“Biar dia tak comel mcm anak-anak saya yang lain…  Itu antara kata-kata yang dimuat naik Dato’ Seri Aliff Syukri dalam laman instagramnya mengenai anak sulungnya, Ammar Ahyan.

Menurut Dato’ Seri Aliff, anaknya itu baru sahaja bacakan doa panjang umur dan murah rezeki dalam bisnes. Malah, setiap malam Ammar  akan bacakan doa, kemudian salam dan kiss ayahnya.

“Biar Tak Comel Macam Anak Yang Lain, Tapi Nak Dia Jadi Usahawan Dan Orang Beragama… Doakan Ya.” Hasrat Aliff Syukri Pada anak Sulungnya!

Ammar yang baru menjalani pembedahan mata tidak kisah walaupun matanya hari-hari berdarah.

Tambah Dato’ Seri Aliff lagi, dia berhasrat untuk melihat anak sulungnya itu menjadi usahawan dan orang beragama.

Dalam posting tersebut, suami kesayangan Datin Seri Shahida meminta pengikutnya supaya mendoakan mata anaknya itu cepat sembuh.

Ads

Pengikut Dato’ Seri Aliff memuji dan mengatakan anak sulung pengasas produk tersebut sebenarnya hensem dan mendoakan semoga matanya cepat sembuh.

mrs_dintanahAlahaaaiii berkaca pulak baca caption Dato ni. Semoga Ammar jadi anak yg soleh, yang sentiasa syg ibubapa, yang tak hancurkan harapan ibu bapa, jaga ibubapa macam mana diaorg jaga ammar dari lahir. Stand on your feet to fight for your rights! Nobody deserves to be bullied.

hani_eya_sengYa Allah sedeh sgt tengok adik ammar, sy doakan adik cepat sembuh…adik ammar tetap hensem dan anak baik d mata sy

rnr789Manis la dia.. Handsome taw

Ads

nurzaweddinghouseKita tengok dia hensem je….xde apa yg xcomel….tunggu nnt besar mesti bertambah ensem…semoga menjadi anak yg soleh more

azlinaghazaliComey n hensem je ank bujang dato ne….

artmubinAnak kan anugerah ALLAH..semua ciptaan Allah cantik..cuma kita xpndai menilai kecantikan ciptaan Allah..sy sgt pasti setiap ank2 ada kelebihan tersendiri..so kita kena byk bersyukur…???s3moga ank2 dato jd ank2 yg soleh solehah..aminn

dyghamizahSape kata die x comel…allahuakbar..seindah2 ciptaan Allah budak ni?.

Ads

Sebelum ini, Dato’ Aliff pernah memuat naik satu video bersama anaknya itu sebelum melakukan pembedahan mata.

cuba tngok part lasat vedio ni…..tangisan tpi penuh harapan supaya dia nmpak sempurna.. nasib baik abah ada rezki boleh opret mata.. siapa ada anak mcm ni sila share pengalaman anda di ruangan komen di bawah ye.. . . . ramai org cakap knp anak sy yg sulong tu knp sy jarang post di ig atau fb?? sbb ammar anak sulong saya ni ada masalah pemalu dan susah nak berdepan dgn org ramai , camera padahal dia bijak disekolah antara pelajar cemerlang dan boleh menghafal bnyak surah di alquran..event sy rasa di lebih bijak dr saya.. tpi sebb sifat pemalu ya saya suruh dia baca surah sampai menangis2 dia buat saya geram… sy nak anak saya jadi yg terbaik dan yakin dgn org ramai… . . mungkin dia malu sbb matanya juling air Semoga Ammar cepat sembuh mata…..dia selalu mengadu dulu kawan2 selalu ejek mata dia…..Insya Allah lepas ni dah x ada orang ejek lagi ya… setelah 6bulan menjalani rawatan hari ini ammar akan menjalankan pembedahan mata supaya matanya normal..doakan pembedahanya selamat..hari ni sy tak sempat nak temankan ammar ke hospital tpi dia pergi dgn mama ya @shahidadherbs ..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

“Biar Tak Comel Macam Anak Yang Lain, Tapi Nak Dia Jadi Usahawan Dan Orang Beragama… Doakan Ya.” Hasrat Aliff Syukri Pada anak Sulungnya!

“Biar Tak Comel Macam Anak Yang Lain, Tapi Nak Dia Jadi Usahawan Dan Orang Beragama… Doakan Ya.” Hasrat Aliff Syukri Pada anak Sulungnya!

Sumber: IG aliffsyukriterlajaklaris

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI