Setiap pasangan suam isteri pastinya inginkan bahagia rumahtangga hingga till jannah. Namun jodoh itu rahsia sang Pencipta. Kita sebagai hambanya hanya pasrah. Pasti yang terjadi ada hikmah buat hambatnya.
Bagi aktres cantik, Rita Rudaini perpisahan yang terjadi tiada titik noktah dalam hidupnya. Dugaan yang menimpa diri, bukan penghalang untuk meneruskan kehidupan bersama dua anaknya.
Hampir sembilan tahun bergelar ibu tunggal, ketabahan dan kesungguhan pelakon Rita Rudaini dalam membesarkan dua cahaya matanya dikagumi ramai.
Rita antara ibu tunggal wajar dicontohi kerana hasil didikannya, anak-anaknya dilihat berjaya dalam bidang akademik termasuk hal-hal berkaitan didikan agama.
Muat naik terkini pelakon berbakat kesayangan ramai ini menarik perhatian peminatnya di media sosialnya. Rita Rudani memuatnaik video bersama dua anaknya berserta kata-kata bahawa kegagalan menjadi isteri bukan bererti gagal menjadi ibu. Demi anak ibu ini terus bangkit membahagiakan anak.
“Biar gagal menjadi isteri. Yang penting tidak gagal menjadi seorang ibu.”- Rita Rudani
Isteri mana yang tak sayang suami yang selama ini hidup susah senang bersama.
Hubungan kasih sayang suami isteri tetap dijaga termasuk meraikan hari jadi.
Bagi lelaki ini, cara isteri meriakan hari jadinya sungguh luar biasa!
Isterinya beli sejadah untuk dermakan pada orang agar suami mendapat pahala.
Ikuti lanjut perkongsian ini.
_____________
Dua hari lepas hari jadi saya, saya pun tak kisah sangat bab hari jadi nie sebab makin tua.
Petang baru mama Qilah perasan. “Hari jadi Abah ya?” Soalnya menguji.
Dia datang peluk sebab mungkin rasa bersalah terlupa hari jadi lelaki tua ensem amat yang hidup bersama dengannya.
Saya tak kisah sangat bab hari lahir saya ini. Yang penting sihat lagi.
Semalam,
Selepas hantar maklumat cukai kepejabat sahabat saya Tuan Khairul Amal dan Dato’ Zahar.
“Abang, teman saya ke MyDin kejap, tapi tunggu dalam kereta ya”
Saya boleh agak, mesti ada benda yang dia nak beli tapi acah acah rahsia dari suami.
Sebagai suami yang comel, saya ikutkan saja permintaan isteri manja yang satu ini.
Selepas sejam menanti, dia keluar dengan satu trolley penuh sejadah tebal yang lembut.
Sejak kena bawa sendiri sejadah kemasjid, saya memang belikan sejadah tebal, besar dan selesa ini.
Lepas dan penuhkan satu bonet sampai tempat duduk penumpang dengan sejadah kami masukkan. Dia masuk dan duduk sebelah saya.
“Saya tak der hadiah nak bagi harijadi abang. Saya sedekahkan semua sejadah ini buat semua group mengaji saya buat pahala abang ya”
Woha! Nak menangis rasanya.
Dulu 5 tahun lepas bila dia nyatakan hasrat nak bersara awal sebagai penjawat awam.
Saya sedikit risau, bagaimana nak gantikan gaji dia yang RM4000 lebih waktu itu.
“Saya nak baiki bacaan mengaji saya” mintanya. Impian seorang isteri yang baik
Ternyata, perancangan Tuhan itu lebih besar dan istimewa.
Rezeki kami lebih baik berkali ganda selepas dia bersara. Kita rasa akan berkurang, tapi tuhan ganda gandakan.
Kawan kawan,
Adakala benda yang kita rasakan beban itulah pemudah bagi rezeki kita.
Pasangan kita tidak sempurna, tetapi denganya hidup kita jadi lebih sempurna.
Bila semakin berusia, kita tak perlukan ucapan hadiah atau pemberian hari jadi lagi sebab ia bukan sunnah nabi.
Kita perlukan kebaikan kesihatan dan pasangan baik dalam hidup kita.
Abah Qilah Ensem
Makin Berusia.
*Catatan, Mama Qilah tak panggil abang dia panggil sayang, saya takut ada yang muntah baca nanti batal puasa. Saya gantikan dengan abang tu!
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila sebut tentang kanak-kanak, dah terbayang bagaimana aktifnya mereka di usia yang serba ingin tahu dan dalam proses pembelajaran tentang dunia sekeliling.
Dek kerana terlalu aktif dan jauh dari pantauan ibu ayah kadangkala boleh mengakibatkan mereka ditimpa kemalangan kecil misalnya jatuh, terhantuk dan sebagainya.
Bila cakap pasal jatuh, kadang kita nampak macam biasa je di tubuh badan anak, tapi ibu ayah jangan lalai. Kenali tanda-tanda yang mungkin akan beri kesan buruk pada anak-anak, seperti yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin ini. Jom sama-sama kita take note ok!
“Anak saya jatuh dari stroller. Lepas tu dia nangis tak henti-henti,” kata si ibu dalam keadaan panik.
Anak dia yang berumur sekitar setahun, jatuh dari stroller, kemudian menangis tak henti-henti walaupun dah dipujuk oleh si emak. Bila saya lihat sahaja keadaan bayi itu, terus saya gemuruh.
Ketika saya sentuh dan periksa, ternyata apa yang saya khuatiri berlaku sememangnya sedang terjadi. Otot lehernya mengeras, tangan melurus, dan kakinya melunjur. Allahu!
Ini tandanya bayi ni mula mengalami sawan, dan itu bermakna telah berlaku kecederaan otak. Ada beberapa lagi tanda saya kena periksa. Ibubapa perlu buat perkara yang sama jika anak jatuh.
1. Lebam/lebam: ini tanda kecederaan tisu badan seperti otot, tendon, lemak, kulit dan kapilari(salur darah halus). Jika ia sangat keras, besar, dan berwarna sangat gelap, bawa jumpa doktor. Khuatir berlaku hematoma, pendarahan di bawah kulit.
2. Luka: jika nampak darah, periksa saiz luka. Jika lebih lebar dari lebar satu jari, perlu bawa jumpa doktor. Sementara itu, cuci sekali dengan air bersih, kemudian tekap. Tak usah cuci berulang kali. Darah hanya akan berhenti bila kita tekap luka.
3. Retak: jika ada nampak keganjilan dalam bentuk kepala anak, cuba raba kepalanya. Khuatir ada keretakan pada tengkorak. Hanya keretakan sehingga tulang tengkorak terbenam atau terangkat dapat dirasa. Jika tak pasti, bawa jumpa doktor.
4. Menangis tak henti (inconsolable cry): Jika anak kecil(umur kurang 3 tahun) menangis tanpa boleh dipujuk, kemungkinan anak mengalami sakit kepala. Sakit kepala berpanjangan mungkin akibat kecederaan otak. Bawa jumpa doktor.
5. Pandangan kabur: bahagian otak yang memproses penglihatan terletak di bahagian belakang kepala. Jika terhantuk di bahagian belakang kepala dan selepas itu pandangan jadi kabur, mungkin ada kecederaan otak. Bawa jumpa doktor.
6. Pengsan: jika anak tidak sedarkan diri selepas terhantuk, mungkin berlaku kedeceraaan otak. Kecederaan otak yang boleh berlaku adalah: gegaran(consussion), lebam(contusion), atau pendarahan. Bawa jumpa doktor.
7. Muntah: kadang-kadang lepas terhantuk, anak akan muntah. Tetapi jika anak muntah berterusan, ia mungkin tanda ada kecederaan otak. Muntah-muntah ini boleh disebabkan oleh tekanan dalam otak meningkat. Bawa jumpa doktor.
8. Sawan: ini juga salah satu tanda berlakunya kecederaan otak. Simptom sawan adalah, anak mata naik ke atas, mulut berbuih, bibir biru, kejang leher serta tangan dan kaki, terkencing, terberak, dll. Salah satu simptom ini berlaku, jumpa doktor.
Anak-anak perlu dipantau dalam masa 24-48 jam selepas terjatuh. Sebahagian simptom yang disebutkan tadi kadang-kadang tidak terjadi serta merta selepas jatuh, tetapi terjadi lewat sedikit. Maka sekurang-kurangnya seharian.
Jika tiada tanda-tanda yang membimbangkan, boleh beri Paracetamol dan letakkan tuaman ais pada kawasan yang terhantuk untuk mengurangkan sakit dan mengelakkan bengkak yang besar. Boleh tuam selama 5-10 minit dan diulang 3 kali sehari.
Nasihat terakhir: Jika anak jatuh, buatlah keputusan ikutlah naluri hati seorang ibu. Walaupun anak kelihatan elok sahaja tetapi ibu risau dan ragu, maka bawalah jumpa doktor. Tak apa jika terlebih waspada, daripada terlebih ambil ringan.
Oh ya! Bayi yang sawan tadi saya stabilkan kondisi dia, dan panggil ambulans untuk bawa ke hospital untuk pemeriksaan dan pemantauan lanjut.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Tip Kesihatan & Perubatan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bekas ahli kumpulan In-Team, allahyarham Suhaimi Saad yang menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 7.42 malam tadi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pergi dalam keadaan tenang di samping isteri dan empat anaknya.
Kongsi isterinya, Nordiana Mohd Naim atau Ina Naim, allahyarham menghembuskan nafas dalam keadaan sangat mudah dan tenang malah seorang daripada anaknya sempat mengajarkannya mengucap dua kalimah syahadah.
“Pemergiannya sangat mudah dan tenang di sisi saya dan anak-anak. Pesanan dia minta maaf kepada semua orang sebagaimana yang dia tulis dalam TikTok.
“Arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. Dia ditidurkan atas permintaan arwah sendiri sebagai jalan terakhir.
“Sebelum ini arwah mula mengalami batuk teruk pada Ogos lalu sebelum kesihatannya bertambah merosot pada Oktober lalu. Berat badan pun turun sampai 20 kilogram,” kongsi Ina ketika ditemubual semalam.
Berkongsi kisah arwah suaminya, akui Ina, suaminya pernah memberitahu untuk hidup sehingga usianya 43 tahun.
“Arwah meninggal pada usia 43 tahun. Masa arwah hidup, dia pernah cakap memang nak usianya hanya sampai 43 tahun. Tarikh lahir dia 12 Oktober dan masa itu dia sudah sakit,” katanya lagi berkongsi.
Terdahulu, allahyarham Suhaimi Saad mendirikan rumah tangga bersama Ina Naim pada 12 Ogos 2007. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Sallman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...