Demi kelangsungan hidup dan menyara keluarga, penyanyi terkenal era 90 an, Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman baru-baru ini mengambil langkah memulakan perniagaan nasi campur di tapak berdekatan rumahnya.
Tidak segan atau malu untuk berniaga, pelantun lagu Teringin ini membuka gerainya di Damansara Damai.
“Biarlah apa orang nak kata sekali pun. Mereka tak tahu nak mulakan bisnes ini pun perlukan modal. Tak perlu saya nak kongsikan jika ada masalah kewangan sekali pun.
“Bisnes ini adalah sebagai salah satu langkah menambah pendapatan. Hasrat untuk berniaga nasi campur sudah lama tapi kena cari tempat sesuai. Kebetulan tapak ini dekat dengan kawasan orang lalu-lalang.
Ads
Menurut Shima, gerai tersebut diberi nama ‘Warung Teringin’ yang diambil dari lagunya yang cukup hit dari dulu dan kini.
“Idea untuk memulakan perniagaan sudah lama difikirkan. Dahulu sering masak untuk rakan-rakan dan mereka memberi sokongan untuk memulakan perniagaan. Namun kerana kekangan waktu niat tersebut tidak pernah menjadi.
Ads
“Cuma buat masa ini, jualan yang bermula jam 11 pagi hingga petang hanya untuk makanan dibawa pulang atau ‘tapau’. Bagi saya, apabila diberi ruang untuk berniaga pun saya sudah bersyukur,”ujar Shima yang mempunyai perancangan untuk membuka restoran suatu hari nanti.
Ads
Walaupun ini pengalaman pertama Shima berniaga, namun dia bersyukur kerana memperoleh kesempatan dan peluang untuk berniaga. Antara juadah yang disajikan termasuk asam pedas, asam rebus, goreng berlada, masak lemak cili api dan aneka masakan kampung lain.
Comel nya anak Bung Mukhtar… Demikian antara pujian yang diberikan netizen usai Datin Seri Zizie Ezette berkongsi gambar anak perempuan mereka.
Usai tamat berpantang selama 44 hari, Zizie Ezette, buat pertama kalinya berkongsi wajah anak perempuannya di laman Instgramnya.
Si kecil yang diberi nama Aalisa Belle Izete tampak cukup comel dalam balutan kain rona merah jambu. Gambar tersebut adalah penampilan pertama puteri sulung pasangan ini selepas dilahirkan.
Aalisa lahir pada 1 Mac lalu merupakan cahaya mata ketiga Zizie, hasil perkongsian hidup dengan suami, Datuk Sri Bung Moktar. Pasangan ini mempunyai anak kembar, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, 2.
Selain itu. beberapa keping gambar majlis cukur jambul Aalisa turut dikongsikan oleh Datin Rebecca Nur Islam.
Sejak PKP ni tentu mak-mak kena masak sendiri makanan di rumah. Maklumlah nak keluar pun bimbang dengan kes jangkitan yang semakin tinggi ni.
Hal memasak ni, tentu mak-mak ingin tahu pelbagai petua agar bahan-bahan mentah masakan yang dibeli tahan lama.
Ia termasuk kelapa parut. Kali ini petua kelapa parut ini tahan hingga dua hingga tiga bulan. Beli banyak-banyak simpan dalam peti ais.
Bila nak guna hanya ambil sahaja dalam peti ais. Tak perlu dah ke kedai. Nak masak ambil je.
Nak tahu cara penyimpanannya, ini caranya.
TAHAN HINGGA 3 BULAN
1.Letakkan kelapa parut di dalam loyang. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan.
2. Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah di panaskan. Kukus selama 15 minit.
3. Biarkan sehingga sejuk dan masukkn ke dalam plastik.
4. Simpan di dlm peti ais bahagian sejuk beku. Kukus semula bila hendak menggunakannya.
**Boleh tahan sehingga 2 atau 3 bulan kelapa parut tersebut . Untuk mendapatkan santan yang pekat , blender kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis. Boleh blender sehingga 3 kali kelapa tersebut untuk mendapatkan santan yang pekat .
Sumber : Ani Zam Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umum mengetahui apabila seseorang itu positif covid-19, akan dengan segera di tempatkan di hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Apa yang menyedihkan pula, bermula sejak tiba ke hospital, berpindah ke unit rawatan rapi atau ke wad pengasingan, ianya menjadi sebuah perjalanan yang teramat sunyi tanpa ditemani ahli keluarga.
Semuanya dilakukan sendiri dan senario ini juga tentu mengundang rasa pilu buat kaum keluarga akibat tidak dapat menemani orang tersayang ketika mereka sakit.
Ini sebagaimana yang cuba dikongsikan oleh doktor ini tentang satu kejadian di hospital.
“Tak boleh ke saya nak jumpa mak saya doktor? Sekejap pun jadilah.”
Sayup-sayup suaranya di hujung talian. Yang pasti, ianya berselang seli dengan bunyi esakan tangisan kesedihan.
“Minta maaf puan. Buat masa ni memang kami tak dapat benarkan sesiapa pun masuk ke sini. Kita tak boleh ambil risiko kerana ia boleh jadi berpunca dari virus bahaya yang boleh berjangkit.”
Aku terpaksa menerangkan lagi buat kesekian kalinya.
Seperti mana kebanyakan hospital lain, wabak virus maut yang melanda memaksa kami di sini mengubah cara kerja seharian. Ada sebahagian ruang di jabatan kecemasan perlu ditutup sepenuhnya kepada waris dan keluarga pesakit.
Langsung tak dapat benarkan mereka untuk masuk.
Bahkan tak semua kakitangan kesihatan diberikan keizinan berada dalam ruang tu.
Hanya beberapa orang staf saja dalam satu-satu masa yang akan bertugas merawat pesakit di situ.
Itu pun kami perlu berpakaian perlindungan lengkap yang menutupi seluruh anggota badan. Siap wajib mengenakan penutup kepala dan juga perisai muka (face shield).
Panas, berpeluh lencun, tak dapat nak bernafas dengan selesa disebabkan topeng muka, semua tu terpaksa ditahan. ‘Zero’ tolak ansur.
Kecuaian mungkin akan menyebabkan jangkitan pada si perawat sendiri.
Segala urusan perhubungan dengan waris dilakukan melalui telefon atau pun rakan kami yang bertugas sebagai ‘runner’ di luar.
“Tak apalah doktor. Tapi tolong ya, berikan rawatan yang terbaik untuk mak saya. Saya masih nak jumpa dia lagi.”
Sayu benar rayuannya.
“Baik puan. Kami usahakan yang terbaik. Selebihnya kita serah pada Tuhan. Puan sekeluarga teruskan berdoa.”
Lantas aku meletakkan talian kemudian berpaling ke arah tubuh emak kepada wanita tu. Jasad tua itu terlantar lesu di atas sebuah katil.
Tiub pernafasan jelas terletak antara mulutnya bersambung ke mesin bantuan pernafasan.
Turun naik pergerakan dadanya, patuh mengikut aturan setting pada mesin tersebut.
Dia tiba sebentar tadi dalam keadaan hampir tak sedarkan diri. Nafasnya termengah-mengah dan bila dadanya diaskultasi, bunyi paru-paru kedengaran terlampau sempit menggambarkan proses pernafasan yang teramat sukar.
Rawatan awal segera diberikan namun keadaannya masih serupa.
Lantas kami terpaksa memasukkan salur tiub ke dalam saluran pernafasan lalu menyambungkannya ke mesin bantuan pernafasan.
Terpaksa.
Demi mengelakkan bebanan melampau pada tubuh yang boleh mengakibatkan degupan jantung terhenti secara tiba-tiba.
Kisah ini hampir sama dengan apa yang sedang berlaku di kebanyakan tempat di negara kita.
Ada pesakit yang tak bernasib baik. Dijangkiti entah dari mana. Demam, batuk, selsema lalu kemudian keadaan merosot secara tiba-tiba.
Serangan teruk pada fungsi pernafasan hingga akhirnya bergantung pada mesin bantuan.
Yang paling menyakitkan, mereka terpaksa lalui semua itu seorang diri.
Bermula sejak tiba ke hospital, berpindah ke unit rawatan rapi atau ke wad pengasingan, ianya menjadi sebuah perjalanan yang teramat sunyi.
Tiada ahli keluarga yang dapat menemani.
Tiada kawan mahupun sahabat handai yang hadir menjenguk.
Dan jika ditakdirkan penyakit tersebut meragut nyawa, maka hanya pasukan dari bahagian kesihatan saja yang mengurus jenazah.
Tiada waris yang melihat dan mendekati jenazah hinggalah selesai pengkebumian.
Percayalah.
Selagi mana rantaian virus ni tak diputuskan, selagi itulah kesedihan begini akan terus berulang.
Dan ia boleh berlaku pada aku sendiri, kau dan kita semua.