Aaira tengah tengok tv dekat ruang tamu. Selalunya hari2 Aaira laa yg selalu p main dekat tmpat beras tu. Hobi dia. Ambik beras lambung buat macam hujan.
Mungkin gas tu ada bocoq tapi xdak bau sebab dia dekat tempat tertutup. So bila bukak ja kabinet, api dekat dapoq tu ‘trigger’ laa dengan gas yg baru kluaq dari kabinet tu.
KOMEN WARGANET
Dalam pada itu, warganet turut berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai kejadian tersebut.
Buka kabinet dapur sebelum masak bagi udara keluar
“Apa yg jd pd awak, sama mcm yg jadi pd saya 6 thn dulu..tambah2 masa tu tengah sarat 36w anak ke4… Serik sejak itu… Bila masak, mmg saya akan buka sedikit pintu kabinet… Utk elak gas berkumpul.. api biru yg keluar, menyambar kaki.. bhgn badan yg lain.. alhamdulillah.. tak smpai bbrp saat, terus padam.. langsung tiada kesan pd kabinet dapur.
“Seeloknya pintu kabinet untuk dapur gas gunakan yang ada ruang udara
“Kalau letak dlm kabinet jgn tutup rapat takde pengudaraan.. bahaya nnti haba panas kan.. hati2 ye bgtau suami&anak2 sama kot2 depa tertutup rapat kabinet tu.. Malang tk berbau..
3,4 tahun tukar hose baru
“Bawak2 study pasal mcm mana nk hidupkan api…ada knowledge baru boleh control…bukan sbb closed space or tak closed space…cerita dia kena always check hose..kalau dh 3,4 tahun tu ganti la hose baru…beli la yg bagus punya..jgn nk save duit utk nyawa…clip hose tu pasang 2,3 pon xpa..xrugi pon duit tu dari hilang nyawa..