1001 kisah PRU 15 yang diadakan pada 19 November 2022 terus menjadi perbualan rakyat Malaysia dan juga dunia. Sehingga hari ini pembentukkan kerajaan masih dalam tanda tanya.

Rata-rata membuat pelbagai andian dan menunggu dengan penuh debaran. Apa yang pasti, rakyat sabar dan tenang dengan segala keputusan yang bakal diumumkan nanti.

“Biar Saya Buat Keputusan Dalam Masa Terdekat.” – Agong Titah Bersabar

“Bersabar, terima keputusan rakyat. Terima keputusan wakil-wakil rakyat dan terima keputusan Yang di-Pertuan Agong. Tolong rasional dan kita perlu bergerak ke hadapan untuk negara kita yang tercinta ini. Biar saya buat keputusan dalam masa terdekat.”

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada semua rakyat Malaysia agar dapat memberi masa untuk Seri Paduka Baginda membuat keputusan berhubung pelantikan Perdana Menteri Ke-10.

Setakat ini, Seri Paduka Baginda tidak dapat mendedahkan sebarang kenyataan kerana belum menerima makluman terbaharu.

Patik sekalian mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kebijaksanaan dan bimbingan oleh Allah SWT dalam membuat keputusan yang terbaik buat Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Ads

AGONG SANTUNI MEDIA

“Biar Saya Buat Keputusan Dalam Masa Terdekat.” – Agong Titah Bersabar

Terdahulu, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini berkenan berangkat menyantuni pengamal media yang berkampung di Pintu 2 Istana Negara sejak pagi hari ini.

Ads
Seri Paduka Baginda turut berkenan menyampaikan bungkusan makanan kepada kira-kira 150 pengamal media yang bertugas membuat berita berkenaan pembentukan Kerajaan baharu dan pencalonan Perdana Menteri ke-10 pasca PRU-15.
Seri Paduka Baginda turut bertitah agar rakyat bersabar dan bertenang dalam kemelut politik yang berlaku ketika ini sehingga keputusan dicapai.

Sumber: House Of Pahang

 

 

Ads

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

“Biar Saya Buat Keputusan Dalam Masa Terdekat.” – Agong Titah Bersabar

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI